Monday, August 23, 2010

Membebel Jer..


Salam. Hari ni kyuem agak meriah sebab ramai senior datang nak ambil slip results. Aku yang duduk dalam ky ni pun, tak pergi ambil lagi slip result dekat examination department. Result tak gempak, buat apa nak kelam kabut pergi ambik, kan?


Tapi, hari ni, aku still menjejakkan kaki ke exam department untuk uruskan benda alah UKCAT tu. Kalau ada yang tak tahu UKCAT tu apa, aku explain sekali lagi. UK Clinical Aptitude Test. Ianya satu exam bagi budak yang nak ambik medic further study kat medical school di UK. And test ini, amat menguji kegeniusan akal korang.


Suppose aku kena ambik UKCAT tu 13 September kat Sheffield Damansara. Hui, tak rela aku. Dah la baru tengah syok-syok raya, nak kena ambik test UKCAT plak. Pastu reschedule balik, dapat buat pada 23 September. Ok, anda boleh bertemu dengan saya di Sheffield Damansara pada jam 2 petang. Ahah.


UKCAT sangat aku tak ready bcoz la ni, aku nak kena study Malaysian Studies dulu pastu siapkan folio 20 muka surat tu. Di samping itu, busy membuat draft-draft akhir Personal Statement. Urgh. Macam-macam lah medical school UK ni. Sangat menguji determination. Serius!


Oh, cerita pasal senior. Seronok dengar senior dapat straight A's. Ada tu dapat A*. Pergh. Mantoplah mereka ya. Aku pun nak macam tu jugak. Doa banyak-banyak dan usaha banyak-banyak. Bak kata seorang senior tu, berserah secara total dekat Allah. Insya-Allah, aku cuba yang ter-ter-ter-baik!


UK atau Ireland? Aku nak Ireland. Please please. Tapi kat ky, still kena apply UK. If tak dapat offer UK, baru pilih IUMC. IUMC stands for Irish Medical School Consortium. But, mana tahu ada rezeki for UK, tak dapat Ireland. Pada masa mendatang ni, aku berserah je pada Allah untuk menentukan yang mana terbaik untuk aku. Tapi aku nak Ireland. Ireland. Ireland. Mimpi ke Ireland.


Cerita pasal hal ehwal study plak. Dah dapat component for each subject. Biology, A D A. paper 2 aku sangat teruk. Mr Vroege cakap, "you can be an A-grade student if you improve your bahasa sains". And now, aku tak tahu dia predict aku apa. Maybe B, or atau dia baik hati, nak predict A. Aku hanya mampu berdoa je agar dia yakin aku boleh dapat A next year.


Chemistry plak A B B. Tak strong sangat. Rasa macam nak re-sit sebab aku nak A* chem. Tengoklah nanti macam mana. Mungkin aku re-sit untuk push up markah. Maths, dua-dua komponen okey, but still, kena keep on doing practise maths. Oh, rindu nak masuk kelas Mr Madhazir sejak dapat Pn Sheila as cikgu baru.


Okeylah, nak waktu berbuka ni. Itu lah bebelan aku hari ni. Terima kaseh kerana mendengar. Sekian, salam.

8 comments:

MOFASAD said...

gud luck!
semoga berjaya!

:)

Izyan Hanis said...

all the best ain. :)

Hanis Amanina said...

macam best je boleh pilih nak pergi negara mana kan? tapi nak buat mcm mana, dah tetap dah aku mmg dpt ke india.. haha..

good luck ain.. ko akan dpt pegi tmpt org berebut2 nak pegi.. and itu rezeki ko.. :D

gunakan peluang selagi ada.. yg paling penting jgn give up..

Norain Ishak said...

mofasad & izyan, terima kasih..

hanis,
india entry requirement tinggi tak?
yup, aku harap Allah memudahkan urusan aku nak dapat tempat kat Ireland.

Norain Ishak said...

mofasad & izyan, terima kasih..

hanis,
india entry requirement tinggi tak?
yup, aku harap Allah memudahkan urusan aku nak dapat tempat kat Ireland.

Hanis Amanina said...

emmm, ini yang menariknya.. just lepas cut of point untuk AS, insya-Allah dapat placement kat india.. yang ni pun kolej yg akan aturkan.. lepas ielts 6.5. then, there u go, INDIA. :)

Hanis Amanina said...

tambah, overall A level pun kene lepas cut of point jugak.. baru boleh fly. haha.. tertinggal pulak..

Norain Ishak said...

haha.seronoknya kome.kitorang ni, bukan takat nak lepas cut off point, nak kena dapat straight A.dah tu nak A* plak tuh.Dah tu ielts ada yg kena 7.0, takpun 7.5.