Saturday, July 31, 2010

Pemain Bowling Paling Tak Profesional Suka Berbelanja


Keputusan Pelawanan Bowling Liga Tak Profesional Dunia.


Salam. Hari ni aku boleh katakan hari menyeronokkan. Seronok dapat keluar dari hutan Lembah Beringin ni. Walaupun sekadar jalan-jalan kat MidValley je, tapi sebab dapat bergembira dan bergumbira dengan kawan-kawan, itulah yang lebih bermakna sebenarnya. Without friends, we are just nothing.


Macam biasa, tempat wajib kalau meronda kat Mid, mestilah MPH Bookstores. Aku ingat nak beli novel, tapi memikirkan komitmen aku kepada buku teks Cambridge Biology, aku lupakan hajat aku. Jalan-jalan, jumpa section buku hard cover. Serius aku suka. Harga dia je aku tak suka. Tapi tak suka harga tu pun, aku bantai beli dua buku nota tuh. Oh ya, aku nak share sikit madah berhelah dekat buku tu.


"Live with intention. Walk to the edge. Listen Hard. Practise wellness. Play with abandon. Laugh. Choose with no regret. Continue to learn. Appreciate your friends. Do what you love. Live as if this is all there is.." - Mary Anne Radmacher-


"Go confidently in the direction of your dream. Live the life you've imagined..!" - Thoreau-


Semangat! Semangat nak siapkan personal statement. Semangat nak belajar. Semangat nak teruskan kehidupan di muka bumi Allah ni. Okey, next, kami jalan-jalan pergi melantak pulak dekat KFC. Snack plate dengan large cheesy wedges. Before makan, lapar gila-gila. Dah makan-makan, tak larat pulak nak habiskan. Tapi berbekalkan semangat yang ada, aku meneruskan juga perjuangan habiskan makanan tuh.


Oyeah! Sudah bertenaga. Time for build up muscle tangan. Apa lagi, main bowling daa. Walaupun lane aku, Lela, Najwa and Dalila main macam sengal-sengal ayam, tapi kami tetap enjoy. Kenapa aku cakap lane tu sengal, lane tu suka-suka je jatuh kan pin yang sepatutnya tak jatuh. Pastu suka-suka bagi aku markah spare sebab aku baling bola ke arah lane yang takde pin. Mana pin dia? Lane tu lah yang jatuhkan pin yang patutnya tinggal. Bengong ke tak bengong tu? Papepun, redha je lah!


Setelah terbinanya otot-otot tangan, pergi beli-belah kat Carrefour. And then pergi melepak kat foodcourt, solat-solat, pastu pergi F.O.S. Ingat just nak cuci mata je tengok baju and beg, sekali dah ter-berkenan kat satu beg sandang. So, tengok harga dan bayar. Beg baru lah hari isnin ni. Haha. Sekarang mari kita lihat berapa banyak telah aku boroskan untuk hari ni.


  • MPH Bookstores : RM 24
  • KFC : RM 15
  • Cosmic Bowl : RM 11
  • Carrefour : RM 56
  • F.O.S : RM 43
  • TOTAL BOROS : RM149

Shopping dan wanita.


Itu pun dah puas tahan nafsu nak beli benda lain-lain. Kalau tak mahu sampai dua ratus lebih. Huh. Kopak sudah makcik ya. Dan aku sedar, setiap kali nak berbelanja, wang tu sangat penting sebenarnya eventhough orang kata duit bukan segalanya. But, segalanya perlu kan ongkos dong. Dan paling tak boleh blah, aku dapat merasakan sikap suka membeli-belah mula ter-pupuk dalam jiwa. Ish ish. Shopping dan perempuan memang tak boleh dipisahkan ke?


Okeylah, nak rest. Penat dan letih dan sakit kaki dan tangan. Akhir kata, berbelanja pada yang perlu. Hehe. Sekian, salam..=)


2 comments:

Yasmin Yahaya said...

brg utk aku mane??

Norain Ishak said...

min, lol.ko pesan ape?baju untuk ko-q kau ker?