Salam. Menguap. Mengeliat. Puas dah tidur. Khatam tidur yang tak berapa cukup minggu ni. Tidur aku ditemani dengan hujan lebat dan kilat sabung-menyabung. Sejuk dan menyamankan evethough guruh asyik berdentum. Tapi takde mimpi apa-apa pulak. Selalunya kalau tidur petang time-time hujan, ada lah mimpi-mimpi moon. Petang ni ilek.
Aku sebenarnya taknak update blog sebab Jannah Pinky tak bagi. Tapi aku lawan jugak cakap Jannah Pinky tu sebab niat aku nak share satu info dengan korang yang sudi menerjah blog hijau-coklat aku ni ha. Hari ni kita bersembang pasal kesihatan ya. Apa khabar, sihatkah tubuh badan anda?
Amboi, macam mana boleh hidup lepas jantung bagi kat orang lain?
Hari ni aku nak cerita pasal Sit More, Die Sooner. Kalau translate jadi bahasa 1Malaysia kita jadi, Duduk Lama, Mati Awal. What? Kalau duduk lama boleh mati awal? Apa kena mengenanya ni? Ish, merepek lah! Okey-okey, sabar-sabar, ini hanyalah kajian oleh American Cancer Society yang dijalankan selama 14 tahun.
Persatuan ini yang diketuai oleh Encik Patel menyatakan bahawa :
- people who spent at least 6 hours of their leisure time sitting ( watching television, reading, etc) died sooner than people who sat less than 3 hours
- people who both sit a lot and exercise little are even at higher risk of death
Risiko untuk mati lebih awal ni bukannya sebab seseorang tu jarang exercise, tapi sebab duduk lama tu yang tak elok untuk kesihatan. Duduk lama boleh meningkatkan risiko kematian menyebabkan sakit jantung. Walaupun Encik Patel tak bagi fakta-fakta yang munasabah, tapi kita boleh pikir sendiri lah hubungkaitnya kan.
Imagine, kita duduk lama berjam-jam depan komputer layan blog, tengok Korean movies, tengok Messi dengan David villa main bola. Dari jam 7 pagi sampai jam 1 tengah hari. Duduk je. Bangun pun sekejap-sekejap. Jantung korang pun bekerja dalam rate yang agak slow. So, kalau hari-hari jantung tu bekerja dalam rate yang slow, jantung tu jadi tak berapa kuat lah sampai dia hanya pump darah dalam kadar yang slow jugak.
Jadi, kenalah banyak bergerak. Banyak exercise untuk train jantung jadi kuat. Train jantung supaya bekerja lebih lama. Apa orang kata, menguatkan daya ketahanan kardiovaskular. So, jantung aktif, blood pun cepat dihantar kesuluruh tubuh badan, insyaAllah, makin bertenaga lah seseorang itu. Perlu diingatkan jantung ni organ pinjaman Allah pada kita, jadi kena lah jaga sebaiknya.
Apa-apa pun, ajal maut di tangan Tuhan. Kalau Allah nak panjangkan umur kita walaupun duduk 24 jam sehari, Dia berhak tentukan. Tapi, kita kena lah juga berusaha jaga kesihatan agar mampu melaksanakan tuntutan agama. So, apa lagi, pergi exercise nuh! Haha. Salam..
7 comments:
tu kalau duduk.kalau tidur lama2?huhu
ain ar.. suke tido je..hahaha.. =p
so..mari semua bersenam..3kali seminggu..hehe
nur, tidur lama tak ape.haha.
minye, masuk kolej tak cukup tdo do.
ct soleha, ye, mari2.
Ain. Aku pernah bace satu proverb.
"Eat well, stay fit, die anyway."
Hahaha. Yang surenyer, mati itu pasti.
;)
starlover, hehe.ye betul.mati tu pasti.tapi kite sebagai umat yg selalu melakukan kesilapan, berharap usia kita panjang agar diberi kesempatan utk beribadah kpd-Nya.
starlover, hehe.ye betul.mati tu pasti.tapi kite sebagai umat yg selalu melakukan kesilapan, berharap usia kita panjang agar diberi kesempatan utk beribadah kpd-Nya.
Post a Comment