Friday, June 11, 2010

minggu bertapa lagi


salam..as usual, minggu ni aku bertapa lagi di planet lembah beringin..planet yang jauh dari tempat membeli-belah bagi orang yang boros macam anda..dan mungkin macam aku jugak..nasib baik ade cafe..sebab kat cafe ade aiskrim drumstick..itulah jadi pengubat lara di hati....


burung-burung berdating di depan tingkap bilik..


minggu ni jugak ade trip pergi midvalley..hurm..malas nak pergi..nak jimat wang!ceh, tak penah-penah jimat duit, tetiba nak berjimat cermat plak..bukannya aper, nanti bila dah start cuti, ada macam-macam benda nak buat..nak g taiping, nak g reunion kat mid jugak..semuanya memerlukan kos yang tinggi yang akan diclaimkan kat mak ayah..hehe..


dan minggu ini jugak bukan lagi minggu study untuk exam..minggu ini adalah seperti minggu-minggu biasa..minggu yang dilimpahi dengan homework sebab kelas dah start as usual..paper semua dah habes, sekarang belajar macam biasa...so, dah start belajar A2, aku nak pasang azam baru..nak jadi rajin banyak!


pasal entry aku pasal boys akan pindah ke chalet sebelah kampung diamond, katanya memang jadi..urghhh..tensi-tensi..lepas ni tak boleh melepak kat luar chalet sesuka hati..tak boleh nak bukak tingkap sesuka hati..tak boleh nak berpoya-poya sesuka hati..


dan lepas ni, konpem ramai gegirls diamond akan berkelakuan seperti bibik from indonesia di kampung diamond..pakai tudung indon..aku and my fren plan to buy tudung indon yang seploh ringgit kat pasar malam tuh..pastu, ade gak yang nak pasang tinted kat tingkap..bilik aku memang dari dulu dah ade tinted, so save cost..


oh sekarang tengah hangit pasal fifa world cup..seperti apa yg aku penah cakap, aku tak nak ambik tahu.. tapi, taknak ambik tahu pun, aku terima offer maxis nak dapatkan result from every match.haha! taknak lah nanti macam katak dibawah tempurung sangat..


okeylah, itu jer cerita aku hari ni..harapnya internet ky ni ade weekend ni, kalau tak, kalau tak, aku akan terputus hubungan dengan dunia luar lagi..sekian, salam...

2 comments:

Afiqah Azlee said...

haha gila lah sports exco! :D

norain ishak said...

@ mas- gila apanyer?...waras lagi lah..