Saturday, June 12, 2010

menjadi chatterer lelaki


salam..hari yang macam biasa..tak produktif..dah penat baca novel rc yang membosankan lagi skema..lepas lunch, terus bertapa kat dalam bilik, online dari tadi hingga kini..apa-apa pun, solat jangan dilupa yer..waktu g lunch tadi, kosong gila lah ky..so, kosong means, tak ramai orang..tak ramai orang means, internet laju..yuhuuu..!


pastu aku bukak satu laman chat ni..dah berkurun gila aku tak bukak..sebab kalo nak chat kat situ, memang tenet kena ok and laju..ky ni bukan selalu laju..apa website dia? ceh, mana boleh bagitahu kot..ni rahsia besar gilar nie..


aku umpama spiderman yang memakai topeng muka


yang bestnya website ni, takyah nak daftar email or butir-butir diri..dengan erti kata lain, hampr 99% chatterers di situ menggunakan nama samaran....so, jangan percaya orang dalam tu 100%..jangan nak details sangat bila chatting tuh...


and tadi, aku pun chatting..haha! guna dua nama samaran..nama apa, tak boleh lah bagitahu..kantoi lah aku nanti..first, aku guna nama samaran perempuan..pastu, ade lah beberapa ekor mamat ajak chat..pergh, cara chat diorang ni, aku tak berkenan langsung ar..macam common jer..takde kelainan..plain!


ok, boring guna nickname perempuan..tukar jadi nickname lelaki plak..ni lagi best tukar jantina jap..guna bahasa pun, dah ala-ala Benz yang gila romeo dalam novel aA+bB tuh..dah terpengaruh agaknya!takde lah guna ayat seromantik Benz Alif tu, tapi guna bahasa yang tak plain lah..tak macam mamat-mamat chatterers selalu guna ..


seronok gak menyamar jadi chatterer lelaki..bersembang guna kalimah 'lu', 'gua', 'bro', 'sis'..tapi bila sembang ngan orang tua sikit, aku guna saya..haha!lawak sungguh lah aktiviti chatting aku hari ni..kesian gadis-gadis yang punya lah sopan santun bersaya awak dengan aku..maaf, sis! aku saja nak test kebolehan berfikiran seperti lelaki...=p


tapi, aku chatting, bukan chat kosong..aku menjadi seorang chatterer lelaki yang budiman..bukan menggatal seperti mana yang chatterers lelaki selalu lakukan...siap bagi words of encouragement lagi...entahlah..sebab aku memang perempuan, yang tak reti nak menggatal macam mana lelaki menggatal kot..!


okeylah, itu rahsia aku untuk korang tahu hari ni..senyap2 ok..jangan pecah di perut mahupun di mulut erk..?para chatterers lelaki, kalau nak berkenalan pun, guna lah ayat lain dari yang lain sikit.para chatterers perempuan, jangan perasan sangat kalau chatterers lelaki bermanis ayat dengan anda yer..


sekian, salam...

2 comments:

hanna said...

saya kalau pergi chatting susah nak campur ngan orang laen, haha last last jadi tukang tengok je

pelawat

Norain Ishak said...

@ hanna- haha.saje je nak tukar jadi orang lain. kadang2 tu nak borak dengan girls je.tapi tahu je lah girls.nak boys je ajak chat.btw, terima kasih melawat.