Thursday, June 10, 2010

jiwa berapi di pagi buta


salam..pergh..entry di awal pagi..orang pepagi buta kul 1 setengah, bangun pergi buat solat tahajud..aku pulak stay up sampai kul 1 setengah kat luar chalet kat kampung diamond nie..ada masalah dunia lah kononnya..haha!


hati dah berapi macam gunung berapi...


masalah yang telah lama dipendamkan akhirnya terungkai jugak..semua dah hati ke hati..dah mintak maaf kat orang itu dan ini..dan luahkan apa yang terbuku dalam hati..apa yang yang tak puas hati..so, kosong-kosong..bukak buku baru, untuk majukan diamond terchenta..


ketika kami yakni, hicomm dan excos tengah selesai talk heart-to-heart, tiba bala baru! zunni dengan dalila datang bawak berita buruk..aku pun tak berapa jelas beritanya macam mana, tapi memang serius buat jiwa aku terbakar bila dengar..


beritanya:

1.budak point5 girls akan beralih ke apartment, dan budak laki akan take over chalet sebelah kampung diamond ni.

ini memang gila menganggu privasi..dah lah tembok sebelah ni pendek jer..kalau ada budak kurang waras, memang senang gila lah nak skodeng and what-so-ever..bayangkan, budak yang duk jauh apartment sana tu pun sanggup datang kat jalanraya sebelah kampung diamond ni untuk berdating, apatah lagi yang duduk dekat dengan chalet girls..lagi lah senang nak dating tuh..


dah tu, kami sebagai kaum hawa, tak pasal-pasal nak kena berhijab 24jam..bukak tingkap, nak kena bertudung..nak sidai baju nak bertudung..pastu tak boleh blah, adalah sorang minah ni, dari ceruk kampung mane entah, senang-senang je cakap, "ala, budak diamond kan ramai muscom, so, they all mesti sentiasa pakai tudung kan,".. ah, your head lah!


2.kononnya, point5 girls akan takeover chalet kami tengah menginap ni, dan semua girls kena menginjak..

ini memang lagi satu malapetaka..kitorang ngan point5 dah lah tak sebulu,ni nak kena menginjak sebab dorang..memang bikin panas hati ni..habis taman dalam hati aku ni terbakar tau..!


3. mereka nak buat pemindahan entahapahapaentah ni untuk mengurangkan gejala dating.

bagi aku pemidahan ni takde effect langsung kepada gejala dating..lagi berleluasa adalah kot..takpun, trend dating akan berubah kalau boys duduk kat kampung sebelah kampung diamond girls ni..kalau dulu, boys hantar girls balik, ini dah bertukar, girls hantar boys balik..pergh..mantap man-toya..


so, kami pun duk discuss ar tadi..memang semua membara gila lah hati..kalau benda ni betul-betul terjadi, memang bagi aku ini satu malapetaka..kami semua tak kesah boys duk sebelah ni as long as tembok zink tu tinggi lagi..tapi kalau melibatkan pemindahan chalet, memang sakit jiwa!


okey ar, saja nak luahkan kemarahan kat blog..pergh..kelas kul 8 pagi..aku boleh tak tido lagi..konpem tersengguk dalam kelas chemistry..ok-ok..mata layu...salam.......


2 comments:

Afiqah Azlee said...

Dorang nak senang, dorang ah sacrifice! Pehal nak libatkan orang lain!

norain ishak said...

@ mas-paling tak boleh blah bila dorang ni duk sesame point5..pergh, bajet bagus giler.menyusahkan orang no satu.