Tuesday, May 4, 2010

tag : untuk stalkers waikiki burger


salam..waikiki burger?..okey,aku taknak cerita pasal waikiki burger ker, waikiki ayam goreng ker. ataupun waikiki sosej..cuma nak jawab tag dari encik faiz syahmi yang kata aku ni waikiki burger..tag ni panjang..tapi aku cuba pendek-pendekkan..

waktu aku baca tag ni kat blog beliau, dah macam biodata waktu zaman sekolah-sekolah rendah dulu..ala, waktu darjah enam dulu lar, kan nak habis sekolah..pastu bajet tak jumpa dah..so, buat buku biodata..

1.nama
2.no telefon
3.kelas
4.minuman kegemaran
5.makanan kegemaran
6.kata-kata semangat
7.hobi
8.cita-cita


hurm..ada banyak lagi kot pada zaman tuh..tapi aku dah tak tahu ke mana perginya buku tu..poyo kot..skang ni contact pakai facebook suda..so, hari ni nak mengimbau zaman itu dengan olahan menerusi blog aku nie...okey, stalkers sekalian, get ready!hahahah!

siapa stalker sekarang ni..?

MUSIC

minat aku terhadap muzik berubah-ubah..ceh, poyo lak..haha! betul, kekadang ada satu time aku layan lagu malaysia jer, kekadang tu layan lagu english jer, dan kekadang lagi layan lagu band dari seberang tuh..dan sekarang ni adalah time layan lagu indie..haa, nak bagi tahu satu benda ni, aku kalau aku dah suka sangat dengan satu-satu lagu tu, dalam tempoh seminggu, itu je satu lagu yang aku main..currently lagu yang aku mainkan adalah lagu pelita tuh lar..hehe..


MOVIE

movie..?perghh..boleh dikira dengan jari berapa kali aku pegi cinema..dan boleh dikira dengan jari berapa kali jer aku hangout ngan kenkawab untuk g cinema..jadi, aku agak 'buta' movie..so, kalo kenkawan tanya pasal movie latest, aku buat muka blur jer lah..


FOOD & DRINKS

cakap pasal makanan, otak aku dengan automatiknya teringat dekat ayam merah masakan mak aku..jadi sudah tentulah itu lauk faveret..kalo pergi kedai makan plak, aku suka makan kuew teow kungfu..!kalo tukang masak pandai kungfu, sedaplah ia..kalo tak pandai, perghh rasa entah apa-apa ntah...kalo g mcD, aku suka big mac! baru lah puas makan dua daging burger, kan?

oh, drinks pulak..milo ais kot.. kalo pegi kedai yang buat pekat-pekat tuh..perghh sedapnya!..tapi kekadang suka air buah..yang paling aku suka air tembikai, tembikai laici dengan carrot susu.. ok, sapa nak belanja aku makan ngan minum ?


FAVOURITE PAST TIME

aku suka zaman sekolah rendah..banyak kenangan aku kat sekolah rendah alam shah(1) petaling jaya..sekolah yang kecik, tapi menyimpan banyak memori.. memori apa? haha, biarlah rahsia..ceh, poyo! itu kat sekolah, tapi kalau kat rumah aku, lagi best..petang-petang lepak kat padang depan rumah..bercerita pasal itu ini..main itu ini..gaduh itu ini..memang itu ini lah! aku berharap dapat jumpa doraemon so that dia boleh pinjamkan aku time machine dia tuh..


zaman childhood..


BOOKS & MAGAZINES

aku bukan seorang yang jenis kumpul-kumpul buku..takde masa sangat nak baca..dari zaman aku sekolah menengah sampai skang ni, buku-buku yang aku rapat dan 'suka' adalah buku-buku yang nak kena study untuk exam...kalo magazines, aku jarang-jarang sangat baca..kalo ada pun macam nur, dara, remaja, ujang dan yang paling kerap aku baca mingguan wanita..sebabnya, balik umah, banyak gila majalah tu..majalah mak aku lar..aku tumpang sekaki untuk dapatkan input-input berguna...


FAVOURITE LEPAKING PLACE

selalunya lepak kat facebook..takpun lepak dalam ym mail box aku..tapi most of the time aku rasa aku lepak kat blog..kat blog aku dan blog orang..kalo takde mood nak lepak tak tentu hala, aku pergi penulisan2u untuk baca cerpen orang dan kadang-kala baca cerpen sendiri.haha! kalo dah muak penulisan2u, pergi iluvislam plak untuk mendapat santapan rohani..


SPORT

aku bukanlah budak sport..main netball pun terkial-kial..rules game netball, lagi lar aku tak tahu..aku cuma tahu lari jer..tapi dah masuk secondary school, tiba-tiba semput nak lari, lalu aku retired daripada bidang pelarian..dan, dalam banyak-banyak sport, aku cuma terer main badminton jer..alahai, limited betul skill aku..


SUBJECT

dari zaman tadika hingga dah masuk kolej ni, aku setia pada yang satu..yakni matematik..aku suka math sebab math ni pasal kira-kira jer..tak perlu nak hafal fact macam subjek sejarah..oh, sejaraha adalah subjek yang paling aku tak suka yer.hehe.tapi bila dah sampai a-level ni, chemistry dan biology turut menjadi subjek feveret..go A*..!


IDOL

hurm..entah lah..aku takde idola kot..sebab dalam setiap benda yang aku lakukan, aku cuba sedaya-upaya memberi motivasi pada diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain menjadi peransang untuk aku melakukan sesuatu..tapi, mungkin jugak mak ayah aku,walaupun mereka tak berjawatan besar, tapi bila teringat akan mereka, aku terus semangat nak study!


COLOUR

dulu-dulu suka biru..haha! mungkin terpengaruh dengan warna rumah sukan sekolah rendah kot..pastu sekarang ni tiba-tiba suka hitam . hitam tu sebenarnya menarik, unggul, sofistikated dan urmm apa lagi ek?

zain bagi bunga kat aleeya, aku jeles..


FLOWERS

pengumuman..!aku nak zain bagi aku jambangan segar bunga ros merah putih..! actually, aku tak tahu sangat pasal bunga-bunga ini.. jadi aku takde bunga feveret lah.. cuma prasan nak dapat bunga pada hari konvokesyen macam cerita baju pengantin mak andam tuh..muahahah!


FRUITS

macam-macam buah aku suka nie..kat belakang rumah aku ada pokok pisang..molek-molek je rupanya..tapi bila sampai ky,aku terus tak suka pisang sebab saiznya besar bebenor..lagi aku suka rambutan..lagi best makan waktu batuk..memang tak henti-henti la batuk tuh..pastu buah mangga, betik, tembikai, tembikai susu, epal, suma aku layan lah..durian pun layan jugak, cuma makan seulas dua jer ar takut kepanasan.haha!


CARTOON

wonderpets, wonderpets, kami datang, membantu haiwan yang kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah.yey, wonderpets yey! tetiba teringat anak buah aku nyanyi...wonderpets ni comel sangat..mula-mula tak minat, tapi sejak dah tumpang sekaki tengok ngan anak buah aku, aku pulak yang addicted setiap hari..


haa..lega sudah..itulah tag nya..jadi kepada stalker-stalker aku di luar sana, takyah penat-penat nak stalk aku..haha! aku dah jadi perasan cam cik bunbun jugak lah...adehh..hurm, nak tag sapa eh? ha, aku nak tag Minye jer..sebab dia baru abes matrix, mesti dia takde keje nak buat..


okey, sekian jawapan jujur lagi ikhlas dari hati nurani aku..salam...

7 comments:

M. Faiz Syahmi said...

wahahahaha~
patot la nak buat maths dlu baru buat tag ni..
upanya minat maths~ kuikuikui.

eh, ko suka nama waikiki burger ni ke.?
dah macam nickname baru kau dah ni..~ XP

eh, xsangka lak ko suka wonderpets. XD

Norain Ishak said...

@faizsyahmi- exam maths minggu depan, tu pasal la kena pulun buat exercise maths..ahha nickname waikiki burger?tak rela aku..haha!saja je letak waikiki burger, sebab serius aku tak pernah dengar, tapi kawan aku cakap dulu mcd ker kfc pernah ada burger waikiki tuh..oh yer,kalo bukan wonderpets, kau ingat aku minat kartun apa plak?popeye?haha.

Yasmin Yahaya said...

haahaha.. aku da wat da.. penatnye~~~

Norain Ishak said...

@minye-haha.oh, tengok korea2 kau tak penat pulak ek?haha.mekasih min!

M. Faiz Syahmi said...

waikiki burger kfc punya.! hahahaha~
tawu ponn. that's what i meant. XP

popeye besh ooh!
asyik2 kena buli ngan brutus yg nak rampas olive tu. XP

jgn cakap ko xminat lak.. XD

Norain Ishak said...

@ok, aku dah tahu..popeye tak best sgt ar.conan lagi best!tambah2 dengan adanya pakcik kokoru mouri ngan kak ran tuh..papepun shinichi kudo tetap di hati.haha!

M. Faiz Syahmi said...

hahahahaha..
conan jgn ckp la.. antara komik deduksi yg aku suka.! XD