Saturday, May 8, 2010

it's mother's day and guess how much you are loved?


salam..sekarang jam pukul 3.30 pagi..bukan aku stay up, tapi tiba-tiba terjaga dari mimpi..alang-alang tuh, aku nak tulis entry bersempena hari ibu..tapi aku tak suka hari ibu,aku lebih suka hari emak, sebab aku panggil insan yang melahirkan aku sebagai emak...


firstly nak cerita pasal emak aku..emak aku seorang yang sangat-sangat mementingkan kebersihan..kekadang tensen gak, bila terpijak simen kat luar tanpa pakai selipar, mak aku dah bebel banyak kali, "Ain, sebelum masuk tu basuh kaki dulu, "..dan aku pun jawab, "ye lah, mak"..

secondly nak cerita pasal emak aku lagik, mak aku tukang masak terhebat..!tak tahu lah mak belajar kat mana..tapi aku tak pernah makan masakan emak aku yang tak sedap.. semua sedap-sedap belaka.. tapi, aku liat nak cakap, "terima kasih, mak" setiap kali mak masak untuk aku..


thirdly pasal emak aku lagi, bukan emak anda yer.. bila call mak, mesti aku cakap, "mak doakan ain dapat A semua, "..mak aku jawab, "mak doakan kau siang malam.."perghh..setiap kali mak aku cakap macam tuh, mesti air mata aku nak meleleh sebab terharu mak ingat dekat aku..sedangkan aku kat ky,ni terlebih foya-foya terlupa kat mak kejap..


yang keempat, mak aku seorang yang pengemas.. bila balik cuti, aku memang malas nak basuh baju, eventhough ada mesin basuh, aotomatic lagi.. jadi, mak lah yang rajin basuh baju aku, siap sidaikan lagi.. perghh..pemalasnya aku..tapi bila keluar jenjalan, mintak macam-macam kat mak.. tolong diri sendiri kat rumah pun taknak..jadi, balik cuti nanti, aku taknak susahkan mak dah..tapi kalau bab memasak, aku fail suda!

kalau nak tulis kelima, keenam, ketujuh, memang banyak nak cerita..tapi cukuplah yang top 4..mak aku suka berleter, tapi dalam leterannya, ada kasih sayang yang terselit untuk anak-anaknya.. alahai, tetiba sedih membayangkan kakak aku yg first and second celebrate hari emak ngan mak and ayah kat rumah malam tadi..kakak aku yang third, kat hospital nak tunggu beranak..


sebelum mengundur diri, hayatilah bait-bait lirik lagu ni..lagu ni aku first time dengar waktu kat mrsm tepeng dulu,.. meleleh air mata aku bila dengar lagu ni..teringat salah dekat mak..

Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

sekian, salam hari emak..!

3 comments:

M. Faiz Syahmi said...

addoiiii lagu ni lak dah..
syahdu sgt ar.. huk.. T.T

Hur Ain said...

salam hari umi :D :D :D

Norain Ishak said...

@faiz syahmi- haha.biar syahdu sikit supaya ingat jasa mak.

@hur - selamat hari umi jugak utk ibu hur..