Saturday, May 8, 2010

disebalik tabir filem CERCAAN

salam..semalam dah lepas emosi..hari ni nak cool balik..bila-bila dipikirkan balik, sebenarnya ada juga kesan-kesan positif apabila terkena cercaan tiba-tiba.. kalau nak kira aspek negatif, for sure lah buat kita rasa macam nak sumpah seranah jer, tapi kita kan waras, kalau sumpah seranah pun, tambah dosa je kan? betul tak pak anon ngan mak non? diam tandanya setuju..haha..


serangan hendap yang aku terima tu buat aku terpikir, betul ke aku kutuk orang, kutuk muscom, betul ke aku sakitkan hati chaletmates aku.. jadi, aku muhasabah diri balik.. tak salah muhasabah diri eventhough kita tak buat salah seperti apa yang pak anon ngan mak anon kata.. jadi, terima kasih lah pak anon ngan mak anon, sebab pasal kalian, buat aku lebih khusyuk berdoa agar aku menjadi insan yang lebih kuat menerima dugaan..


ya lah, before ni asyik doa mudah dapat ilmu, mudah jawab exam, mudah dapat jodoh soleh and blah blah blah..tapi terlupa nak doa agar jadi insan yang lebih kuat menerima cabaran hidup.. jadi, bila ditimpa musibah, lihat positive effectnya.. kadang-kadang dugaan yang melanda adalah umpama loceng yang berdering yang menyedarkan kita untuk melakukan sesuatu perkara..



dalam case aku, aku sedar kat ky ni, aku ada ramai kawan-kawan yang supportive kecuali yang macam spesies pak anon dengan mak anon, itu aku kurang pasti spesies apa pulak.. semalam , dekat erna, najwa, ummu, zunni, afwa, atiqa lah tempat nak mengadu nasib..ceh, poyo lah ayat aku.. tapi memang betul.. tempat aku nak luahkan masalah.. terima kasihlah sebab ambil berat terhadap member anda ni..


akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penggambaran movie aku semalam.. tak kira lah silent reader, bising reader, rakan blogger, diamonders, pak anon dan mak anon, terima kasih..! salam ..


4 comments:

M. Faiz Syahmi said...

yah.! strive the challenge.!
itu yg sebaiknya.! XD

kata nak jadi doktor kan.?

norain ishak said...

@faiz syahmi- of coz ler nak jadi doktor.. mana ada doktor lembik kan?yeah, aku kuat! kuat macam popeye!

M. Faiz Syahmi said...

tau pon.. (:

virgo_blue91 said...

:)