salam..first aku nak luahkan sesuatu benda..yakni aku harap bekalan elektrik kat chalet kesayangan aku ni tak putus dengan tiba-tiba lagi..cukup seksa takde elektrik..nak study pun tak boleh..exam makin dekat dah ni..dah aku pun makin giat berblogging!
jangan pandang belakang..!
malam tadi dah ok..pastu pukul 12malam blackout lagi..aku pun buat bodo je lar..sebab chaletmate aku sumer dah mentidokan diri..aku plak rasa macam taknak tido lagi..nak main tenet, laptop aku perlukan bantuan pernafasan..takde elektrik, k.o lah dia..nak layan lagu pelita pun, tak boleh..takut bateri henpon abes..so, tido jugak lah aku..
pastu sekejap tadi lepas abes kelas..elektrik takde lagi..apa lagi,kol la pakcik dan abang technician..repair sana..repair sini..dah okey..aku harap okey sokmo lah...penat aku nak berpanasan ni..
sambil tunggu mereka repair, aku pun terpikir sesuatu.. kadang-kadang dalam tv, kita tengok orang yang keje mekanik, keje technician sebelah mata je.. tapi di alam realiti, tanpa mereka, siapalah kita jugak kan? kalo takde technician tolong repair elektrik kat ky ni, habislah budak ky tak boleh study..
cuba tanya doktor ke, c.e.o ker, mereka tahu ker nak repair elektrik? lihat, itu kelemahan mereka.. senang nak cakap, kita jangan nak rasa kita ni perfect..setiap insan tu ade kelebihan dan kekurangannya.. jadi, gunakan kelebihan itu untuk membantu orang lain..macam abang technician tu(walaupun dia dapat gaji..)..haha!
pastu nak cakap lagi, ade lah sorang makcik anonymous ni cakap, orang yang lower income people ni, padan lah gaji tak berapa banyak, masa sekolah dulu tak pandai..aku sama sekali membantah kata makcik anonymous tu..korang setuju ker?
aku sama sekali membantah..!sebab bagi aku, kepandaian seseorang ni sangat subjektif dan langsung tidak objektif..kepandaian tak seharusnya diukur pada pencapaian akademik sahaja..ada banyak aspek lagi dimana kepandaian boleh diukur..contoh-contohnya..
1)penjual nasi lemak jalanan
-mereka PANDAI masak nasi lemak yang enak..
2)electrical technician
-mereka PANDAI baiki masalah elektrik..
3)mekanik kereta
-mereka PANDAI baiki kereta..
4) cleaner
-mereka PANDAI membersihkan sesuatu tempat dengan efisyen
5) blogger jalanan
-mereka PANDAI berblogging..huahuaa!
lihat, mereka semua pandai dalam bidang masing-masing..jadi, kita tak boleh pandang orang lain sebelah mata..sebab tu lah Allah kurniakan duaa mata..supaya kita tengok orang dengan dua mata kan?..selain pandang guna dua mata, adalah penting untuk kita tidak merendah-rendahkan daya kredibiliti orang lain..sebab nya kita semua ni ada kelebihan masing-masing..
okey..itu jer lah renungan untuk hari ni..semoga kita menjadi insan yang tak berlagak dengan kelebihan yang ada..sebelum tu rasa nak bongkak, fikir balik, siapa yang anugerahkan kelebihan kita tu..terus tak jadi nak bangga diri..sekian..salam..
p/s-ape kes compete pasal brader technician dgn chaletmates?haha!
p/s2-dan blackout lagi pada jam 7.03pm
2 comments:
huihhh...
mmg masalah betol la kalo blackout..
susah oh nak buat keje suma..
>.<"
even nak tuka baju pon kekadang silap baju, tebalik sana sini.
kalo baju bebutang, sampai salah butangkan. >.<"
hm, kecekapan seorang pekerja mmg di dalam lingkungan pekerjaan die saje kan.?
xde masanya doctor nak gi baiki letrik putus tu. haha.
ngan zaman yg hampir 100% gunakan letrik ni, mmg susah la xde letrik.
syukur, ko ade electrician/technician.
aku.? plug rosak fius rosak suis rosak, tuka sendiri la nampaknya.. -.-"
@faizsyahmi-haha.ko cerita pasal silap baju,buat aku teringat zaman mrsm.ada studenttu salah match baju ngan kain.dah sampai assembly,baru sedar.lawak2.ye, sangat bersyukur ade elctrican/technician yang tak kira masa dtg repair.kau lelaki.mesti lah mahir bab-bab elektrik.haha.
Post a Comment