Thursday, April 29, 2010

usrah budak chalet


salam..hari ni usrah pasal berapakah nilai harga dirimu...aku tak berapa nak ingat tajuk yang tepat..tapi bunyinya lebih kurang macam tu lah...usrah kali ni berbeza sedikit..dan juga best sedikit sebab diadakan di cafe..takde makan-makan..diskusi sahaja..mereka yang memeriahkan usrah kali ni adalah aku, najwa, zunnurain, laila nabila, nabilah, dalila dan juga natasya nurain..


aku kata usrah ni best sedikit sebab kali ni perbincangan nya lebih terbuka..takde lah macam kena cakap slow2 dalam surau..kalo tak,kejap-kejap ade yang buat bunyi syushh,syushh...so, next time, usrah akan diadakan di japanese garden..wah, lebih mantap kot...!


klik untuk bacaan yang lebih jelas..


okey, berbalik kepada tajuk utama..korang rasa korang ni bernilai sangat ker?jawab..jawab..mesti ada yang akan cakap, diriku begitu berharga...piiraahhhh..!jangan perasan...kita ni dijadikan dari tanah jer..jadi, jangan nak berlagak lebih-lebih..


apa yang nak disampaikan di sini, kita ni sebagai hamba Allah di muka bumi, jangan nak membeza-bezakan darjat..yang kaya dengan yang miskin..yang bodoh dengan yang pandai..yang cantik dengan yang hodoh..sedarlah, kita semua ni sama..jangan rasa diri tu bagus sangat..kita ni hanyalah makhluk kerdil yang sekadar menumpang di bumi Allah...


dah bercakap panjang lebar, tiba-tiba ada sesi jauhari window..hahah! tak boleh blah giler..topiknya pasal budak surau VS budak chalet..buat pertama kalinya aku dengar perkataan 'budak chalet'..tak tahu pulak term tu wujud kat ky ni..yer, aku dengan bangganya nak cakap aku adalah budak chalet..!


ek eleh ain,ko bangga jadi budak chalet?habis tu patut malu ke jadi budak chalet?..budak chalet bukannya buat maksiat pun..bukan semua budak chalet dating tak tentu hala..bukan semua budak chalet sosial tak tentu hala..budak chalet pun solat jugak..yang bezanya solat kat chalet..


kalo nak cakap pasal pergaulan..hurm, aku rasa sama je pergaulan budak chalet ker, budak surau ker, budak apartment ker or what-so-ever..acap kali kalo kita cakap pasal budak surau,mesti terlintas ,ohh dorang ni baik, tak bercintan-cinton, bangun qiam dan yang baik-baik belaka lah semua..kalo cakap pasal budak sosial.yang terlintas, hish budak ni mesti dah penah buat benda tak elok and blah blah blah..kalo cakap pasal budak chalet, mesti terlintas kenapalah dorang ni tak solat kat surau and blah blah blah..




stop!stop!stop!stop and stare!haha..tetiba..siapalah kita nak judge orang lain..dan kalo kita rasa diri kita ini di-judge orang lain dengan tanggapan yang kurang enak, kita cool suda! yang penting kita kena ambil tahu judgement dari Allah terhadap kita..ya, aku memang giler jarang solat kat surau, tapi kadang-kadang tu jadi 'budak sesat' lah kat surau..huhu..tapi aku punya prinsip, aku tahu aku solat..bukannya tak solat..tak solat dah jadi dosa besar tuhh..!


wah, panjang lebar sungguh tazkirah aku hari ni..jadi, sama-sama lah ambik pengajaran..ingat, kita hanyalah hamba Allah..layakkah hamba Allah menilai ketakwaan hamba yang lain?..fikir-fikirkanlah..salam..


p/s-memang susah untuk tidak prejudis terhadap orang lain,kan?

4 comments:

M. Faiz Syahmi said...

hohohh.
aku tertanya-tanya,
apekah itu budak chalet.?
rupenya yg jenis melekat kat bilik time solat ae.?

alaa..
takkan tu pun nak dibuat isu dalam usrah kot.. huk.

btw, naqib tu sebaya atau lebih umur.?

Unknown said...

ehh. budak chalet tu ape? haha. h=kurang paham T__T

tapi selalunye tgok kat tv la yang bange2 darjat ni. dkt dunia sbnar belum pernah jumpe. haha

Afiqah Azlee said...

ye ain, same lah kite.

Norain Ishak said...

@faizsyahmi-lebih kurang camtu la maknenye.tapi maksud yg lebih tepat ialah budak yg lebih gemar solat di chalet..naqibah tu sebaya..
@cik bunbun-haha!tak paham takpe lar.huhu..
@mas-ye mas,same lah kite..