Sunday, April 25, 2010

saya tersuka zain


salam..hari ni nak jiwang sikit..haha..dah lama tak layan jiwang..almaklumlah, takde idea untuk berangan tulis cerpen..currently sedang baca novel areila sahimi yang juga boleh dibaca di starluvu.blogspot.com bertajuk baju pengantin mak andam..


serius, ceritanya sangat-sangat menarik..pandai penulis cipta watak-watak dalam novel beliau sehingga saya dah 'ter'tangkap cintan dengan zain. haha! jangan gelak.. suka hati lar nak tangkap cintan pun kan?..heheh..watak zain tu, erm memang..erm..memang saya suka!dah macam org giler aku sengih sorang-sorang..


pada masa yang sama, semalam saya gunakan aplikasi gigibiru untuk dapatkan lagu indigo bertajuk istimewa..ala, lagu iklan syampu rejoice tu..wah! saya rasa kena sangat lah lagu ni kalau ada sekali dalam novel tu..kononnya zain dedikasi lagu tersebut untuk aleeya...wah! sweet-sweet..!




"biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa "- zain

"zain, sekeras-keras aku, seselamba mana pun aku,, zain, aku masih seorang perempuan. yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati.."- aleeya


Istimewa - Indigo

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa


baik punya lirik..!serius, angau sudah dengan watak zain ni..hahah!okey lar...cukup-cukup ain..jangan berangan lelebih..sekian..salam!


p/s-zain oh zain!

4 comments:

Amanina said...

haha. haip2. AS lagi 2 minggu ni. :D :D

cover novel2 skrg dah unik kan? comel2 belaka.

norain ishak said...

@haniamanina-memang comel.haha.aku dah khatamkan dah tengah hari tadi.selagi tak khatam,jiwa kacau aku macam aleeya.haha.takpe,zain boleh tolong.huahua.merepek suda.ye,aku study lar ni..

Lepat Pisang said...

Salam
Comelnye cover novel ni..simple n sweet..he..he..
yeke?nanti lepat gi singgah jap..lepat suka baca novel..Thankz 4 visit blog lepat yer..

norain ishak said...

@lepat pisang-baca jgn tak baca!hahah!