Friday, April 16, 2010

dekat pada-Mu


salam...alhamdulillah peperiksaan trial AS telahpun tamat..maaf, belum merdeka..jangan nak gembira..peperiksaan As menanti saya dalam tempoh tiga minggu dari sekarang..!
pasal result yang bakal saya dapat minggu depan, saya berserah..saya dah usaha lakukan yang terbaik,dan harap Allah makbulkan doa saya, dan doa anda jugak untuk dapat keputusan yang baik..


ketika musim peperiksaan, saya dan mungkin segelintir daripada anda ada yang bersifat 'lebih mendekatkan diri dengan Allah' .. ya, bila kita nak mohon sesuatu, kita tahu kita kena dekatkan diri denganNya.. sebagai contoh waktu minggu peperiksaan, setiap pagi bangun buat solat sunat..mintak Allah permudahkan kita jawab soalan dan memakbulkan permintaan kita..



tapi, bila tamat musim exam, bangun pagi pun liat, sentuh Al-quran pun taknak..jadi adakah ibadah kita sebelum ini semata-mata kerana nak dapat keputusan yang baik dalam exam? exam? exam ? nah, niat untuk beribadah telah lari di situ..jadi, mari kita fikir-fikirkan semula...fikir balik niat utama kita beribadah...


walaubagaimanapun, ada juga golongan yang bersifat 'menjauhkan diri daripada Allah'..kalau solat sebelum musim exam penuh khusyuk dan tawadhuk, waktu musim exam, solat macam patuk ayam sebab banyak benda tak habis dibaca..almaklumlah, study last minute kan?..


jadi, yang mana satu bagus nie?dekatkan diri atau jauhkan diri?..lebih baik dekatkan diri, sekurang-kurangnya kita boleh ubah niat semata-mata untuk exam itu menjadi niat kerana Allah..nak berjaya kerana Allah..banyak kelebihannya orang yang mendekatkan diri kepada Allah nie..kalau jauhkan diri, jauh lah dari rahmat-Nya..


antaranya adalah mengenai masa..misal kata masa kita memang tersangat suntuk untuk habiskan baca nota ekonomi,esok nak exam dah ni, tapi cuba kita luangkan masa sebentar baca Quran, insyaAllah, Allah lapangkan dada kita..lapangkan masa yang kita ada..sedar-sedar tengok jam, wah, masih banyak masa lagi dan sempat untuk khatamkan nota ekonomi tersebut..


saya bercakap mengikut pengalaman sendiri..saya bukanlah badar,, muscom,, karisma,, alim,, apatah lagi alim-alim kucing ataupun badan-badan dakwah..cuma cuba mahu menjadi insan yang lebih baik apabila tersedar..okeylah..dan macam blog MUSCOM lah pulak kan!heheh..


ok, mahu kemas bilik yang bersepah dan bersiap ke tioman..anda mahu kirim apa, t-shirt tioman?hehe..salam..!


6 comments:

Hanis Amanina said...

nak kirim!! batu karang. :D

L33b said...

well said ain.:) setuju dgn soal masa itu. melalui pengalaman itu juga..tapi bukan dgn econs la.hehe

Norain Ishak said...

@hanis-haha..batu karang?oh,plizzz!hhehe..
@adila-haha..bukan dengan econ,pasti dgn chemi dan bio kan?..

Anonymous said...

terasa terpukul, huhu. D;
tp apa yg ko ckp semua btol.
same2 laa ambik pengajaran... :)

Ami (oh malaysia) said...

selamat berjaya untuk Ain. dah nak final dah. harap buat yang terbaik. insyallah. jumpa di UK ye. hehe. (bajet je aku ni)

Norain Ishak said...

@fikri-rasa terpukul?sila pukul diri sendiri skang jugak..hehe..
@amir-time kasih la yer..uk?kau kan kat aussie.agak bajet di situ..haha.