Tuesday, April 6, 2010

10 soalan bonus dari cik hanis


salam..dah lama tak jawab tag..baru jer terasa nak jawab tag, hanis amanina dah tag aku..papepun, terima kasih sebab menulis tag ni sedikit sebanyak mengisi masa yang terluang yang sepatutnya digunakan untuk menelaah pelajaran..hahah!




1. Siapakah anda di rumah?

hahaha..soalan cepumas nie..bagi aku soalan ni merujuk kepada skop keluarga..ok,aku jawab..kat rumah, aku seorang yang agak malas nak buat kerjaa dapur..(habislah,ramai taknak buat menantu nie)..tapi,nanti dulu..aku rajin basuh pinggan tau!hahha..bukan apa,kat rumah mak aku jarang nak suruh-suruh aku buat kerja..anak last la katakan..nak jadi doktor pulak tuh..so,mak aku pun biarkan aku dengan sifat kiasu ku..haha..eh,jujur lah nie!

pastu kalau dengan adik beradik aku, sempoi jer..alamak, tetiba rindu kat kakak-kakak aku yang suka buli aku tuh..oh, dan aku juga seorang yang penyayang dengan anak-anak buah aku..ceh! tapi lebih banyak sakat dorang daripada penyayang kot..!secara detailnya aku merupakan anak last yang ada tiga orang kakak,tiga orang abang ipar dan 5 orang anak buah yang comel-comel belaka..!=)


2. Siapakah anda di samping rakan?

apsal soalan ni nak buat aku gelak?..aduhai..okeylah..aku tetap jawab..aku rasa kawan aku rasa aku seorang yang urmmm baik kot!haha..serius..dulu kat mrsm taiping,erna cakap, ada orang cakap budak aku budak baik..heheh..itu kalau orang tak kenal aku lah..kalau orang yang betul-betul kenal mesti cakap,aku ni seorang yang suka buat lawak..eh lawak ker?entah lah..dan juga seorang yang rajin study! haha..once again, sifat kiasu ku terserlah..!

oh yer, dari segi nama panggilan..panggil je lar apa-apa..jgn panggil yang tak baik sudah..kalau tak aku reject anda jadi kawan aku...nickname aku tak banyak kot..anda yang panggil full nama, NORAIN.. kebiasaannya AIN lah..tapi ada jugak yang sengal macam minye suka panggil RAIN!..tak boleh nak buat apa dah lar..hahah!jgn marah min obes..!


3. 5 benda belum tercapai?
ala,ni mudah jer..malas nak elaborate panjang-panjang..
1) AAA in A-level dan fly dengan jayanya ke UK
2) tamat belajar perubatan dengan jayanya
3) beli kereta honda CRV dan rumah
4) tolong emak ngan ayah
5) kahwin ( kalau ada yang sudi..hahahaha..buat ayat kesian lak dia..)


4. Siapakah nama pasangan anda?
SYSTEM ERROR


5. Ceritakan lima perkara yang anda suka tentang pasangan anda?
Ala, tension lah soalannya..hanis,,aku nak ubah soalan boleh? Ceritakan tiga perkara yang anda suka tentang seseorang itu..hahah!
1) matang
2) berilmu
3) berwawasan


6. Bila tarikh anda couple?
aku nak ubah soalan nie lagi..haha..bila anda kahwin?
1-9-2019..hahaha..rileks2..jangan buat kotroversi..dan saja-saja nak poyo di petang hari..btw, tarikh ni cun...hari sabtu pulak tuh!


7. Apa kenangan pahit anda bersama pasangan?
tag ni khas untuk mereka yang ada pasangan ek?nampaknya hanis salah tag orang nie..hahaha..


8. Lagu tema cinta anda?
urghhhh..tag ni buat aku tensi!


9. Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
kenal pun tak..jadi,tak dapat lah den nak analyse sifat beliau..haha!


10. Tag sepuluh rakan yang lain..
malas nak tag..kawan-kawan aku tu ramai yang tak berpasangan masalahnya..nanti dorang stress..


hah! terjawab juga semua persoalannya...jawapan jujur dari hati yang luhur..cewwahh..tak menahan betul ayat aku nie kan?okey lah...nak pergi kiasu..hahaha..salam..


3 comments:

Amanina said...

haha. aku dah rasa ketensionan menjawab tag ni tadi. dah la pasal hati naluri. acehh. poyo lebih aku. :P

nanti aku bagi ko tag pasal bio, phy, chemy nak??? hahaha

Amanina said...

haha. aku dah rasa ketensionan menjawab tag ni tadi. dah la pasal hati naluri. acehh. poyo lebih aku. :P

nanti aku bagi ko tag pasal bio, phy, chemy nak??? hahaha

norain ishak said...

@hanis-wah komen spam ek?hahha..tag chemy?ade ker?boleh jer?haha..