Tuesday, March 30, 2010

bila cinta overdose


salam...waktu cuti hari tu aku nak post something yang aku baca dari majalah mingguan wanita tapi sebab keadaan tak mengizinkan, tak dapat nak post....isinya macam menarik..so, nak lah korang pun tahu jugak..


tajuknya berkenaan cinta..hahah..ada seorang rakan sekolej, dia tanya aku, apsal aku asyik buat cerpen bertemakan cinta?aku jawab, habis tu takkan pasal persahabatan, kekeluargaan..takde feeling aku nak tulis kalau itu temanya...cuba cakap, berapa persen sangat cerpen, drama, novel mahupun filem yang ada tema friendship?..


memang lumrah manusia suka perihal cinta, perihal kasih sayang sesama manusia..fanatik sangatkah kita dengan cinta ?okey..aku tak reti nak elaborate panjang lebar..meh, baca keratan artikel kat bawah ni okey...tajuknya cinta overdose...


"kalau setiap saat yang diingat hanya kekasih hati, bilakah masa untuk mengingat Allah taala? mabuk cinta boleh buat manusia buta untuk melihat kebenaran, lupa kepada perkara yang lebih penting selain cinta. bukankah hidup ini sarat dengan visi dan misi yang harus dipikul? kalau hari-hari diisi dengan khayalan , kisah cinta romantik(terasa di situ), lagu dan muzik yang memuja kekasih, tenggelam dalam fantasi yang melalaikan, melemahkan sendi-sendi, dan membiarkan fikiran melayang-layang tanpa arah, apakah kita layak dipanggil hamba Allah atau hamba cinta? "


baca ayat ayat yang terakhir sekali lagi..waktu aku baca,,..dushh..macam ada batu berat menimpa kepala..jadi, korang pulak macam mana..ke takde perasaan?haha..kalau takde perasaan, tak dapat den nak nolong!(eden pun boleh!..ceh, tetiba)


okey..itu sahaja renungan untuk hari ni..bak kata ustaz tuh, renung2kan dan selamat beramal!salam....

3 comments:

pu3 balqis said...

huhu...
tak mahu jadi hamba cinta..
mahu jadi hamba Allah...
=)

liyana said...

btul3....
nice post!!

Norain Ishak said...

@pu3-yer..sama2lah jadi hambanya vertakwa..
@liyana-tq..saje je sharing..