Saturday, February 6, 2010

selsema oh selsema

salam..

*bunyi orang selesema*


yer..
skang nie aku dah berjaya mendapat virus selsema..
dari siape?
entah ar..

so,
bile selsema ni,
rase cam tak larat jer..
tapi tetap cube melaratkan diri..
huhu..

okey..
sempena kejayaan aku mendapat selsema utk kali kedua tahun nie,
nak bagi sikit info kesihatan..

"Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.."

"Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder.."

"Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun..."

+Gejala-gejala+

Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan.
Mata berair.

+Komplikasi-komplikasi+

"Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika :-

Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
Berlakunya sakit dada.
Terdapat kesusahan bernafas.
Terdapat kahak berwarna kuning.

Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -

Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.

ceh..
aku senang betul nak kena selsema,
adakah kerana aku ni golongan yang sangat muda?
haha..

okey,
nak pegi lunch!
salam..

3 comments:

Anonymous said...

get well soon..:)

Amir said...

dah ok ke? mesti dah kan? sbb artikel ni tulis ms 6 Feb. hehe..


p/s: ain, ni tips nak berblogging. walaupun blog kita blog personal, sboleh2nya kalau nak share ape2 lebih baik tulis ayat penuh. sbb kdg2 kalau kita explain dgn details org lagi seronok nak baca. then, jgn centerkan sume ayat2 tu sbbnya nanti ur entri nampak mcm sajak. tak rasa ke?

Norain Ishak said...

haha..macam sajak?apekah?..hurm..dah terbiasa ar center2 nie..sebab kalo tulis entry mesti gune ayat pendek2..papepun,terima kasih atas tips anda.