Monday, May 25, 2020

Infertility Journey

Assalamualaikum.

Haha dah masuk bulan Mei 2020 dah. Cepatnya masa berlalu. Previous post dulu rasa macam nak selalu update. Tapi hampeh hihi.

Post hari ni actually aku copy paste dari IG aku je. Sebab IG aku private. So incase ada orang google google pasal infertility, boleh la jumpa post ni. Semoga ada manfaatnya gitu.

**********

Alhamdulillah, I have been waiting this time to share my experience gitu, lol. Kahwin masa September 2017. Masa tu 2nd posting HO lagi, so acah merancang la sebab takut tak mampu nak bawak perut time HO and kena extend lagi HO period untuk bersalin, plus masa tu memang dah kena extend o&g 2 bulan lol.


So after that, bajet bajet macam nak target kalo nak bersalin around nak habis HO, yakni Feb 2019. So try try try conceive, sampai habis HO postinf Anaest tak mengandung lagi. Haha masa tu ada jugak dapat soalan, 'merancang ke?' tapi dengan senyuman seindah sang suria I pun membalas, 'doakan,". Dalam tempoh trying to conceive tu, memang dah set dalam kepala, if by the time habis HO tak pregnant jugak, nak pergi buat check up. So masa tu posting Anaest, bosan bosan dalam OT tu, gigih I google fertility screening yang affordable and macam ok. So terjumpa la Sunway Medical Centre. Fertility screening package dia RM 550, which aku rasa berpatutan la dengan rate private hospital.


So, untuk female - akan buat ujian darah hormon segalan bagai tu and transvaginal scan, untuk male - semen analysis. At first kena book appointment 2nd or 3rd day if menses, sebab nak ambik darah hormon. Time ni tak jumpa doktor lagi, just ambik darah and set appointment untuk jumpa fertility specialist which usually hari ke 12-14 of menses sebab nak tengok ovum. So hari appointment untuk fertility specialist, awal pagi pergi buat semen analysis dulu and then tunggu 2 jam macam tu, untuk jumpa consultant dia untuk review result darah hormon, result semen and untuk scan bawah.


So fertility specialist tu, Dr Kannapan, sebagai aku yang ada sedikit ilmu tak seberapa, aku suka approach dia yang reasonable and appropriate. And dia explained etc etc, kalau ni tak berjaya then kena buat iui or ivf. Masa tu, phew rasa macam weee mahal gila kot sampai level iui and ivf. So subsequent follow up and meds is on your own la yer. Haha rasanya habis nearly rm1000++ jugak.


Alhamdulillah, rezeki sudah tertulis, 1st cycle clomid dah ada rezeki. Tapi tak berani nak heboh mengandung ke apa sebab masih awal. Last last sampai dah term, ada je kata tak tahu pun mengandung sebab tak post sangat gambar buncit. What is on my mind, once I safely delivered, baru nak share pengalaman ni.


So gais, kalo korang dah kawen more than 1 year, and wondering kenapa tak berjaya conceive lagi despite of trying hard, boleh pergi je buat fertility screening. Tak perlu pun nak tunggu sampai 5-10 tahun untuk check up, especially female, lagi berusia, nanti lagi high risk bila pregnant. Kalau ada suami suami yang liat nak check sama, piyuh je telinga. Luckily, my hubsy ok je. Haha sebab kan dalam drama banyak, asal mandul je orang perempuan, lelaki pun ada juga masalahnya ok. So sama sama kena pergi check up. And trust me Sunway Medical Centre yang memang kat Sunway tu memang selesa and macam mall. Untuk yang lelaki, korang pun kena check, kalo sperm count tak berapa cantik, pakar akan suggest supplement nama Profortil untuk improvekan sperm count.


Ok walaupun pengalaman I macam mehhh je sebab tak sampai kena buat iui or ivf, I just nak bagitau orang orang yang fertile di luar sana, jagalah hati pasangan pasangan yang belum ada cahaya mata. Even kalo nak berbudi bahasa pun, just dont ask, bila nak ada anak or bila nak bertiga. You simply don't understand perasaan orang orang yang struggle untuk dapat cahaya mata. So hormatilah mereka... 


After all, semuanya ada hikmah. Allah bagi rezeki sesuai pada waktu ikut kemampuan kita. Merasa pjj mengandung untuk first 4 month je, lepas tu dapat tinggal sekali, so boleh nak mengada2 masa mengandung hehe. Untuk yang sedang berusaha, selamat berusaha.. Gitu sekian duta kebangkitan kesedaran infertility. 

**********

Sekian sahaja coretannya. Kalau ada apa apa soalan nak tanya, roger je norainishak91@gmail.com ok?

Ok till then.

1 comment:

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/