Thursday, September 8, 2016

Rezeki Kita Tak Sama

Assalamualaikum...

It has been a while since the last time I wrote my blog. So, generally my life has been pretty boring, tu pasal takde nak update apa apa pon lol. Tambahan pulak sekarang zaman Instagram, so most of the time, update 'mini blog' kat IG norain156 je laa. Well, for today, I guess kena juga write something. Ye lah, dalam resume, poyo je la letak, one of my interest is blogging. Haha sekali interviewer check on the spot kang, "eh kali terakhir awak update bulan Julai ni,". 


Few days ago, dalam group whatsapp my family, yang ada my kakaks and bro in laws semua, we were chatting regarding hashtag #rezekikitataksama topic. Biasa lah, dalam group whatsapp so update laa family ni buat apa, family tu buat apa. As for me, update berita terkini kat rumah ulu jelebu ni je la ye dop. 


So, bercakap soal rezeki ni, first sekali, say Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah dah beri pada kita. Banyak nikmat yang kadangkala kita take for granted bak kata omputih. Sebab tu kena selalu sit down or lie down (lol) and muhasabah tentang kehidupan..

Interesting convo we had in our whatsapp group,

Abg Long : Hari ni pergi office wife untuk lunch sekali..
Aishah : I Hari hari lunch dengan husband
Angah : Untung shafah, rumah dekat, office dekat, jalan takde tol, takde jammed
Aishah : Rezeki orang tak sama. Ada orang pakai kereta besar, ada orang pakai kereta kecik
Abg long : Betul tu Aishah rezeki x samo. Aishah dari Antara Gapi ke Ulu Jelebu 3 jam, kami sejam je. Rezeki asiah..dia bawak WISH laju gak dibandingkan dgn EXORA. Rejeki kami lak rumah La Cottage RM 100k ja and Ruvena RM 75k. Rejeki ain ..blm keja dh ade keta.
Abg Long : Rezeki ayah..dpt menantu yang baik2..ciacia. Rezeki mak dapat anak belajar luar negara
Abg Long : Sweet tak? Rezeki
Angah: Alhamdulillah


Hahaha part my rezeki tu kelakar pun ada sebab monthly installment Pa&Ma dulu laa yang bayornye.


See, rezeki kita memang tak sama. Hidup setiap manusia itu berbeza dan sudah pasti rezeki masing masing pun berbeza. Jadi sebenarnya tak perlu kita nak cemburu, oh kenapa dia ada ini dan itu, kenapa kita tiada ini dan itu. Sebabnya kalo kita question rezeki orang sama lah sepertinya kita questions Allah yang Maha Pemurah yang kurniakan rezeki kepada orang sekian sekian sekian. Sepatutnya bila kita nampak orang yang Allah murahkan rezekinya, kita patut rasa gembira sebab Allah beri kebahagiaan pada kenalan kita. And kita juga boleh reflect, masyaAllah betapa Allah Maha Pemurah. 


And then few days ago, ada lah bebel bebel kat twitter (haha tempat luahan perasaan yang orang dont care whatever you want to tweet about) pasal, eh seronoknya orang keje office, seronoknya orang jadi cikgu, erm kenapa tak terfikir ye nak ambik course yang boleh kerja kat office, why I chosed medicine yang kerja kena oncall and ada shift. Haha belum start housemanship, dah banyak songeh. Then, bila reflect, dulu I was the one yang beriya nak ambik medic. Padahal ada orang lain sibuk nak jadi doktor. Now, I'm done with medschool, so why am I questioning kenapa nak jadi dokter, lol. So, bersyukur laa. Kalau tanya rata rata budak medik, we just want to pass medschool je. Takde la tinggi sangat sampai nak first class honours... After all, the journey ahead wont be easy either, so I will pujuk myself, Allah is with me...


And I also complaint kat twitter, laa bosannya and penatnya duk rumah. At least duk kat Cork, bosan bosan boleh pergi Tesco and beli coklat. Tak sangka duduk saja kat rumah ni pon boleh penat sebenarnya. Sebab tu I told my juniors, pulun la finalmed, sebab bila dah habis medschool bila menganggur, sampai penat untuk berehat. Rhyme. Nak kerja pon, nothing much job opportunities here in Kuala Klawang. So memang berehat je la kat rumah. So dalam penat berehat tu, bila reflek balik, orang orang yang sibuk bekerja, diorang mesti rasa heaven sangat kalau sesekali dapat long holidays (without deducting their annual leaves) just like what I've got now. So..bersyukurlah.... Sebab bila dah mula bekerjaya, tak tahu bila lagi dapat cuti punya lama macam ni. Maybe kena bersalin dulu baru dapat cuti berpantang la kot. Huu.


Jadi, bila kita rasa macam tak satisfied dengan kehidupan kita, cuba analisa, what goes wrong...and betul ke wrong sangat, or is it just us yang tak reti nak bersyukur and make full use of apa yang ada depan mata kita, apa yang kita ada.. Jangan compare apa yang orang lain ada dengan apa yang kita ada. Sebab apa? Sebab #rezekikitataksama

Perhalusi makna rezeki tu sendiri, bukan soal duit sahaja, tapi macam macam. Ibu ayah, adik beradik, suami isteri, sahabat sahabat, rumah yang selesa, kereta yang baik, kerja yang ok, masa yang berkat, hati tenang, orang tolong kita, orang sayang kita, mudah faham ilmu, ada bakat bermanfaat dan sebagainya, itu semua rezeki... Jadi cuba sebelum kita tidur, reflect balik betapa pemurahnya Allah pada kita despite of dosa dosa yang pernah kita lakukan. Dengan itu kita lebih menghargai apa yang kita ada..


"Most people take the cares given to them by other people for granted. For example, they don’t take care of their parents who care so much for them. They don’t take care of their relatives who are so much concerned about them. They take the care, love and affection of their spouse for granted. They don’t care of their friends who take care of them. They don’t even pay any attention to their subordinates who are caring so much for them,"


Suka ayat quoted kat atas sebab it reminds me that kita ni manusia mudah untuk take things for granted. Haha kepada kaum kaum yang belum berkahwin lagi menganggur, spend as much as time as we can with our parents. Sebab nanti bila da bekerjaya/berkahwin, lain pulak komitmennya. So bersyukur jugak laa dengan cuti yang panjang ni... Moga dengan rasa syukur ini, Allah tambahkan lagi rezekiNya untuk kita, ameen..




Okay lah, itu je nak ceritanya... Take home message, refleksi diri, hargai rezeki. Gitu rhyme.


Sekian, wassalam..

2 comments:

Hanis Amanina said...

aaaaa, thank you Norain! I love this one! #rezekikitataksama tapi Allah bagi kena dengan keadaan kita :D

Norain Ishak said...

Ur most welcome hanis...exactly, Allah bagi apa yang kita perlu pada waktu tertentu.. :')