Wednesday, May 11, 2016

Nota Fikir Untuk Zikir

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama tak baca buku sampai habis ke mukasurat terakhir, alhamdulillah after 5 years of medical school, berjaya jugak habiskan sebuah buku yakni Nota Fikir untuk Zikir, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.






Suka tulisan Ustaz Pahrol dalam buku ni sebab ustaz ada ulas cerita cerita rakyat yang common kita dengar dalam satu perspektif lain, juga mengoleh tentang apa yang kita boleh belajar dari alam dan kata-kata pujangga. Briefly buku ni terbahagi kepada 3 bahagian, yakni Iktibar Daripada Kisah Dulu-dulu, Berguru Dengan Alam dan Kata Dikota. So, insyaAllah, hari ni nak share beberapa topik yang paling best bagi saya, tapi semua topik best sebenarnya. 



Si Tanggang: Antara Kesalahan Anak dan Kesilapan Ibu

Kalau kita biasa tengok cerita ni, mungkin kita akan 100% salahkan yang memang Tanggang ni yang derhaka, yang jahat, yang kurang ajar, etc etc.. Tetapi dalam ulasan dalam buku ini, ustaz menanyakan kepada pembaca semula, 

"Apakah Tanggang telah dikenalkan kepada Allah pada awal usianya hingga dengan itu asas-asas keimanan dipasak kukuh di dalam jiwanya? Apakah Tanggang kemudiannya dididik dengan adab-adab yang baik, didisiplinkan dengan syariat dan diasuh menerusi solat, puasa, dan ilmu-ilmu fardu ain yang lain?"

Jadi disinilah kita perlu sedar peri penting peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Baik lelaki ataupun perempuan, dua dua perlu lah bertanggungjawab hatta sebelum berkahwin mencari bapa atau ibu yang baik buat anak-anak mereka kelak




Iktibar Batu Belah Batu Bertangkup : Ibu Tak Boleh Merajuk

Sebenarnya tak tahu pun jalan cerita kisah ni, sebab pernah je nampak kalau kat TV cerita zaman P. Ramlee tajuk ni. Secara ringkasnya, kisan batu belah batu bertangkup ni mengisahkan seorang ibu yang ada dua orang anak, si kakak dan si bongsu adik lelaki. Ibu ni seorang yang susah and pada suatu hari dapat telur ikan tembakul hasil pencariannya. Jadinya keesokkannya bila si ibu nak keluar bekerja, ibunya berpesan kepada anak perempuannya, untuk simpan sedikit telur ikan tembakul untuknya.

Nak dipendekkan cerita, bila si kakak beri adik lelakinya makan, adiknya tak puas. Kakak berada dalam konflik sama ada nak bagi si adik bahagian ibunya atau tak. Akhirnya, kakaknya tetap bagi sebab tak sampai hati adiknya asyik menangis ingin lagi telur ikan tembakul tersebut. Apabila si ibu pulang ke rumah, ibu berasa kecewa dan sedih sebab telur tu dah habis, lalu berlari menuju ke tempat batu sambil berkata "Batu belah bata bertangkup, telanlah aku, ambillah aku... aku kempunan telur ikan tembakul..". Dan lalu ibunya ditelan.

Jadi di sini, dapatlah kita lihat, tidak sepatutnya seorang ibu itu merajuk dengan anak kecil yang masih tak mengerti apa-apa. 

Menarik ulasan ustaz Pahrol, 

"Dalam kisah ini, jelas kelihatan jiwa si ibu terlalu kecil dan rapuh, sehingga begitu terkesan dengan perbuatan anaknya yang masih kecil dan belum matang berfikir. Sedangkan dalam proses mendidik anak, kesabaran dan kebijaksanaa sangat diperlukan. Seorang ibu adalah juga seorang pendidik yang benar-benar merasakan tugas mendidik anak adalah amanah besar daripada Allah. Si ibu harus sedar bahawa dia sedang memikul tugas warisan para rasul khususnya Nabi Muhammad s.a.w."

Ayat yang paling rasa zass sekalai bila ustaz tulis, 

"Ya, orang yang berjiwa kecil tdak akan mampu mendidik sekalipun seorang anak kecil!"




Belajar Di 'Sekolah Penerbangan' Helang

Burung helang sebagaimana kita sedia maklum, terbang seekor tanpa kawan, terbang tinggi tanpa dapat dijangkau oleh burung-burung lain. Senang cerita, burung helang ni kiranya cam burung yang sangat hebat laa kalau nak compare dengan burung-burung yang lain.

Helang burung yang terbang tinggi, berani dan suka pada cabaran. Ketika angin kuat dan ribut mahu melanda, burung burung lain akan terbang mencari tempat berteduh. Namun tidak bagi sang helang, itu masanya helang boleh bermain dan mencuba sesuatu yang menarik.

Ustaz Pahrol ulas lagi, 

"Apabila ia bertemu kepala angin ribut itu, helang akan melunsurinya untuk naik lebih tinggi hingga ada kalanya melepasi awan, Inilah sifat juara sebenar. Sang juara melihata peluang di sebalik kesusahan. Jika orang lain lari ketika keadaan makin mencabar, sebaliknya sang juara akan menempuhnya dengan lebih berani.."

Jadi untuk berjaya, pentinglah untuk kita keluar dari comfort zone kita. Tapi tu bukanlah mudah kan? Kena sentiasa minta pertolongan dari Allah s.w.t dan pada masa yang sama perlu membina visi, keupayaan, fokus dan berani menghadapi cabaran.




Untuk Rasa Gembira Dalam Hidup, Banyakkan Memberi

Tajuk yang well-understood. Kalau kita bagi hadiah kat orang, sebenarnya, kita lebih lebih lagi yang rasa happy daripada orang yang menerima pemberian kita. Dalam nak memberi, tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Hatta, senyuman itu pun dah dikira sedekah. Kadang-kadang tu, tak faham kenapa ada orang yang susah nak senyum kalau berselisih dengan stranger. Bukan susah pun kan?

Pesanan ustaz Pahrol, 

"Jadi sekiranya kita dalam keadaan bersedih atau tertekan, carilah seseorang dan berilah sesuatu kepadanya walau sekadar sekuntum senyuman, nescaya hati kita akan kembali gembiran, insyaAllah!"




Bergurulah Dengan Kehidupan

"Jika seorang datang membuatkan kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu 'kesempitan' wang, maka itu tandanya kita harus bersedia belajar tentang berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu menharap.."

Menarik bila ustaz Pahrol tulis macam kat atas tu. Rasa macam banyak benda yang kita boleh belajar dari persekitaran kita dan orang-orang di sekeliling kita, Maka seharusnya kita anggap ini adalah proses mendidik diri kita jadi insan yang lebih baik dan kuat. 




Okay sekian sahaja sharing from buku Nota Fikir Untuk Zikir ni, semoga bermanfaat. 


Sekian, wassalam.

No comments: