Monday, October 26, 2015

Menyirami Hati Yang Kering

Assalamualaikum..


Klik PLAY~


Alhamdulillah, I'm done with my Medicine Rotation. Coming up next, GP rotation! Harapnya semuanya berjalan lancar. Another 5 rotation to go, guysss, please I beg for your sincere doa for me :)


So, hari ni I'm not going to talk about medic stuffs cuma nak cakap pasal hati kering.


Hati kering?


What do you mean?


So, I made up my own definition of hati kering... Hati kering ni apabila kita beribadah tu, kita dah tak rasa kelazatan beribadah, kita tak rasa yang kita dekat dengan Allah or tak rasa the sweetness of iman itu sendiri. It is like, macam yes, kita solat je hari-hari, baca Al-Quran je hari-hari... Tapi kita tak rasa something yang make us feel deeply connected to Allah s.w.t.





Alhamdulillah, kalau kita masih dapat sense keadaan hati kita ni macamana. Itu maknanya masih ada cahaya dalam hati kita, masih ada hidayah dari Allah untuk kita berubah jadi orang yang lebih baik. Kita tahu bahawa, iman itu ada naik dan ada turunnya. Yang penting, jauhkan diri dari buat perkara yang Allah murka, and keep on doing good things.


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, tanda-tanda hati mati ialah...

1. Kalian mengenal Allah swt, tetapi tidak memenuhi hak-haknya.
2. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi tidak mengikuti sunah-sunahnya.
3. Kalian membaca Al-Qur'an , tetapi tidak mengamalkan isinya.
4. Kalian menikmati berbagai karunia Allah swt, tetapi tidak bersyukur kepadanya.
5. Kalian nyatakan setan sebagai musuh, tetapi tidak menentangnya.
6. Kalian nyatakan surga itu benar-benar ada, tetapi tidak beramal untuk memperolehnya.
7. Kalian nyatakan neraka itu ada, tetapi tidak berusaha untuk menghindarinya.
8. Kalian nyatakan kematian itu pasti datang, tetapi tidak bersiap-siap untuk menyambutnya.
9. Sejak bangun tidur kalian sibuk meneliti dan memperbincangkan aib ( keburukan ) orang lain dan melupakan aib ( keburukan ) kalian sendiri.
10. Kalian kuburkan mereka yang meninggal di antara kalian, tetapi tidak pernah memetik pelajaran darinya.


Jadi, sama-sama kita check keadaan hati dan iman kita. Di manakah tahapnya? Tak perlu jawab, cuma kita sama sama perbaiki.


Dan kerana hati manusia hanya Tuhan yang nampak...maka kita kurang peduli untuk mencantikkan hati kita untuk Allah. For girls especially, kalau ada jerawat ke, jeragat ke, bersungguh-sungguh ye dop jaga muka so that jadi perfectly fair and flawless bagai, sebab nak looks good in front of people. Tapi, bab hati kita kurang nak jaga, sebab no one sees our heart... Jadi, macam tak bother. Tapi kalau kita sentiasa conscious yang Allah melihat hati kita, definitely we will be istiqamah untuk suci bersihkan hati kita dari segala macam habuk, debu dan kotoran. Gituhaaa.



So gaiss,, bila dah cakap pasal simptom hati kering, now macamana pulak kita nak membaja, menyirami dan menyuburkan hati kita ni? Or else dalam kata lain, how to make us feel deeply connected with our Creator, Allah s.w.t. 



1. Back to basics - Solat


Solat ni benda wajib yang kita buat 5 kali sehari. Disebabkan kita buat hari-hari, solat ni dah jadi macam rutin. Masuk waktu je, solat. Masuk waktu je, solat. Sampai satu masa, kita dah hilang kenapa kita solat? Kenapa? Adakah sebab kalau tak solat, nanti dapat dosa and then masuk neraka?


Jadi persepsi kita terhadap solat tu sendiri kena diperbetulkan. Solat ni adalah medium interaksi kita dengan Allah. Like seriously, kita nak communicate dengan Allah kot, dengan Pencipta kita. Jadi feelingnya, seharus la kita rasa excited or tak sabar-sabar or very looking forward nak solat sebab solat itulah kerehatan, solat itulah kita betul-betul nak bercakap dengan Allah...


Tambah kalau kita faham apa yang kita baca dalam solat, solat tu akan jadi lebih ber-isi dan memberi kesan kepada kita di luar solat kita, in term of adab dan akhlak kita... 


Allah berfirman dalam surah Taha ayat 14, "Dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingatiKu". Jadi solat itu wajib tapi apabila kita solat dalam keadaan kita lalai kepada Allah, maka apakah maknanya solat kita? Jadi, point yang nak di-stresskan di sini ialah kena improve kualiti solat, especially dalam khusyuk dalam solat. 


Macamana nak khusyuk dalam solat ni, actually banyak berkait dengan apa yang kita buat di luar solat. Jadi, kalau luar solat kita banyak lalai or banyak berangan, makanya dalam solat, susah nak perform solat dengan khusyuk, sebab luar solat pun kita tak train diri kita untuk sedar Allah nampak apa yang kita buat.. So, sama sama kita perbaiki solat kita, insyaAllah.



2. Minta pada Pemilik hati - Doa


Dan kerana hati ini adalah milik Allah, jadi kepada Allah lah kita minta tolong. Ada masa kita lemah, kita minta Allah untuk tolong kita. Sama juga bila kita tak rasa sweetness of iman, kita minta Allah, jaga iman kita, kita minta kasih sayang Allah, kita minta barakah dari Allah, agar hati kita jadi tenang. Berdoa lah sungguh-sungguh pada Allah, apa yang kita nak. Nak hati yang bersih, mintak pada Allah. So that later, Allah permudahkan jalan-jalan kita dalam ke arah kebaikan. Nak hidayah, minta pada Allah. Pendek kata, semuanya minta pada Allah, sebab kita ni hamba Dia yang takde apa pon.



3. Muhasabah wont harm you


Baru-baru ni ada tengok satu video dekat facebook pasal orang yang first time in their life dapat mendengar. Bila tengok video tu rasa macam, betapanya banyak nya nikmat yang Allah bagi dekat kita.. Kita Alhamdulillah, lengkap 5 deria. Pernah bayangkan kalau Allah tarik satu nikmat dari kita, tiba-tiba jadi buta, dan masa itu baru kita nak rasa bersyukur.. 


Jadi dalam kita bermuhasabah, ingatkan balik diri kita terhadap segala macam nikmat yang Allah dah bagi kat kita.. Kadang-kadnag kita question, why Allah dont give us what do we want in life, tapi kita lupa, kita cuma tak dapat yang tu je sedangkan tak terkira nikmat yang Allah dah bagi kat kita. Jadi, belajar-belajar lah bersyukur. Dengan itu, barulah kita dapat rasa deep connection dengan Allah sebab kita boleh rasa, subhanallah, betapa besarnya kasih sayang Nya terhadap kita hambaNya yang acap kali melakukan dosa...


And make a specific time in a day, to just reflect on yourselves. Especially sebelum tidur, yakni time kita nak niatkan tidur kita kerana Allah, sebab kot-kot lah tak bangun dah the next morning.. Maafkan semua orang sebelum tidur, minta Allah ampunkan dosa-dosa kita, sebab tidur ni kan mati yang sementara.. And reflect sebelum tidur, like, apa yang we can done better today and how to improve ourselves the next day. So setiap hari itu akan jadi satu perjuangan, where we are fighting to be better just for the sake of Allah s.w.t.



4. Tuntut ilmu 


Manusia ni nature mudah lupa. Ada masa kita semangat untuk perbaiki iman kita, ada masa kita jadi layu semula. Jadi, untuk kurangkan risk untuk layu, constant reading yang boleh mengingatkan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, will help untuk kita tetap istiqamah dengan amalan kita, insyaAllah. Untuk orang yang susah nak spend time baca buku selain Medic, gaiss, I feel you. Tapi insyaAllah kita boleh usaha ok, semoga Allah redha.


5. Ingat mati


I guess, mengingati mati ni lah the most powerful tools untuk insaf yang kita kat atas muka bumi ni sekejap je. Hiburan-hiburan atas muka bumi ni semuanya sementara je. Yang kekal, ialah amal yang kita nak bawa masuk kubur and nak menghadap Allah nanti. The question is, cukupke? 


This!





Ya, kita takut. Tapi lepas tu kita lupa, tak ingat dah.... Jadi mohon pada Tuhan....


"Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,
Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma'al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan kami dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman"


Dan kerana kematian tu entah bila akan menjemput kita, jadi kita mohon sangat pada Allah agar Allah menerima kita dalam keadaan Dia redha pada kita....



So, itu saje lah sharing untuk hari ni. I am not perfect either, tapi insyaAllah sama sama perbaiki our hati, our iman. Shall we?



Sekian, wassalam.


#MovingForward
#profesionalistiqamah


No comments: