Wednesday, June 10, 2015

Kalau Nak Jadi Orang Beriman

Assalamualaikum.


Alhamdulillah dah kat rumah... Menikmati cuti summer... Cuti lah sangat nak masuk final year medicine dah... Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah yang telah banyak membantu dalam segala aspek sehingga hari ni..


Buku pun segan segan je nak jumpa aku, haha. Kemain, ke aku yang segan nak jumpa buku..


Pernah tak ada satu fasa dalam kehidupan, kita merasakan, erm kenapa hidup aku macam takde masalah je, kalau nak stress pun pasal study je la, other than that, macam aman damai je. Takde benda sangat nak dirisaukan atau apa apa je...

Tapi, bila mana Allah beri kita ujian, terpulang kepada kita, bagaimana kita nak memghadapinya... Dengan solusi iman ataupun solusi nafsu kita sendiri..


Penyakit hati ni ada macam macam, sama ada penyakit hati fizikal, ataupun hati rohani yang bermasalah seperti ada perasaan dendam, dengki, busuk hati, dan juga penyakit bila hati tersakiti, gituu kauu punya ayat..


Ada masa, orang sengaja menyakiti hati kita, ada masa, orang tak sengaja pun nak sakiti hati kita.. Tapi masalahnya sama, yakni hati kita rasa sakit, rasa pedih, nak poyo lagi, umpama ditusuk sembilu, hehe.


Bila hati kita sakit, kita rasa geram, kita rasa marah dan kita juga rasa sedih.. Kita boleh act cool, boleh act, I'm okay, tapi kita sendiri tahu betapa kita struggle dengan hati kita sendiri...


So, bebel panjang pun boleh buat korang sakit hati, jadi bagaimana rawatan untuk hati yang sakit?

1. Al Quran - sebab ini mukjizat Allah, penawar kepada segala-galanya. Kena yakin dan percaya pada Allah. Niat sebelum baca, mohon Allah sembuhkan hati kita

2. Mengakui perasaan kita - kalau kita marah, just tell yourself ya saya tengah marah, kalau kita sedih, just tell yourself ya saya tengah sedih, perasaan kita deserve untuk rasa macam tu tapi syaratnya jangan buat di tempat awam. Boleh buat sorang sorang dalam bilik, hahaha

3. Muhasabah - tengok balik kesilapan kita, evaluate semula perasaan kita, contohnya la kita ada kawan dengan seseorang yang kita ingat ada jodohlah, tapi Allah takdirkan itu bukan jodoh kita, evaluate semula sebab kita nak kawen tu...


Orang yang diuji adalah orang yang terpilih, sejauh mana sakit pun kita, besar lagi kasih sayang Allah kepada kita sebab nak yang terbaik untuk kita.. Yang kita kena buat ialah, percaya pada Allah, bersangka baik dengan Allah, sebab Allah seperti sangkaan hambaNya...




Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
Hadith riwayat Muslim.


Sekian, wassalam


No comments: