Friday, May 1, 2015

Ya Ayyatuhan Nafsul Muthmainnah

Assalamualaikum wrt wbt


Hehs. Skip bulan April terus tak update blog. Jadi budak 4th med ni sangatlah... takde kesempatan untuk menaip, untuk mencurah rasa.. Kalo mencurah rasa pun, maybe merepek-repek je. Updating blogs nowadays it is no longer like during my zaman muda remaja time. Hari-hari tu update. Tapi as time goes by, you just want to type something that you think might be beneficial for others. Not just your rambling tak tentu hala. Huhu.

Play this while reading the whole entry =)


"Al iman yazid wa yanqus"


Semua orang familiar kot rasanya dengan term kat atas. Bahawa iman itu ada naik dan ada turunnya. 


Kita semua pernah merasakan, ada satu masa kita rasa, subhanallah, sangat dekat dengan Tuhan. Kita rasa sangat seronok nak baca Al-Quran. Kita rasa sangat menanti-nanti waktu solat.


Dan kita mungkin pernah merasakan ada satu masa kita rasa, jauh dengan Tuhan. Buat apa semua tak kena. Jiwa gundah gulana. Sudahlah pula banyak buang masa - tidur terlebih, drama terlebih, facebook terlebih, makan terlebih. Sadis.


Perlunya kita dalam kehidupan sehari-hari, sensitif dengan iman sendiri...


Nak dapat manisnya iman, ada banyak perkara yang perlu dikorbankan, yakni keinginan kita sendiri. Ada perkara yang kadang-kala, susah sangat nak tinggal.. Kita cuba berhenti serta merta, tetapi jadi relapse balik. Keadaannya umpama remission and relapsed. Kita sendiri tahu kelemahan kita. Aku pun ada, dan kita simpan untuk pengetahuan kita saje la, takkan nak canang aib sendiri pula kan?


Tapi, betapa Tuhan itu sangat nak bagi kita peluang kepada kita untuk dekat pada Dia. Maka Tuhan berikan ujian. Bila Tuhan beri ujian, baru tika itu kita rasa, punca ketenangan itu hanya dari Dia. Pertolongan hanya dari Dia.


"Doa itu senjata orang mukmin,"


Tapi kalau tak cukup mukmin, macamana? 


17:82


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." [17:82]


2:214


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." [2:214]



Masalah kita ialah, kita bila dah ditimpa kesusahan, then baru lah nak mencari kasih sayang Tuhan. Sedangkan pada masa-masa lain, kita ni endah tak endah je ingat Tuhan kan? Ada ke setiap kali sebelum solat kita letak keazaman nak betul-betul feel connected dengan Tuhan?


"Erm nampaknya aku ni banyak dah buat dosa, kalau doa kat Allah mesti tak dapat ape pun,"


Ruang untuk kembali pada Dia sentiasa ada. Sebab...


39:53

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [39:53]


Setiap dari kita diuji dengan pelbagai perkara, kita boleh mengadu pada orang akan ujian yang Tuhan beri pada kita... tetapi tempat paling best kita mengadu, tempat paling best kita nak "crying on the shoulder", pada Tuhan juga, pada sujud kita... 






Sabarlah hadapi ujian, carilah Tuhan, kau akan temu ketenangan dan Dia akan berikan pertolongan, kerana bukankah Dia, Tuhan yang Maha Mengasihani... Yakin dan tawakallah wahai jiwa-jiwa yang tenang...



Sekian, wassalam..



p/s- summer exam 8,11,12,14,15 May.. mohon doa kalian agar saya dan sahabat2 melepasi Tahun 4 medik dengan jayanya. Jzkk!
p/s/s- ya ayyatuhan nafsul muthmainnah bermaksud wahai jiwa jiwa yang tenang [89:27]

No comments: