Sunday, May 24, 2015

Teduhan Kasih

Assalamualaikum..


Penat sungguh lah hari ni. Dari pukul 8 pagi keluar rumah, sampai lah pukul 6 petang baru balik rumah... Hari ni ada MARA Refresher's Course. Basically, untuk pelajar medik tahun 4 prepare masuk ke tahun Final Year...


Ku kenang kamu-kamu dalam doaku.... Family Day PPMC 15 May 2015
From left : Ain, Syaima, Tipah, Farah, Ima, Pika, Nasrah, Nabeq


Hari ni, aku mungkin akan tulis santai-santai jer. Sebuah luahan rasa..


Tahun 4 medik ni, bukanlah calang-calang tahun. Tak expect lah tahun 4 tu senang. Hmm aku pun tahun 4 ni kurang sangat nak update blognya, sebabnya sibuk dengan study, terkejar-kejar dengan rotation, dengan exam, dengan continuous assessmentnya dan sebagainya.. Tapi itulah dia bila jadi pelajar medik, nak katanya, nanti once dah jadi doktor pun, macam-macam benda nak kena buat jugak, takde orang kata jadi doktor ni senang-lenang hidupnya kan.. Jadi, alah bisa tegal biasa la berpenat-penat dari zaman medschool lagi..


Masuk medschool ni, budak budak tahap genius selalunya lah aim untuk 1st class honours. Ni kalau aku yang biasa-biasa ni, mampu harap, "Ya Allah, passkan lah exam aku,". Because it is hard. 


Cumanya, yang aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada korang yang rajin pulak nak baca blog aku ni, ingatlah, apa-apa pon usaha kita, hasilnya, semua bergantung pada Allah...


Adakala kita rasa, erm dah cukup dah usaha aku ni, ermm rasanya dah excel dah aku buat semua ni, tup tup Allah takdirkan kita tak dapat hasil yang kita harapkan... Nak katanya, jangan lah overconfidence dengan usaha sendiri. Sebab takut oleh kerana bongkaknya kita, Allah tahan rezeki untuk kita dapat apa yang kita nak. No matter how well you think you do, at the end, Allah jugak tentukan. Sebabnya? Allah Maha Berkuasa. Allah can do anything tanpa kita tahu pun..


Throwback resolusi PUISI 2014.. After 5 months.. Haha boleh pulak kuar kat page PUISI https://www.facebook.com/puisireland/photos/a.497067653710731.1073741828.466649350085895/817580431659450/?type=1&theater   Ingat balik pesan pada diri!


Adakala masa exam kita rasa, ya Allah, susahnya soalannnn. Habislah! Aku jawab macam apa je, habislah! Tapi, ambiklah sedikit masa, ucapkan syukur atas soalan-soalan yang sedikit, yang di ketika itu, Allah masih izinkan kita meminjam ilmu milik Dia untuk kita curahkan atas kertas exam.. Sebab kita tak tahu, mungkin dengan ada rasa syukur tu, Allah bantu kita dalam perkara lain-lain. We never know that.


Dah habis exam, kita selalu cakap, "kita HANYA mampu berdoa"... Jangan kita downgradekan kuasa berdoa itu dengan menganggap sebagai hanya. Sebab berdoa itu tanda kebergantungan kita pada Allah... Dalam setiap perkara, tak kisah lah apa-apa pon, segala usaha, berbalik kepada Allah semula. Sebabnya? Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah s.w.t...


Semua 4th year tengah nervous, tengah risau dengan performance masing-masing selepas hari refresher's course ni.. Walaupun aku dah dapat rough idea results one of the modules, aku risau jugak dengan module-module yang lain.. Nak risau ni memang penat. Aku rasa, kalau hidup tak berTuhan, mungkin dah jadi gila. Jadi, banyak kali nasihatkan diri, percaya pada Allah, doa pada Allah, serah segalanya pada Allah..




Dan doa perlu berseni! Boleh baca lebih kat post ini https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/posts/1116273105065989?pnref=story


Dan salah satu doa Nabi Musa dalam surah Al-Qasas ayat 28 

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".


Jadinya, selagi result official tak keluar, jangan pandang remeh kuasa doa walaupun kita rasa, "aku buat cam ape je exam,", tapi ingat Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Jadi keep on berdoa kepada Allah dan jangan berputus harap..


Anak-anak buah, muu tunggu makcuu~ Haha



Itu sahajalah... insyaAllah lagi seminggu nak balik! I'm coming home, coming home~ Tak packing apa lagi.. Minggu ni nak kena re-structurekan balik hasil dapat check files baby for my FYP.. hoho.. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.


Sekian, wassalam.

ps: Tajuk entry tiada kena mengena. 

No comments: