Thursday, February 19, 2015

4th Med Senang

Assalamualaikum.


Hehs rasanya keutamaan sekarang adalah untuk baca buku OHCM, tapi rasa kalau tahan-tahan idea nak menulis ni, geram pulak rasanya. 


Untuk yang non-medic atau not yet involve in medical school akan nampak jadi budak medik ni sibuk dengan nak study banyak gila, kiasu 24 jam, menghafal itu ini. Yes, memang betul pun hakikatnya. Jadi budak 4th year ni, ya Rabbi cabaran dia sangatlahhhh.. I already met a few SHO (senior house officer) throughout my Medicine Rotation, and diorang pun cakap 4th year memang mencabar. Bayangkan itu SHO yang cakap, and diorang still ingat betapa mencabarnya jadi budak 4th year...


Jadi budak medik, bukan sekadar study medicine (cardio, respi, gastrointestinal, rheumato, renal, onco, palliative care, neurology, endocrine, infectious disease) je, tapi surgery, paediatrics, psychiatric, opthal, dermatology, anaesthetics, obs gynaes some more. And nak hadam all this in 9 months period time? Oh great~


But after all, I'm glad that I'm among the chosen one who got the chance to study medicine, macam-macam pengalaman ada. Dan pengalaman paling berharga ialah kita amat dekat dengan orang yang dalam keadaan so-called life-threatening condition ataupun orang yang memang sedang dying... 


Last monday, when I did my on-call at A&E department, there was 51 years old man presented with left sided chest pain, transferred from MUH. CXR shows cardiomegaly with left pleural effusion. The A&E team then immediately called for on-call cardiothoracic surgeon to come to resus room for chest drain. Omg, pakcik tu jerit jerit kesakitan kot masa nak tebuk untuk chest drain, eventhough dah letak local anaesthetic. It is very awful condition to see. Soal jantung ni bukan boleh buat main-main kot, cardiomegaly with pleural effusion bukan benda remeh, silap-silap boleh bawa maut...


And today, went for ward round at Marymount hospice, visiting this 80 years old man, currently deteriorating with background history of colorectal cancer. His wife just passed away 6 months ago due to colorectal cancer as well. Sedih sangat bila consultant keep on talking with him, walhal aku kat belakang tu dah bergelen air mata dah tumpah. Seeing people dying is so heartache.


Nak katanya, jadi budak medik ni, bab mati ni tak jauh mana. Dan sesungguhnya kematian itu adalah sebaik-baik peringatan. Dan kalau kita tak ambil iktibar, mungkinlah hati kita sendiri yang mati, dan itu lebih menyakitkan dari seeing people dying..


Practise jawap prescribing safety assessment. kalo nak kerja kat UK, kena pass test ni haha. Ambik sesaje, kot la nak duk UK pulop. Exam PSA 27th Feb, mohon doanya



Sungguh lelah untuk belajar
Sungguh lelah untuk menghafal
Sungguh lelah untuk ikut ward round
Sungguh lelah untuk menahan mata dari tertidur masa MDT
Sungguh lelah untuk duduk tercongok dalam OPD

Dan lelah lelah kita menghasilkan peluh peluh yang berganjaran pahala, andainya kita ikhlas menuntut ilmu kerana Dia.

Bayangkan andainya kita malas, kita barangkali menjadi doktor yang tak selamat untuk pesakit-pesakit kita.


Ikhlas lah. Dan tajdid niatlah. Bersiap siagalah wahai dak dak medik, kerna pekerjaan mu itu mulia!



Sekian, wassalam.

No comments: