Sunday, December 1, 2013

Semua Kan Baik-baik Sahaja

Assalamualaikum..


Untuk lebih feel entry hari ni :P


The Mardyke Cork in Winter tahun 2010 kalau tak silap. 


1 Disember sudah. Hoho cepat sangat masa berlalu, kan? Aku rasa macam baru je masuk tahun 2013. Masa berjalan begitu pantas meninggalkan aku dalam kelembapan mengejar masa. Termengah-mengah rasanya. Tambah cabaran menjadi pelajar 3rd year. Ala 3rd year je pun, derrr. Tapi you know right, something is hard before they are easy measy kan? Bolos sajalah dinding itu!


InsyaAllah, lagi seminggu exam winter akan menjelma tiba. Berita baik? Aku bakal akan ada exam setiap hari dari 9hb hinggalah 13hb. Life is good. Life is good. Ada benda yang kadangnya kita tak mahu terjadi, tapi memang dah ditetapkan Allah untuk terjadi. Kita cuma perlu percaya, inilah yang terbaik yang Allah tentukan, dan kita lah sendiri yang perlu berusaha untuk mempersiapkan diri menghadapinya. 


Baru-baru ini, placement untuk attachment GP (General Practitioner) baru sahaja dikeluarkan. Aku yang buat masa ni agak ignorance nak check emel bagai, pun dapat tahu bila seorang sahabat bagitahu dia dapat placement kat mana. Untuk pendekkan cerita, untuk attachment GP ini, ada yang akan kena duduk luar (outside Cork) dan ada yang duduk dalam Cork sebab GP dekat. 


Disebabkan aku dalam mood 'ignorance', mungkin aku tak kisah pun kalau aku dapat dekat Cork City ataupun luar Cork. Sebab aku percaya, kat mana sahaja tempat yang Allah letakkan kita, ada benda yang kita boleh belajar. Sama ada kita nak belajar atau taknak belajar je ataupun kita nak terus merungut "kenapa aku???". Boleh jadi ada orang merungut sebab dia dapat jauh, boleh jadi ada orang merungut sebab dia dapat dekat.  Terpulanglah. Tapi merungut tu boleh bagi kesan apa pada diri kita? Hanyalah melemahkan emosi. Lemahnya emosi, maka kesannya kita jadi mudah down. Itukah yang kita mahu? 


Positiflah. Tapi dalam berpositif, jangan pulak jadi BOB (buat orang bersalah).


Contohnya, Si A dapat kat tempat jauh, eg Tralee. Si B dapat kat Mallow.

A : kau dapat kat mana GP placement?
B : aku dapat kat Mallow. kau?
A : aku kat Tralee.
B : Oh gitu. Kena duk Tralee ar camtu kan?
A: A'ah gitu le nampaknya. Kau untunglah dapat kat Mallow. Takdelah nak kena merantau cam aku.
B : Agaklah, Alhamdulillah, nasib baik lah takyah keluar Cork.


Aku mudah ada allergic reaction bila orang sebut 'nasib baik' tak kena tempat. "Nasib baik" itu term yang boleh digunapakai bila SEMUA orang yang involve dalam conversation itu mendapat apa yang mereka hajatkan atau inginkan. Seperti situasi di atas, memang tak kena. Kalau kita buat macam B, kita hanya buat orang A bertambah down. 


Next cerita pasal Research Proposal. Haha. Lagi 2 minggu je kena hantar. Cuma baru pilih tajuk je. Menaipnya tidak lagi. But still kena start gak buat sikit-sikit dah lah minggu depan fully exam. So memang this week je tinggal. Perlu diucapkan tahniah kepada diri sendiri. Kalau orang kata, huk alorh, pilih tajuk je punn. Tapi helo, big step begins with small steps tau. Kita berjalan bukannya mula-mula tahu jalan, dah langkah besar. Kecik-kecik dulu. Tapi janganlah sampai ketua, langkah pendek-pendek, unless kalau ada penyakit Parkinson ke apa ke..


Apa-apa pun, dalam setiap benda yang kita buat, kena rujuk balik niat. Why I am doing this, why I am doing that. Aku haha, kadang rasa cam, what the what lahh nak kena buat Research Proposal ni. So, kalau aku siapkan assignment just for the sake of assignment, maka kerugian di pihak aku sendiri. Sepatutnya step dalam nak buat Research Proposal ni, harus dijadikan pengalaman untuk belajar macamana nak buat research dengan baik. 


Cerita lain pasal kes kat Malaysia. Banyak pulak news kena rogol. Scarynya. Duh. Dimanakah salahnya? Salahnya kita masyarakat. Bila masyarakat tak sedar barah yang ada dalam masyarakat sendiri, nahh, bagaimana nak merawatnya? Something wrong somewhere about how we educate our children, about how the education system work. Pokok pangkalnya, perkara paling penting perlu diajar kepada anak-anak adalah mengenal Allah. Tapi what happen sekarang? Anak-anak kita lebih kenal watak kartun dari mengenal Allah. Bukanlah nak suruh anak tu umur setahun dah tahu 20 sifat Allah atau 99 nama-nama Allah, tapi very basic to know that, Allah yang mencipta kamu wahai anak. Ni susah nak cakap lah, takde pengalaman membesarkan anak. Hoho. 


Bagi pendidikan awal kanak-kanak ni very crucial in these days. Aku risau lah hai fikir camne lah nak membesarkan anak dalam zaman yang penuh negativiti. Aku ada fikir gak lah, ada anak nanti nak masuk private school islamic, khalifa school ke, sri ayesha school ke sebab takut anak-anak bercampur gaul dengan budak-budak kurang baik. Tapi still, parents lah the key element sebenarnya. Aku masuk sekolah biasa je kot dulu. Form 1 sampai Form 3 kat SMK Sultan Abdul Samad. Korang tanya je lah budak-budak yang duk Petaling Jaya, 'awesome' tak sekolah ni? Tapi still jadi budak baik lah. Sebab education sebenar bermula dari rumah. Style ayah aku memang garang la and suka bagi nasihat, jangan bercampur dengan budak-budak camni, jangan melepak tak tentu hala etc. So sebab dah didoktrinkan sebegitu, when I come to school, I choose macamana aku nak bergaul tapi bukanlah maksudnya sombong ke apa. Tambah jadi introvert, who cares? I gain my own happiness in my own way, hihi.


Tapi kadang-kadang, ada parents yang memang dah didik betul-betul anak dia, tapi anak-anak masih degil, mungkin itu Allah nak uji depa punya kesabaran. Sebab kadang masalah-masalah ni banyak faktor kan. Pheww~ 


"Remember that moment you wanted to give up? Remember that time you felt you could go no further? That your journey ended here? Remember when you were too weak to even picture the rest of your future, let alone your present state due to a conflict in your life? A ditch you fell into? A dead end you hit?

But guess what, today-- you're here. Allah somehow managed to bring you here, right now, at that exact spot you thought you'd never reach. Just like you remembered Him when you were at your most fragile state, do not forget to remember Him when you are at your healthiest and happiest either. All He asks, is to be remembered. All you have to do, is remember."


Okey itu sahajalah nak ceritanya. Yang baik ambik, yang tak baik, ignore sahaja. Sekian, wassalam. 

No comments: