Thursday, June 6, 2013

Dari Amsterdam ke Kuala Lumpur


Assalamualaikum wrt wbt.


Entry ini sedang dicatat semasa di dalam penerbangan Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang delay selama 2 jam. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, everything just go very smoothly. Takde siapa nak persoal beg, beg tak bermasalah as in bila kena lalu tempat check check tu. Overall, not too bad lah balik sorang-sorang. Hehe.


Apa yang menariknya, masa kat airport amsterdam, dalam banyak-banyak orang, boleh pulak jumpa mak housemate, mak Farah Chan. Haha. Aku mula-mula tengok mak Farah, dalam hati rasa macam pernah nampak, macam familiar. Pastu dengan tak tahu malu dan penuh keberanian, aku pun menghampiri, ini Puan Waqiyah ke, mak Farahin? Pastu mak nya pun menyambut mesra sebab mak Farah pun kata macam pernah nampak dalam Facebook. Lol. Keciknya dunia!


Pastu ayah Farah punya lah sporting suruh ambil gambar dengan mak Farah untuk whatsapp kat Farahin. Hehe. Farah mesti jeles gilaaaaaa, kan kan? Takpe Farah, aku kan bawa jiwamu bersamaku, moga dapat mengubat rindu dihatimu itu. Perhhh, ayat!


Next, sekarang ni aku tengah duduk sebelah pakcik berasal dari Poland. Dia on the way nak ke Pnom pheh (weyh camne entah nak eja). So, transit di Kuala Lumpur. Dah lah tadi flight delayed 2 jam, mesti connecting flight dia pun being affected juga, huhu.


Bagus gila kot Pakcik ni. Buat crossword, main sudoku, baca newspaper, baca buku, cool, relax dan tenang. Saya memanng suka muslimin yang ada criteria macam ni (boleh la letak dalam borang BM ye tak? Kehkeh). Tapi tu lah kan, susah benar nak cari muslimin sebegini pada hari ni, kalau ada pun, mungkin sudah ber-ada. Apakah?


Okey back to this Pakcik. Sangat bagus lah. Sembang-sembang, dia cerita dia dah kahwin 30 tahun dengan wife dia. Pastu dia cerita 34 years ago dia pergi travel around the world with unicef before he meet his wife. Banyak kali gak lah mention pasal wife. Bagus-bagus. Ciri-ciri suami yang setia dan tak menggatal semasa berjauhan dengan isteri. Ohsem.


And then sampai jua aku ke Malaysia. Anak-anak buah semua besar besar dah!


- Posted using BlogPress from my iPenyayang

No comments: