Friday, May 31, 2013

Hari Motivasi


Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


Nasi with salami goreng and sambal belacan.

Chicken kebab at Falmenco.

Sizzling mee at kak Aimi's.

Roti puri with kari ayam.



Banyak sangat makan hari ni. Rasa perut dah mengandug sebulan setengah. Haha. Kemainnn. Esok pulak family day PPMC. Topi and shade are ready! Hoyeaahh.


So, sebab tak jadi pergi London hari tu, jadinya semalam 30 May, aku and sahabat yang lain pergi conferring seniors! Best gila rasanya. Ambik semangat orang grad!





Aku whatsapp kat kakak aku gambar masa dalam hal, memang simple je ceremony kat sini. Kata aluan tak sampai 5 minit, pastu dah start panggil nama graduan. Mungkin tak segrand kat Malaysia sebab yang ni khas untuk pelajar medik. Ada kira-kira 100 graduan jugaklah.





Tahniah kepada mereka! Terima kasih kerana hari bersejarah anda menjadi hari yanag penuh motivasi bagi kami pelajar-pelajar muda perubatan ini, eceeceehh.


Kadang-kadang, motivation ni is not something yang kita dapat masa pergi kem motivasi, tapi dari satu peristiwa seperti ini. Aku sendiri yang rasa gelombang kejayaan mereka ni rasa terpanggil sama to be successful as them. May Allah ease our journey in this medicine field ni.





Satu lagi status motivasi. Gunakan peluang untuk mendidik masyarakat. 


Dan kadang-kadang jugak, tarbiyah yang kita duk canang dalam usrah, bukannya benda yang kita dapat dalam usrah semata, tapi apabila ia berlaku di alam realiti.


Kita takkan belajar erti pengorbanan dalam usrah, tapi kita belajar ertinya apabila kita terpaksa berkorban.

Kita takkan belajar erti ukhuwah dalam usrah, tapi kita belajar ertinya apabila kita mampu memaafi.

Kita takkan belajar erti cabaran dalam usrah, tapi kita belajar ertinya apabila kita menghadapi cabaran itu sendiri.


Kesimpulannya?


Praktikal tak semudah teori. Realiti tak seindah imaginasi.


Dan erti hidup pada yang memberi. 


Terimalah...



Haha. Bergaya dengan robe graduation senior, hihi. Dear my family, tak sabar tunggu korang datang Cork untuk tengok aku grad in another 3 years, insyaAllah.





Sekian, wassalam.

No comments: