Thursday, May 9, 2013

Not-so-random Thoughts After Exam Neuroscience

Assalamualaikum.


Jam komputer menunjukkan pukul 12.23am. Rileks lah, malam masih muda, haha. Tu lah, musim summer (ke spring lagi?) ni, waktu Isyak nya lambat, pukul 11.36pm baru Isyak. Lepas solat, belek-belek nota sekejap. Kadang tu pukul 1am baru tido. Then bangun 3.30am. Apataknya, subuh pukul 3 pagi kot. Hoho. Alhamdulillah, inilah ketentuan alam oleh Allah. Kita sepatutnya rasa berbahagia!


Bercakap pasal bahagia, teringat aku quote dari siapa entah, lebih kurang macam ni lah bunyinya, 

"Kalau kita meminta kebahagiaan, dan Allah memberikan kita dugaan, maka berbahagialah kita dengan dugaan tersebut,"


So, nak ceritanya, semalam first paper summer exam (eh musim summer ler maknanya) paper Neuroscience.  Ada MCQ dan SAQ. First time oh exam SAQ, before ni ada jugak, tapi ni first time SAQ untuk Physiology dan Biochemistry. Cuak kot takut otak blank atau black out. Eh! Kalau blackout and tetiba jawapan dah tertera atas paper, takpe lah jugak, ye dak? Hihi. Tapi, Alhamdulillah, dapatlah jawab and ada juga yang aku hentam je sebab lupa.


Bila musim exam ni juga, satu perkataan yang paling famous ialah TAWAKAL. Trust me, it is easy said that done, kan? Ramai orang boleh cakap tawakal, aku bertawakal, tapi sebenarnya, stress dengan diri sendiri takut lupa and bla bla bla. It is normal to be cuak, but don't let the emotion control us. Sebab based on nota physiology aku, 


"anxiety boleh meyebabkan kita susah untuk retrieve memory,"


Tawakal kepada Allah bagi aku, you have done your best to revise your notes, make yourself understand what you have to study, AND at the same time don't forget, kita ni makhluk Allah, Allah yang pegang ilmu-ilmu yang kita belajar, Allah yang izinkan kita untuk aplikasikan ilmu yang kita belajar tu masa dalam peperiksaan. Jadi kalau exam tu susah pun, at least ada je soalan yang kita dapat jawab, say Alhamdulillah! 


Jangan kita tunggu dapat result cemerlang, baru nak post status kat facebook, "Alhamdulillah, thanks ya Allah,". No! 


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)


Masa musim peperiksaan jugak, ingatan kita kepada Allah naik mendadak, bukan? Kalau blur tengok soalan, ya Allah bantulah aku ya Allah, berikanlah aku ilham, ingatkan aku apa yang aku lupa. Tapi bila dah tamat exam, terkinja-kinja kita lupa pada Allah. Allah, hipokritnya kita. Seharusnya, ingatan kita kepada Allah konsisten, musim exam ke tak exam ke, sama. Sebab kena sedar lah, kita ni hamba Allah 24 Jam, bukan masa musim exam sahaja!


Tapi, ada juga kes seperti musim exam, semakin lupa pada Allah, lupa pada Quran. Ada yang rasa, oh my God baca Quran ni take my study times you knoww! Allah. Sebab kita tak nampak rahmat Allah, kita akan kata begitu. Kalau sibuk mana pun kita, please, force diri kita to read Quran at least a page. Kalau tak boleh  jugak, half page, kalau tak boleh jugak, quarter page, kalau tu pun tak boleh, ermmmm.... 


Take home messagenya, buat lah kerja kita dengan ikhlas. Pergi ke kuliah dengan ikhlas, moga dapat berkat menjawab soalan exam dengan lapang dada. Pergi ke kerja dengan ikhlas, moga gaji yang diperoleh ada berkatnya. Ini semua soal kita nak Allah berkati hidup kita. 


 Firas ammar, geramnya aku nak cubit. Ishhh.


 My bro-in-laws and my nephews and nieces. Who going to be their next 'biras' and uncle? Caittt. 



Ohoiiii~ Rindu rumah sangatttt! T.T



Sekian, pintalah keampunan Allah, pintalah rahmat dan petunjuk dari Dia.


Wassalam.

2 comments:

Norsakinah Ahmad Fauzi said...

Ehem.. Ehem.. Yang pasal next biras or uncle tu tak boleh blah.. Haha..

Norain Ishak said...

Lol! Saje jer, aduhaiii, haha.