Tuesday, May 7, 2013

1 Jejarum

Assalamualaikum.


Peperiksaan pertengahan semester 1 bagi pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya telah pun berakhir seminggu yang lalu. Hari ini, guru Sains ku mula memberikan semula kertas peperiksaan yang telah disemaknya. 




"Norain Ishak,"


Aku berjalan pantas menuju ke meja guru untuk mengambil kertas ku. Kembali ke tempat duduk ku, ku lihat markah ku. 62%.


62%?
62%?
62%?


"Bodohnya aku. Macamana nak hidup ni kalau bodoh sains ni,"bisikku dalam hati. 


Kecewa bro. Dah lah ni exam pertama, belum apa-apa lagi dah dapat gred C. Bertambah stress kelas 1 Jejarum itu sudah lah kelas antara kelas pertama (ada lagi satu kelas tu tak ingat nama dia apa, sebab antara dua kelas ni, budak-budak UPSR nya yang dapat 5A dan 4A). Tak cukup dengan itu, kelas ku ramai juga Cina, bukan nak racist, nak mention itu sahaja. Tahulah budak Cina ni banyak yang pandai. Aduhai, stress aku.


Stress ku itu juga dek kerana masa tu baru first time belajar sains dalam bahasa inggeris. Mungkin terkejut. Dan english aku juga sengal pada masa itu (sekarang ada sengal juga tapi tak sesengal dulu, almaklumlah pengguna bahasa ibunda sejati). 


Risau, risau sangat. Risau sangat aku end up this school as a stupid student. Aduhai!


But then, segera aku bangkit dari lamunan. 


"Aku kena tunjukkan kat budak Chinese yang budak Malay pun pandai," kataku dalam hati lagi. Again, Im not being racist here yer. Cuma nak cakap, betapa, kawan-kawan Cina ni lah yang membuatkan aku bersemangat untuk belajar rajin-rajin untuk dapat markah yang hebat.


Start dari situ, aku mula kiasu (hehe masa tu takde word kiasu lagi), aku mula study rajin-rajin, ayah aku pula yang bekerja sebagai ketua pengawal keselamatan di Universiti Malaya, yang gajinya tak semewah gaji kawan-kawan Cina aku tu, tak lokek untuk hulurkan duit untuk aku beli buku rujukan, buku kerja latihan.


So, bermula lah lah perjalanan aku untuk menuntut ilmu dengan lebih gigih. Alhamdulillah, markah setiap matapelajaran bertambah baik. Paling baik sekali Geografi and Mathematic. Pernah juga zaman tu berangan nak jadi ahli Geografi sebab selalu skor 100%. Aduhai, ya Allah maafkan aku yang berlagak ni, huhu. 


Masa kat SMK SAS jugak, untuk akademik, ada kedudukan dalam tingkatan. Kedudukan semakin baik, semakin improve masih tingkatan 2 dan 3. Top 10, top 5, top 3. Dan bermula lah era dapat menaiki pentas semasa Hari Kecemerlangan. Masa kat sekolah rendah tak merasa ohh. Bukan nak membangga diri, cuma nak cakap, I did struggle with Allah's help untuk tunjukkan Malay Muslim pun ada akademik yang baik. 


Itu lah ceritanya sehingga sebelum aku melangkah ke MRSM Taiping. Pasal kisah di Taiping, next time lah. Cuma nak cakapnya, pasal racist. Aku pun ada racist, tapi beragak-agaklah. Racist jangan sampai mengutuk kaum lain. Kau tahu kaum kau lemah, then nak salahkan kaum lain. Apahal?


Kerana racist nya aku masa itu, aku usaha sungguh-sunnguh untuk dapatkan akademik yang baik. Sebab masa tu, banyak je student Melayu yang duduk kat kelas rendah, tak ramai pun Melayu kat kelas atas. Tapi sepatutnya niat yang paling betul, kita nak keputusan yang baik, sebab nak tunjukkan yang orang ISLAM yakni MUSLIM ni merupakan golongan cerdik pandai juga.  Golongan MUSLIM yang professional. 


Duhai teman, ayuh perbaharui niat kita, tak kisah apa pun sejarah lalu kita, lakukan segalanya kerana Allah s.w.t. Kelebihan yang kita ada, kepakaran yang sedang kita asahkan, gunakannya untuk menyebarkan syiar Islam. Martabatkan agama Allah di muka bumi ini.




Sekian,

Ex-pelajar kelas 1 Jejarum/2 Anggerik/3 Jejarum
Tahun 2004-2006
SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya


B.E.L.A.J.A.R     B.E.R.B.A.K.T.I


Nak tahu enviroment sekolah samad macam mana? Check this out. Skip-skip je.
Rindu pulak!


2 comments:

shknhssn. said...

Sama la Ain! Masa aku kat Convent pun macam tu. Bila exam je, paling2 pun nak dapat result lg elok dari kawan2 cina sebab diorang sangat rajinnn and pandai. Bila dapat ranking lagi tinggi dari diorang, rasa bangga gila (riak di situ).

Bila masuk sekolah menengah convent, dah makin banyak main. Nak beat diorg susah. So aku tukar. Bila exam nak jadi paling top ranking among malay je. Hehehe.

:)

Norain Ishak said...

Haha, part bangga kalau lebih dari cina tu betul, kehkeh. Apa apa pun, thanks to the chinese sebab indirectly inspires us to study much more harder.