Friday, November 16, 2012

Tahajjud Cinta

Assalamualaikum.


"Bertuturlah cinta, mengucap satu nama seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku. Cinta yang bertasbih mengutus hati ini, ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu.."-Ketika Cinta Bertasbih


Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, kita boleh lihat banyak filem dan drama membawa tema Islamik dipertontonkan kepada umum. Jadi antaranya termasuk lah macam lirik kat atas tu, dipetik dari filem Indonesia berjudul Ketika Cinta Bertasbih. Lepas tu, kalau kat Malaysia ada banyak juga drama yang sama waktu dengannya seperti Kitab Cinta dan juga Tahajjud Cinta.


Tunggu dulu! Hari ni saya bukan nak bercerita pasal perkembangan sektor filem dan drama tempatan, tapi....




"Tahajjud Cinta? Apa benda Tahajjud Cinta ni? Ni macam ada persembahan drama ke?" 


Saya tertanya-tanya dalam hati masa menyelak salah satu halaman dalam buku Student Survival Guide yang saya dapat sebelum terbang ke bumi Eire. 


Dan setelah settle down di Cork yang aman damai ini, barulah saya tahu, apa benda sebenarnya Tahajjud Cinta ni. Korang tahu ker? So, meh ler akak nak bagitahu. Hehe.


Tahajjud Cinta ni macam satu program kerohanian anjuran Biro Kerohanian PPMC. Macam kebiasaannya, Tahajjud Cinta akan diadakan di rumah pelajar senior yang agak besar (oppss bukan senior yang berbadan besar yer, tapi rumah mereka). Sebab saya muslimat, so rumah yang selalu diorang akan buat ialah di rumah d'Nur. Dan kebiasaannya akan diadakan sebulan sekali pada hujung minggu.


Dalam program Tahajjud Cinta ni, kitorang akan berkumpul di tempat yang ditetapkan secara berasingan lah antara muslimin dan muslimat. Tahajjud Cinta selalunya start pukul 7 malam macam tu, so saya and sahabat-sahabat castlewhite yang lain pun menuju ke d'Nur. Sampai je d'Nur, perasaan yang awesome sangat sebab mesti ada orang sediakan makanan sebagai bekalan tenaga untuk mendengar pengisian malam itu.


Rasa seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan rakan-rakan sebatch yang lain. Ye lah, kalau tak, jumpa kawan masa kat lectures je, cakap hai hai bye bye je, tak sempat nak berukhuwah sangat. Tapi bila program Tahajjud Cinta ni lah kita dapat rapatkan silaturahim dengan kawan-kawan kita yang lain bila gather ramai-ramai sambil mendapatkan santapan rohani dari penceramah berkaliber. Mantop!


Selepas habis pengisian malam, kitorang tido sama-sama. Sama-sama share bantal. Sama-sama share duvet. Inilah yang orang kata, sharing is caring. Bila kita dah berkongsi bantal and duvet yang sama, harapan kitorang adalah dapat bangun qiam bersama-sama. Nak buat baik, tak boleh sorang-sorang ye tak? Kena lah ajak orang lain juga.


Dikeheningan paginya keesokan hari, bangkitlah kami mengerjakan qiam bersama-sama. Mengerjakan solat tahajjud dengan harapan bertambahnya rasa cinta kita kepada Allah s.w.t yang menciptakan kita.  Mungkin inilah sebab utama kenapa nama program ini Tahajjud Cinta. Juga bermuhasabah diri sama-sama. Dan kemudiannya akan ada tazkirah subuh sebagai penyuntik semangat untuk memulakan hari kami. Dan dapat makanan rohani, kitorang breakfast bersama-sama. 


Secara personalnya, saya menganggap setiap kali ada program Tahajjud Cinta, ianya umpama program balik kampung. Apa perasaan korang bila balik kampung? Mesti excited and rasa seronok kan? Sama juga macam ber-Tahajjud Cinta. Balik kampung dan bertemu dengan saudara mara, bertukar cerita dan isu semasa, mengingatkan antara satu sama lain. Keluarga kita jauh di Malaysia sana, jadi peluang semasa Tahajjud Cinta inilah untuk merasakan aura kekeluargaan tersebut.


Last but not least, saya mengajak anda (yes you!) untuk sama-sama hadir ke program Tahajjud Cinta yang akan membuka tirainya untuk musim 2012/2013 tidak lama lagi. Ayuh, ambil kesempatan ini untuk menambahkan ilmu di dada serta menjalinkan ukhuwah sesama kita dalam proses menjadi Individu muslim yang sebenar.


Buka minda, buka hati, moga sama-sama beroleh hidayah dari Ilahi!


Sekian, wassalam.


1 comment:

Anonymous said...

xsabar nak bertahajud cinta!!! =)
nice sharing...naik adrenaline :D