Sunday, October 21, 2012

Teleconference UAI & Takziah Yer


Assalamualaikum.


Apa maksud kejutan budaya? Orang selalu guna term ni contohnya bila budak sekolah agama keluar dari sekolah agama and berubah sangat dari apa yang biasa dia buat semasa kat sekolah agama, so orang kata, budak tu cultural shock lah tuu. Takpun budak yang baru sampai oversea and then terikut-ikut dengan budaya tak senonoh orang barat, ahh budak tu cultural shock lah tu. So, hari ni aku nak bercakap pasal kejutan budaya ker?


Ya, tapi before tu nak habq mai lahh semalam pelajar-pelajar Ireland, yakni di Dublin, Galway dan juga tempat aku Cork ada teleconference dengan Ustaz Azhar Idrus. Masa tu UAI bagi kuliah dekat masjid shah alam. And orang kat sana pun aware lah bahawa ada live broadcasting antara Malaysia and Ireland. Wahhh, gempak okiesss.





UAI punya kuliah adalah pasal hari kiamat dan juga related dengan ahli kubur. Mengikut hujah yang diberikan, masa kita dikebumikan, kita boleh dengar tapak kaki orang yang balik meninggalkan kita keseorangan. Huuu scary sangattt, ayuh lah amalkan baca Al-Mulk sebelum tidur, moga diberi perlindungan dari azab kubur. And UAI pesan, selalu lah isytighfar, sebab kita ni selalu dalam keadaan berdosa. Astargfirullahaladzim...


Next, sambung cerita kejutan budaya. Aku dah tulis dah kat twitter, tapi takpe, aku buat siaran ulangan kat sini.

Sekolah rendah : Pustakawan
Sekolah menengah : Orang biasa
MRSM Taiping : Orang biasa
KYuem : Orang biasa
1st Year Med : Orang biasa
2nd Year Med : ???


Berdiri dari kiri : Faiz Kadir, Mustaqim Imran, Aizat, Bopek, Aliff, Nazri
Berduduk dari kiri : Shaffika, Ain Ishak, kak Zay, Ain Ariffin, Syaima, Syaza Zuhairah


Haih. Tetiba terjebak nak jadi exco PPMC. Apakah? Seriously, aku takde lah nak gila jawatan ke apa untuk post ni, cuma kesian kat diri sendiri and nak bagi peluang involve sebagai komiti.


Seram sangat sebab aku tak pernah hold apa-apa jawatan penting. Just banyak buat kerja-kerja belakang tabir, hoho. So, harap boleh adapt dengan situasi ini dengan cepat, and dapat melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik. Amanah bukan sebarang amanah, kelak ditanya di akhirat kelak, ok!


Nak quote from kata seorang senior, jadikanlah qiam and tahajjud sebagai sumber kekuatan. Nasihat sangat mantop sekali untuk orang malas qiam macam sayerr, hohoh.


Sekian, wassalam.


ps: ramai senior wish tahniah and takziah atas pelantikan tersebut,, takziah lah yang pasti kerana terpaksa memikul tanggungjawab yang berat. 

1 comment:

lipas merah said...

So nyh nak ucap tahniah or takziah?..Tahniah...:)