Sunday, October 7, 2012

Hidangan Barakah


Assalamualaikum.


Siapa yang alert dengan cerita-cerita kat TV, mesti tahu ada rancangan Hidangan Barakah kat TV Al Hijrah masa bulan puasa dulu. Aku takde lah follow sangat program masakan tu sebab aku agak allergic sikit tengok cerita makanan-makanan ni tambahan pula di bulan puasa masa tu, heheh.


So, aku just sempat ikut beberapa episod je lah yang itu pun aku tertengok sebab ayah aku yang bukak channel tu. Apa yang menariknya masa episod yang aku tengok tu, Chef tu sambil dia potong bawang sambil dia berzikir which is cool sangat. Contohnya imagine korang tengah nak potong bawang, setiap potongan tu korang sebut subhanAllah, subhanAllah, subhanAllah sampai ler habis potong bawang. And that nak potong carrot, sambung lah alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah dan begitu lah seterusnya. 


Memang kita tak biasa nak buat benda macam ni, tapi tak bererti kita tak boleh nak mulakan biasakan diri buat macam tu ye tak, kan? Yeah, there's time yang kita lupa nak lakukan ia, tapi kot-kot masa tengah masak and baru nak masukkan ayam ke daging ke ikan dalam periuk baru teringat untuk berzikir, mulakan lah zikir.


Dan aku cuba melihat tugasan memasak ini sebagai tugasan ibadah. Means that penting untuk kita sebelum mula masak, bersihkan niat nak memasak. Contohnya orang biasa-biasa, niat dia nak memasak sebab dia nak laksanakan tanggungjawab dia kepada housemates sebab ikut turn memasak. Tapi orang yang tak berapa biasa, dia masak dengan niat, nak housematesnya makan and bertenaga untuk laksanakan ibadah khusus dan umum kerana Allah.


Moga beroleh redha Allah dengan amal kita yang tak seberapa. Nampak kecil di mata kita, tapi pada pandangan Allah, siapa yang tahu?


Sekian, ain sila jangan makan banyak!


My very first time cooked ayam masak merah, tak jadi sangat, tapi okeylahh :)

No comments: