Sunday, June 17, 2012

Kena Lebih Sikit

Assalamualaikum.


Haha. Memulanya nak cakap, tak sangka ada budak yang hampa tengok blog den tak ber-update ni. Haih. Serius lah, aku tak tahu nak update apa sebab rasa tak produktif je. Makan tidur makan tidur pastu gatal tangan pergi baca novel hlovate pulak. Aiseyh.


Dekat rumah ni, rasanya mujahadah kena lebih dari yang biasa. Mungkin biah solehah kat cork itu lebih dari ada kat rumah sendiri. Unless kalau datuk moyang keturunan ulama', mungkin lah biah solehah nya mantap. Tapi kalau tak, serius, mujahadah kena lebih sikit.


So, the next few paragraphs ni just random thoughts aku je masa cuti yang tak sampai seminggu ni.


1. Asing
Islam itu mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali kepada asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. [Riwayat Muslim]

Kadang ada perkara yang orang selalu buat, and kita anggap ia adalah biasa. Ada perkara yang kita lihat orang jarang buat, and kita anggap itu kurang biasa. Padahal bukan semua benda yang orang selalu buat itu adalah benar. Kalau kita tahu benda yang orang selalu buat tu salah, kenapa kita nak ikut buat jugak? Tak ke kita ni umpama hamba yang sengaja mencari murka Allah? Dah tahu, tapi nak buat jugak. Astarghfirullahaladzim. Kita yang perlu mengubah keadaan yang salah, bermula dengan diri kita. Ianya payah, tapi kalau tak cuba, selamanya ia payah.  

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.- Surah Al-Fatihah ayat 6 & 7


2. Doa

Allah Ta’ala berfirman:
 “Tuhanmu semua berfirman: Berdoalah engkau semua padaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.” (Ghafir: 60)

Ustaz ustazah selalu pesan, orang yang malas berdoa ni orang yang sombong. So, nak taknak kita paksa jugak diri kita berdoa selepas solat. So, takde masalah nak berdoa. Yang jadi masalah, bila kita tak berperasaan dalam berdoa. Boleh kata, everytime after solat kita baca doa yang sama. Kadang tu, doa tu sekadar meluncur di bibir sahaja, just nak cukup syarat, just nak sedapkan hati bahawa, aku doa means aku tak sombong dengan Allah. Wrong! That's soooo wrongg!

Dalam kita berdoa, tak kisah lah dalam bahasa apa, kita kena sedar bahawa kita sedang berdoa, kita sedang meminta sesuatu dari Allah. Dalam berdoa, kena berperasaan, kena ada rasa rendah hati dengan Allah, kena meminta dengan penuh mengharap. Bukan setakat hafaz doa and lafaz after solat macam tu saje. Dan minta lah apa sahaja dari Allah asalkan tak melanggar batas. Nak doa dapat suami hensem at the same time soleh, pun bolehhh.

Tapi jangan lupa doa untuk ibu bapa dan keluarga agar sama-sama di beri taufik dan hidayah Allah. Berdoa agar kaum kerabat kita tak lari dari landasan menuju Allah. Sebab Allah yang memegang hati setiap dari kita. Maka pada Dia lah kita letak pergantungan yang ultimatenya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”-Surah At-Tahrim ayat 6


3. Hari Lahir ke-21

Kisah tragis ke apa takde kek. Aduhai. Apsal klawang ni takde kedai secret recipes. Tak pasal je aku nak kena tunggu minggu depan. Seksa je rasanya. Haha. 

Anyway, sempena umur 21 tahun ni, aku cuma terfikir, apa benda entah aku dah contribute kat ummah? Berapa banyak dosa dah buat? Pahala berapa kerat je dalam catatan malaikat? Amal selama ni Allah terima ke tidak?

Itu je lah yang aku questions kan sempena besday aku hari tu. May Allah forgive all my sins selama 21 tahun aku hidup. Aku nak mintak hadiah dari Allah --> ampunkan dosa hambaMu ini, jauhkan dari api neraka, dan  kurniakan rahmat untuk aku. Itu lah hadiah sebenar-benarnya.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Dan barangsiapa yang dijauhkan daripada api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”-
Surah Ali Imran ayat 185

Itu je lah yang mampu dicoretkan.


Ada misi yang perlu dilaksanakan bermula esok hari! Apakah dia? Baca buku Maza Yakni a.k.a Apa Ertinya Saya Menganut Islam by Fathi Yakan. Target aku, satu bab, satu hari. Ada 13 Bab. So, by end of this month aku patut kena khatam buku ni!

Sekian, korang yang bercuti tu pun, sayanglah masa tu lebih sikit. Buat benda manfaat. At least, nanti dah bukak cuti sekolah, orang tanya, cuti buat apa, at least you know you have did something, kan?

Tapi don't forget pulak the reason you do benda bermanfaat tu at the first place. Bukan tujuan, bukak cuti boleh berlagak dengan orang yang kau pandai gila guna masa, tapi lillahi taala, kerana Allah taala. Moga ada berkat dalam usaha menjadi muslim yang mukmin, insyaAllah.

1 comment:

Zocss said...

Gua nak tiru misi cik norain ishak boleee? :D