Tuesday, May 8, 2012

Post-FM1001 & Sisterhood


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, selesai exam FM 1001 yang ada 80 MCQ and tiga jam tu. Tapi aku buat dua jam je. That does not mean i'm a bright student pun okey. Just I think, Allah helps me a lot. So, esok takde exam, hari khamis nanti ada exam FM 1002 pulak. So, saja lah nak update blog kejapp.


Firstly nak cerita pasal one of my kakak seniors kat sini. Ala, yang aku selalu cerita dia final medical year student tu. Yang tengah pregnant tu. Kalau kat timeline twitter, aku selalu mention kak mihah, kak mihah, kak mihahhh. Alhamdulillah, semalam dia dah selamat bersalin, dapat baby girl! Seronoknyyaaa! Dah lah dah habis exam final year, lepas tu dapat baby pulak. Coolll sangat! Nanti waktu grad, boleh lah ambik gambar bertiga! Kak mihah, shidot and their princess! Sweet sangat!


Baby kak mihah & shidot.


Acik Ain doakan agar baby ni membesar jadi anak solehah and jadi daie yang hebat macam mama and papa dia yang juga daie yang hebat, tabah, and mantap dalam segala hal!





That's my third sister. Kiranya kakak yang atas aku lah. Beza nak 6 tahun. Means that dia lahir tahun 1985. Masa aku kecik-kecik dulu, anti gila doe aku dengan diaa. HAHA. Sebab kalau aku mengada or malas sikit, mesti dia yang akan marah aku dulu. Tension! Dia garanggg jugak. Tapi sebab aku dah membesar, takde maknya lah dia nak garang-garang dengan aku. 


Sebab tu bila dia cakap rindu, aku macam, whattttt?? Haha. Masa before aku fly hari tu, dia ada something nak bagi, tudung ke apa entah, tapi dia lupa nak bawak, so macam terkilan jugakk lah. Tapi dont worry, insyaAllah, nak balik malaysia semula dah punnn. Can't waitttt larhh! 


Oh masa aku kecik-kecik, aku panggil dia, "akak". Lepas tu tak ingat entah start bila, aku tak panggil dia "akak" dah, aku panggil dia, "shafah". Sebab apa "shafah", sebab kitorang dulu main bahasa "F", so "shah" jadi "shafah" ler. Tapi aku rasa sometimes, aku panggil je dia "akak".


Beliau juga sudah mendirikan rumah tangga semasa berusia aku tak ingat lah, but yang pasti, dia kahwin masa aku tingkatan empat. Sekarang dikurniakan 3 orang cahaya mata, Nabil, Husna and Mia. Another thing pasal shafah, masa zaman aku sekolah rendah dulu, dia lah tukang gosok baju aku. Ye lah, aku mana ada bibik macam korang dowh. Kakak aku ler jadi bibik tidak rasmi, haha. And kalau zaman tak tahu bawak motor, shafah jugak lah yang hantar pergi kedai naik motor. Terhutang budinya sayaa. 


Okey panjang mukadimah, aku nak cakap, yang semalam aku call dia. Haha. Excited gila diaaa! Rindu aku letteww. 


Jujurnya, bila kau dah jauh dengan kakak-kakak kau, barulah kakak-kakak kau nak hargai kehadiran kau. Kalau tak, depa duk buli suruh basuh pinggan je lahh. Aku dah lama dah rindu diorang masa kat malaysia lagi. Sebab kalau kat rumah, tinggal aku, ayah and mak. Bosan gilaaa rumah. So, kalau diorang balik bawak anak-anak diorang, meriah lah sikit rumahh.





Okeylah, itu je. Take home message, hargailah adik beradik kita, jangan nak bergarang sangat dengan diorang, nanti rindu, payah baru tahu. Love each other, okey?

No comments: