Wednesday, April 25, 2012

Interaksi Di Awal Waktu


Assalamualaikum.


Hari ni aku nak bercakap pasal solat. Agak-agak solat kita macam mana? Dah azan baru kita nak ambik wudhuk and then baru solat? Ataupun dah tahu dah waktu solat dah masuk, tapi kita kata, ahh nantilah, nak habiskan kerja ini dulu, nanti solat lah. Erti kata lain, melambatkan solat. Agaknya, kalau kita suka melambatkan solat ni, Allah suka ke kat kita ni?





Kalau kita tiada kekangan, especially students yang tengah bercuti ke, takde kelas ke, boleh lah kita sama-sama didik diri untuk solat awal waktu. Kalau boleh, be aware waktu solat masuk pukul berapa. So, that kita boleh estimate, 5 minutes before masuk waktu solat, kita dah ambik wudhuk and ready sejadah nak solat dah. Sementara nak tunggu waktu solat masuk, baca lah Quran tu kejap, ni duk lagi baca status facebook and twitter. Ouchhh.


Apa untungnya baca status manusia compare baca status Allah dalam Quran? Ayat Allah tu, kita baca satu huruf, insyaAllah dapat satu kebaikan. Ni kalau baca status yang ada kalanya tak bermanfaat, buat rugi je kan.


Bercakap pasal baca Quran, bila kita baca Quran itu, umpama Allah bercakap dengan kita. And bila pula kita bercakap dengan Allah? Time solat lah! Masa solat lah masa kita berinteraksi dengan Allah. Tapi kadang tu, lepas angkat tabir and etc and tetiba dah bagi salam. Tak sedar pun proses solat tu. Itu problem. Maknanya solat kita jadi macam habit je tanpa ada penghayatan.


So, cuba lah kita train, masa solat, adalah masa kita nak berinteraksi dengan Allah!


Kita suka kalau dapat berinteraksi dengan manusia yang kita admire, tapi mengapa kita selalu tak fokus berinteraksi dengan Allah, kata sayang Allah, kan? So, kena improve "communication skills" dengan Allah. Moga Allah redha dengan kita.


The most important thing, hayatilah bacaan Al-Fatihah. Kita faham maknanya, tapi kadang makna sekadar makna, kalau hati kita sendiri macam tak sensitif dengan ayat-ayat Allah tu.


"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)."-ayat 4 surah Al-Fatihah


Remember, destinasi kita suatu hari nanti adalah untuk bertemu dengan Allah. Takkan taknak bertemu, kata sayang Allah, kan? Jadi, takkan nak bertemu takkan kosong, kena lah bawak bekalan jugak.


Sekian, wassalam.

2 comments:

Cik Anis said...

syukran mengingati ^_^

Norain Ishak said...

cik anis, sama2 ;)