Wednesday, April 4, 2012

Akal Hati Nafsu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menghadiri sebuah majlis ilmu "tazkiyatun nafs" oleh ustaz Muhaimin di vic lodge memandangkan pada cuti easter, saya hanya bercuti di dalam cork. Jadi harapnya, nota yang bakal saya coretkan ni, dapat mengolahkan apa saya dapat dalam majlis tersebut dan berkongsi dengan anda yang tidak berkesempatan hadir.

Kepentingan Menuntut Ilmu 


Rasulullah s.a.w bersabda;

 "sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga,"-riwayat Muslim

Hatta anjing yang ada experience dalam bau-bauan pun ditinggikan darjat menjadi anjing polis kerana ianya ada ilmu, apatah lagi manusia kalau manusia menjadi insan yang berilmu. Tuntutlah ilmu yang bermanfaat yakni; ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu untuk melawan hawa nafsu serta tipu daya syaitan, ilmu untuk menambah amal dan meningkatkan kualiti amal, ilmu yang membuatkan kita mengenal hakikat kehidupan di muka bumi

Antara doa menuntut ilmu;

Doa nabi Musa : "rabbi zidni ilma" yang bererti Ya Allah, tambahkan kepadaku ilmu pengetahuan.

Surah Taha ayat 25-28 : O my Lord, open my chest for me and make my task easy for me and make loose the knot from my tongue so that they understand my speech.

Harus kita sedari, bahawa yang memberi kita kefahaman ilmu itu adalah Allah s.w.t. Kalau Allah bagi keberkatan, maka Allah permudahkan proses kita menuntut ilmu. Kita hendaklah merasakan menuntut ilmu itu sebagai satu ibadah. Contohnya, before kita start study, masa kita buka buku, baca bismillah dan anggaplah kononnya macam kita sedang membuka kitab-kitab agama. Tambahan pula, kebanyakan kita mempelajari ilmu sains di mana lebih mudah untuk kita kaitkan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Ustaz Muhaimin ada bercerita lagi tentang pendrive dan sebiji rambutan. Seperti mana yang kita tahu, pendrive tu boleh simpan macam-macam maklumat tentang rambutan. Kalau kita cucuk pendrive dekat pc kita, keluar lah gambar rambutan and etc. Kalau biji rambutan yang Allah cipta tu, kita cucuk biji tu dalam tanah, maka tumbuh pokok rambutan. Biji rambutan tu sendiri contain maklumat yang sama macam dalam pendrive. Di sini nak tunjukkan hebatnya ciptaan Allah. Pendrive yang manusia cipta tu, yang contain pelbagai info tentang rambutan tu, boleh ke tumbuh sebuah pokok rambutan bila cucuk kat pc?

Sesungguhnya ciptaan Allah super canggih kalau nak compare dengan barang yang dicipta manusia. Jadi, sahabat sekalian, ayuh ikhlaskan niat menuntut ilmu dan always remind ourselves, tuntut ilmu kerana Allah.


Kepentingan Melawan Hawa Nafsu


Surah Saad 38:26 

"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan JANGANLAH ENGKAU MENURUT HAWA NAFSU, kerana yang demikian itu akan MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu." 

Kalau terlebih ikut hawa nafsu, maka sesatlah kita. Kita mahu berada di jalan sesat atau jalan yang benar?

Surah An-Naaziat 79:37-41 

"Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia MENAHAN DIRINYA DARI MENGIKUT HAWA NAFSU, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." 

Oleh itu, salah satu sifat penting ahli syurga ialah dapat menahan hawa nafsu. Sejauh mana kita berjaya melawan hawa nafsu kita? Fikir-fikirkan. 

Surah Al-Jaathiyah 45:23 

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?" 

Perghh, takut tak takut dengan amaran Allah dalam ketiga-tiga ayat ni? Ingat, kalau ikut hawa nafsu, Allah sesatkan kita, tak bagi hidayah kat kita, thus to neraka lah jawabnya. Allahu. Azab neraka itu sangat mengerikan. 


Ilmu Ada, Nafsu Ada 


Kita dah cakap soal ilmu, dah cakap soal nafsu, now kita combine kan. Kalau ada ilmu, but still ikut hawa nafsu, maka seseorang insan tu jadi insan kurang berguna. Contoh ada pemimpin yang main rasuah, dia ada ilmu, tapi sebab ikut hawa nafsu, kena humban dalam penjara. 

Rasanya semua orang mesti pernah rasa macam ni. Bila sesuatu perkara dosa itu macam something yang menyeronokkan, maka akal susah nak buat decision. Tapi kalau dosa tu takde sense of keseronokan, akal senang nak buat decision. So, untuk memastikan akal kita mudah membuat keputusan, kita kena jadi bermaklumat, kita kena tahu keburukan akibat melakukan sesuatu dosa itu and hence lebih mudah untuk kita tinggalkan perbuatan yang mengundang murka Allah s.w.t. 

Surah Al-Mukminuun 23:71  

"Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;" 

Dalam ayat ni, menunjukkan, dah jelaskan akibat kalau ada ilmu(kebenaran), tapi still ikut nafsu. Lawan kepada mengikut hawa nafsu ni, adalah mengikut wahyu maknanya wahyu yang Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w dan disampaikan kepada umat Islam. 


Kebenaran 


Semua manusia sukakan kebenaran. Kita akan marah kalau orang panggil kita sesat. Hatta orang yang sesat pun tak suka dipanggil sesat. Isunya, bagaimana Allah menyampaikan kebenaran kepada kita. Oleh itu, diutuskan seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah. Sesungguhnya, bukan perkara mustahil bagi Allah untuk mengurniakan kurniaan yang lebih kepada seorang manusia yakni para Rasul. 

Kita ini umpama orang yang buta sebab kita tak nampak wahyu yang Allah turunkan, and kita pun tak pernah melihat Allah, jadi macamana mahu memastikan apa yang disampaikan Nabi s.a.w itu benar? Sebab itu ada 4 sifat wajib bagi Rasul. Apakah dia? Siddiq (benar), amanah(jujur), tabligh(menyampaikan) dan fatanah(bijaksana). 

Sekiranya ada di antara kita yang tertimbul dalam hatinya rasa ragu akan risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w, elok benar kita muhasabah diri masing-masing. Sebagai contoh, ketika di lebuhraya, kereta di bahagian lawan arus memberi lampu klip-klip untuk bagi signal pada kita. And tindakan kita, kita cepat-cepat perlahankan kenderaan sebab kita percaya pada pemandu arus berlawanan itu bahawa di hadapan sana ada roadblock polis. 

Berdasarkan situasi itu, kita boleh percaya pada pemandu yang kita tak kenal tu, yang kita tak tahu pun sama ada dia memiliki 4 sifat yang dimiliki para Rasul atau tak. Jadi, kenapa perlu ragu pada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang melalui sirahnya terbukti memiliki 4 sifat wajib ini. Allah dan Rasulullah banyak memberi amaran kepada kita, tapi kadang kita lebih concern amaran kecil hamba Allah yang kurang kefahaman agamanya. So, patutkah begitu? 

Sebagai contoh, adik kita bagitahu kita ada kumbang dekat belakang baju kita, reaksi kita, kita cepat-cepat cuba untuk buang eventho kita tak nampak pun kumbang tu ada ke takde kat belakang baju. Dalam Al-Quran, Allah memberi amaran, kalau kita langgar apa yang yang diperintahkan-Nya, maka kita masuk neraka. Tapi sejauh mana kita take serious amaran Allah ni compare dengan amaran adik kita? Fikir-fikirkan. Saya pun rasa ouch ouch jugak masa ni. 


Akal, Hati, Nafsu 


Manusia terdiri daripada jasad dan roh. Mulianya nabi Adam kerana spiritualnya, kerana ada rohnya. Tapi iblis ini ingkar untuk sujud kepada Adam, sebab Adam dijadikan dari tanah. Iblis sekadar memandang fizikal Adam. Dia sombong kerana merasakan dia yang dijadikan dari api lagi hebat dari tanah. Err so, kalau kita suka judge orang berdasarkan fizikalnya, agaknya sama je lah kita dengan iblis, ye tak? 

Surah Al-Ahzaab 33:72 

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." 

Oleh kerana manusia ini dikurniakan akal, itu yang membezakan kita dengan flora fauna atas muka bumi ni. Persoalannya, apakah itu akal? Secara ringkas yang saya faham berdasarkan pengisian ustaz Muhaimin, akal itu adalah apabila roh kita berfikir. Eh bagaimana pula dengan hati? Hati itu macam satu perasaan seperti ikhlas, redha, mencintai and etc. Dan nafsu itu adalah apabila roh terlibat dalam pengurusan fizikal kita. 

Beza antara "nafsu" dengan "hawa nafsu"? Hawa nafsu itu adalah apabila nafsu kita tidak ikut wahyu, maka kalau kita turutkan kehendak hawa nafsu datanglah keburukan. Contohnya macam hubungan lelaki perempuan, kalau ikut hawa nafsu, jadi zina, tapi kalau disalurkan nafsu ke jalan yang benar yakni melalui pernikahan, ianya bukan kesalahan, malahan mendapat ganjaran. 

Surah Asy-Syams 91:9 "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)," Hati yang membuat keputusan, akal pula menjadi penasihat kepada hati manakala nafsu untu buat kerja menguruskan fizikal manusia seperti nafsu makan, nafsu tidur dan sebagainya. 

Tindakan kita mulai saat ini : Untuk hati, kita kena bersihkan hati dari sifat seperti ujub, riak dan sifat-sifat mazmumah dan masukkan sifat mahmudah ke dalam hati. Untuk akal, perlu baca bahan-bahan berfaedah dan grab ilmu bermanfaat. Untuk nafsu, kita kena didik nafsu menjadi baik, patuh serta boleh dikawal. Yang menjadi punca kerosakan diri, apabila kita tidak dapat menggunakan akal sebaiknya untuk menilai yang mana baik, yang mana buruk serta menjadikan nafsu sebagai raja di dalam hati. 

Sekian sahaja. Moga bermanfaat, insyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...