Wednesday, March 7, 2012

Long Term Vision

Assalamualaikum.




Perh yummy! Hari ni, ada senior doc kat sini bawak aku, tipah and nasrah pergi makan luar sempena nak raikan exam beliau habis semalam. Rezeki! Sekarang kenyang gila sebab spaghetti dia bapak banyak. Ni ada lagi 20% kat atas meja aku ni. Nak?


Nak dijadikan cerita, tengah hari tadi, aku call lah mak aku, saja nak inform dia yang ada senior doc kat sini nak bawak keluar pergi makan. Ceritalah yang beliau buat master in O&G kat sini and bla bla. And then cerita lah kalau kat malaysia, nak sambung buat speacilist after five years kerja. Kalau buat specialist kat sini, cepat sikit and bla bla. Pastu saja lah nak test mak aku, "kalau ada rezeki sambung specialist kat sini, lama sikit lah ain duduk kat sini," and then mak aku cakap, "terpulanglah kalau nak sambung kat sana,".


From my twitter updates :
"Tetiba rasa nak ubah fikiran, tetiba rasa nak sambung buat housemanship kat sini instead of malaysia."
"Duh camtu bila nak berbaitulmuslimnya. Camni, kena berbaitulmuslim before sambung housemanship lah kot."
"Kalau husband kerja kat eire, ok la kot, kalau kerja kat malaysia, ?? Ok jauh sangat fikir. First year medicine tak setel lagi."


Haha. Ni kalau kakak-kakak and abang-abang yang baca tweet insan tak berapa nak matang macam aku ni, mesti akan cakap, "Amboi!". Well, that is what we called as LONG TERM VISION.


Berbicara soal long term vision, erm pernah terfikir long term vision kita untuk negara? Ke korang rasa, eh negara kita dah okey, dah aman damai, nak apa lagi. Dasar pembangkang betul lah budak ni!


Fikirkan lah tentang sumbangan anda untuk Islam. Fikirkan lah sumbangan anda untuk orang Islam yang lain.


Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata:
“Kami sedang duduk-duduk di masjid bersama Rasulullah s.a.w., dan Basyir adalah seorang pendiam. 
Maka datang Abu Tha’labah al-Khasynee lalu berkata: “Wahai Basyir bin Sa’ad, adakah engkau menghafaz hadith Rasulullah s.a.w. tentang al-Umara’ (kepimpinan)?” 
Lalu Hudzaifah berkata: “Aku menghafaz khutbah baginda.” 
Lantas Abu Tha’labah duduk. 
Hudzaifah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“An-Nubuwwah (kenabian) berada bersamamu selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu berada di zaman Khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah (metod kenabian). 
Dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu melalui zaman Malikan ‘Aadhan (raja menggigit), dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu menghadapi zaman Malikan Jabriyah (raja diktator), dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu melalui zaman Khilafah di atas manhaj an-Nubuwah, kemudian baginda diam.”
[Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-Tirmizi 4/503]


Usaha membaikkan orang itu satu keperluan. Bukan sekadar membaikkan insan sekeliling, tapi secara keseluruhan, barangkali seantero negara. Oleh itu, jangan dilupakan akan siasah (politik), jangan dilupakan akan impian kita untuk melihat zaman Khilafah tertegak semula, mungkin bukan semasa hayat kita, tapi sekurang-sekurangnya menjadi sebahagian dalam usaha ke arah itu.


That's it! Sekian, wassalam.

No comments: