Wednesday, February 22, 2012

Untuk Peminat Drama


Assalamualaikum.


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya."-surah Al-Bayyinah ayat 7&8



Heyya! Busy tengok drama Bicara Hati? Vanilla Coklat? Cuba lah cerita sikit jalan cerita dia. Amboi, laju je bercerita ya. Cuba cerita sikit pasal sirah Rasulullah. Gulp! Telan air liur ker? Heee.


Bertweet-tweet dengan ummu, aku pun ter-pergi ke fanpage Vanilla Coklat. Aduhai. Annoying okey. Annoying bila orang memuja sangat cerita ni. Memuja heronya, memuja heroinnya. Aku pun rasa aku ni annoying, sebab aku pun sama layan Bicara Hati. Duhh. Tapi, tak bererti aku takde hak untuk tegur diri korang dan diri aku sendiri.


Kita ni duk sibuk lah dengan drama-drama buatan manusia ni. Tak kisah lah drama korea ke, melayu ke, cina ke, india ke, or whatsoever, kita begitu ambik tahu pasal drama ni. Macam mati pulak kalau tak layan drama kan. Ya, aku tahu, drama "sweet" adalah sangat tempting untuk kita tonton. Aku tahu tu. Aku pun kalah dengan nafsu nak layan drama. Nafsu nafsu nafsu. Janganlah kita jadi hamba pada nafsu, kerana kita ni hamba Allah.


So, berbalik kepada persoalan di atas, kita sibuk dengan drama, tapi kita ni, ada tak ambik iniatif nak faham, nak tahu sirah Rasullullah s.a.w.? Aku secara jujur, bab sirah ni memang hampeh gila. Kalau tanya aku sequence perang, memang tak leh jawab. Failed. So, sebab tu hati aku terdetik, aku minat nak tengok drama, tapi takde minat ke nak tahu sirah nabi ni? Sirah tentang Rasulullah yang sangat sangat sangat sayang dekat umat yang dia tak pernah jumpa ni?


Ni hang duk sibuk lah puja, hero tu cun lah, heroin hensem lah, taknak pula nak memuji Rasulullah, ikut teladan baginda, tahu sirah baginda. Come on lah! Wake up! Ain, please wake up! Banyak je dokumentari kat youtube yang boleh ditonton, nak jugak pergi layan lagu indon. Duhh. Failed failed. 


And i have a question to ask to all of you yang mungkin lebih arif, apa hukumnya ya kita tengok drama yang ada sentuh laki perempuan bukan mahram ni, and part part berdua-duaan? Adakah kita redha je dengan perbuatan pelakon tu?


Carilah masa, kenalilah Rasulullah s.a.w. Pesanan untuk diri ana dan diri antum semua juga.


Time to change. Sekian, wassalam.

3 comments:

Saya Piya said...

Ah aku watak penting di situ.tehee

Amanina said...

dush2. kena diri sendiri. ainnn aku terlayan citer vanilla coklat tu :0

Norain Ishak said...

ummu, heee yelaa.

hanis, sama2 lah kita terkena pada diri sendiri, sama2 terasa. kalau terasa tu, maknanya hati kita masih berfungsi. heee :p