Thursday, December 1, 2011

Semangat Hensem Saladin & Anak Buah Baru!!

Assalamualaikum.


Happynya akuuu. Okey lah fine lah, kat facebook aku cakap aku happy, kat twitter aku cakap aku happy, kat blog aku, lagi lahhh aku nak cakap aku happyyy! Happynya akuu, again!


First first happy sebab aku jumpa saladin the animated series. Alaaa saladin yang mendapatkan palestin semula tu. Haha. Cartoon dia sangat cool okey. Saladin sangat hensem. Tapi yang lebih hensemnya adalah semangat saladin tu. Kalau setakat muka hensem, tapi semangat nak naikkan kegemilangan islam tu takde, takde seri kehenseman paras rupa. Tapi, kalau ada semangat yang hensem turut terserlah kehenseman fizikal. Okey, ayat pening.









Aku baru tengok sampai episod 6. And cerita dia memang best lahh. Ada unsur humour sikit sikit so aku boleh katakan ianya cerita yang lepak dan tak memberatkan kepala otak. Sesuai ditonton oleh anak anak kecil.


Next, aku happy sebab kaka aku yang aku yang third dah beranak anak ketiga which is anak buah aku yang ketujuhhh! Ini haruslah seronokkk! Tapi dalam seronok seronok, frust jugak lah sebab aku kat cork kottt, dah lah lambat lagi nak balik malaysia. Nanti balik malaysia, baby tu dah tujuh bulan dah kot. Huhu.


Dan keh-happy-yan itu umpama macam aku pulak yang bersalin. Girls, imagine yourself deliver a baby, okey fine lah sakit, tapi bila anda dapat menatap bayi yang dikeluarkan dari rahim mu, perhhh, satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Syukur Alhamdulillah!


Now waiting for my sister untuk snap gambar then aku akan upload. Heheww.


Another story, senior aku final med kat cork ni dah preggy. And perasaan aku was like, pregnant(antara expresi hepi atau tidak)?? Dia mesti seorang yang tough. Aku just tak dapat imagine kalau aku macam tu. Final med, dengan kena buat rotation kat hospital, dengan nak study lagi, bukan calang orang. Tapi aku percaya, akak tu dia seorang yang multi-tasking skillsnya hebaat!


Okeylah, nak sambung saladin the animated seriess. Oh before tu nak share sedikit isi ceramah Prof Muhaya. Tiga perkara untuk buat kita tak bahagia ialah, menyalahkan orang lain, menyesal dan merungut. Sekian, wassalam.

3 comments:

Cik Nurul... said...

patut la semalam mimpi ain balik malaysia disambut dengan meriah...rupenye baby Damia Arissa keluar melihat dunia...ade kaitan ke ain???congrate aisyah...

Norain Ishak said...

Cik nurul, hahaha.sangat epik ya mimpi itu.

Cik Nurul... said...

tau xper...serius mimpi yg best...ingat part meje makan ade lauk sedap2..ending tatau ape..