Monday, December 12, 2011

Selepas Program Transformasi

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Selesai sudah kursus transformasi mara ke arah globalisasi. Aku mula-mula sebenarnya macam liat jugak lah nak pergi. Sebab before pergi kursus ni, aku imagine, nanti kena berjam-jam dengar ceramah bla bla bla and then bosan and then mengantuk. Tapi sebab program ni ada makan-makan dalam hotel, so, aku sedaya upaya mengikhlaskan diri menghadiri kursus tiga hari ni. Hehs.


Tentatif.


First-first kena daftar dulu lah. Start pendaftaran pun agak lambat, pukul 4.00 petang macam tu. Oh lupa nak mention, kursus ini diadakan di  River Lee Hotel. From castlewhite apartment ke hotel tepi sungai tu, erm adalah lebih kurang 10 minit macam tu kalau jalan kaki. Tak seperti kursus kat London yang aku dengar diorang tidur kat hotel. Kitorang tak pun sebab tempat tinggal students kat cork ni agak dekat lah dengan hotel tu.


Lukisan by kak Aliyah Natasya.


Waktu hari first tu, ada sesi ice breaking lah. Haha. Seriously aku tak suka aktiviti ice breaking, sebab rasa macam budak-budak. Tapi sebagai peserta kursus yang berkaliber, HAHA, terpaksa lah involvekan diri dalam aktiviti ice breaking ni. So, hari first kursus sekejap je sebenarnya. Tutup esok tu, hari kedua kursus.


Itu lauk rendang daging kurang garam untuk hypertension patients.


And then semalam, which is hari kedua kursus, pagi-pagi lagi dah segmen ceramah. Ah sudah. Mesti mengantuk punya lah nak dengar ceramah pasal sejarah penubuhan mara and pelan strategik mara. HAHA. Tapi, Pak Lan yakni Pengarah Mara Ireland, manage untuk beri speech yang buat student tak mengantuk. Pak Lan banyak cerita pasal pengalaman dia, so seronok lah dengar orang bercerita daripada dengan orang bagi ceramah gitu je.


Pastu ada aktiviti dalam kumpulan. Kena buat logo group lah. Oh ada enam group. Limau, belimbing, durian, nenas, manggis, pastu lagi satu apa entah nama buah entah. Aku group Manggis. So, buat lah logo ada gambar manggis yang ada telinga and then pakai stetoskop semua. And kitorang punya moto is senyum itu sedekah. Aku pun sebenarnya tak tahu lah motif di sebalik lukis logo ni. Oh mungkin untuk mengcungkil idea yang kreatif dan diterjermahkan dalam bentuk lukisan kot.


Lepas tu ada aktiviti telefon karat. Ala, yang ni pasal pass pass information tu lah. Haha. Yang ni pun aku rasa macam, oh come on, lame gila aktiviti ni. Sebab selalu buat kot. But, bak kata fasilitator, aktiviti ni sebenarnya untuk mengingatkan kita lah and setiap kali kita buat the same thing, kita barangkali akan belajar something new. Macam mesej yang cuba disampaikan melalui aktiviti telefon karat ni adalah supaya kita ni bila kita nak sesuatu info, dapatkannya dari primary source. And mesej lain yang aku dapat, jangan percaya rumours. Sebab rumours ni macam orang sampai sampaikan cerita lah. So, takleh percaya sangat.


Study case.


And then petang tu ada ceramah lagi rasanya. Tak ingat lah. Pastu ada LDK lagi. Yang ni aku dah cerita semalam. Out Of The Box


Presentation part aku.


So, aku and dua orang lagi mewakili kesatuan Manggis pun present pasal Hospital Pakar Mara. Aku sebenarnya sangat nervous lah, sebab aku sangatlah jarang bercakap depan orang. So, it is normal lah kalau stage fright sikit. HAHA. But tadi selepas pembentang pertama bercerita pasal SWOT analysis, turn aku bentang and tak rasa nervous langsung once dah pegang mikrofon. Sebab before nak bentang, kena cakap kat diri sendiri, kita nak sampaikan information je, nak gelabah buat apa dowh?


Peringatan untuk pembentang pertama, haha, aku takut beliau cakap panjang lebar kang time's up plak.


Jadi aku rasa, aku rasa lah, aku bentang dengan agak fluent kot. HAHAHA. Masuk bakul, tak larat nak angkat sendiri mehh. Sama ada audience dengar ke taknak dengar apa yang aku cakap, tu letak ketepi, yang penting, aku sangat eye-contact kot dengan audiences. ( i failed to lower my gaze today,,). By the way, bercakap depan orang ni sangat best sebenarnya, rasa macam politician pun ada, hehs.


And then, from overall presentations, means that presentation group aku and the others, semua nya sangat mantap. Eventho group Manggis just dapat second place for the pembentangan, aku rasa puas hati dan yang penting tu pengalaman. Semuanya sangat competitive and ini menunjukkan betapa competitivenya jawatan doktor ni in the future bila semua orang kata nanti ada lebihan doktor. So, makcik dan pakcik, jangan ingat belajar medik, confirm confirm anak-anak pakcik habis belajar medik, akan terus dapat kerja. Kena jadi somebody yang passionate and mampu memberi daya saing yang tinggi.


Phewwit.


Daya saing? Jadi kalau rasa diri tak berdaya saing sangat, dont worry, we still have time to improve ourselves. Kita still ada ruang untuk memperbaiki diri. Actually, bagus lah ada persaingan ni. Doktor akan work harder to improve themselves and at the same time, the patients akan dapat servis yang lebih baik dari masa ke semasa.  And bak kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara, Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Ghani, kerja kita sekarang, belajar belajar belajar. Kalau kita doktor yang bagus, sudah pasti peluang kerjaya untuk kita ada.


And then cerita sampingan pasal makanan hotel. Okey main dishes dia macam "errrr err boleh lah,". Tapi dia punya starter and desserts dia, OMG sangat sedap and best. Lagi what else to write? Itu je kot. Moral of the kursus, terus belajar sungguh-sungguh and sambil tu develop soft skills. Sekian, wassalam.

No comments: