Wednesday, December 7, 2011

Lagi Lima Tahun


Assalamualaikum.


Aku pergi study kat Boole library petang tadi. Perhh, punya lah ramai umat manusia. Musim exam kot. Aku yang exam bulan januari pun turut sama nak menyemak dekat library tu. Lama jugak lah bertapa kat library. Pastu aku balik around 3.30pm. Masa aku keluar dari library tu nampak orang graduate pakai jubah dengan topi graduate tu. 


And as usual, fikiran aku terus melayang dan membayangkan oh lima tahun lagi I'm going to be like them, insyaAllah! Pakai jubah, pakai topi grad, pastu ada dengan family aku datang, and then ambik gambar dengan quadrangle tu. Cool and itulah hari yang paling menggembirakan selain dari hari pernikahan. Lol!


Dan aku sedar, dalam tempoh lima tahun mendatang, ianya bukan mudah. Pelbagai onak dan duri yang harus ditempuhi. Tapi kalau kita usaha dan terus tawakal kat Allah, insyaAllah, Dia akan permudahkan jalannya. Yang penting, jangan sesekali berputus asa. Sesungguhnya sikap putus asa itu sangat tak coooool, okey!


Masa jugak berlalu dengan pantas. Sebab masa aku darjah lima, kakak aku yang atas aku form 5 masa tu. And aku fikir, bila lah aku nak jadi macam dia, means that bila lah aku nak habis sekolah. Tup tup dah habis sekolah, dah buat a-level dah pun, syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan.


Itu dia boole library yang berhadapan dengan quadrangle.


Aku sempat duduk kat bench masa otw balik semata mata merakam saat indah ini. HAHA.




So, sahabat sekalian, teruskan perjuangan! Wassalam.

1 comment:

quotes lover said...

salam..
sister, i'm ur super duper junior..
proud to be ur junior..
terjumpe blog wktu blogwalking..
doakn kitorg (taipingian ade about 130++) for spc's interview.. any tips?