Thursday, December 22, 2011

Cemerlang Akademik Tapi Akhlak Tak Cemerlang Tak Best Juga


Assalamualaikum.


Hari ni keluar result PMR. Perhh, mesti happy gila adik adik yang berjaya dapat results yang cemerlang. Yang tak dapat results yang cemerlang, jangan lah berduka lara. Bukan at the end of the world pun. Kena terus usaha dan usaha.


Disebabkan kita kat malaysia ni jenis exam-oriented, bila kita cakap soal cemerlang, benda pertama sekali kita akan nilai adalah pada akademik dia. Kalau results straight A, cemerlang. Tapi adakah semua budak yang score results straight A ni turut cemerlang dalam akhlak mereka?


Parents terlalu mahu dan mahu anak anak mereka dapat results gempak. Tapi selalu terlupa untuk membentuk akhlak anak mereka menjadi gempak juga. Jadi di sini, korang sebagai kaum ibu dan kaum bapa pada masa hadapan, kita kena ubah persepsi tipikal sesetengah ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik dan melupakan pembentukan peribadi berteraskan cara hidup Islam yang sebenar.


(chuuppp, apsal aku rasa macam tengah buat karangan bm ni)


So, bila korang dah ada anak, pastikan kecemerlangan akademik itu seiring dengan kecemerlangan peribadi. Sayang seribu kali sayang, kalau anak anak muda kaya dengan ilmu pengetahuan tapi gaya hidup tak berlandaskan syariat Islam.


Oh esok akan bergerak ke akademi al fateh untuk berpuisi. Macam biasalah, ada banyak program musim sejuk kat uk-eire ni. Ada PUISI, FUIYO, JUMS dan juga PMS. Tapi, PUISI dengan FUIYO sounds more cool. Why?







Because, U and I complete PUISI and FUIYO. Coooolll gila!


InsyaAllah, akan cuba grab sebanyak mana ilmu dalam PUISI. So, itu je kot ceritanya. Oh malam tadi aku mimpi aku balik malaysia ohhh. Dah dua kali dah. Ohh rindu malaysia gila. Plus, sekarang kat negara macam macam isu, so kalau sembang dengan ayah aku pasal hal negara, mesti lagi syok. Huhu.


Sekian lah, wassalam.


No comments: