Thursday, December 22, 2011

Bersenam Dalam Dublin Lagi


Assalamualaikum.


Hari ni aku seret ummu keluar lagi. Saje mengganggu kekhusyukkan beliau melayan drama koriya. Aku mati kutu kot kalau duduk rumah memanjang. So, around 3pm macam tu keluar naik bas pergi grifton street berhampiran dengan trinity college dublin.


Saje je nak jenjalan kat grifton street tu sebab ada banyak lampu aku tengok masa memula sampai dublin hari isnin yang lalu. To be honest, aku sangat teruja tengok lampu banyak banyak. Excited habesss!


Kalau rumah kat malaysia masa celebrate raya, pun pasang lampu lip lap lip lap. Kalau masa raya kita, lampu kita colourful kan. Ada merah, hijau, kuning, biru. Kat sini pulak, lampu dia satu warna je. Kalau lampu kuning, semua kuning. Kalau hijau, semua hijau. Takde la cam kat mesia lampu kuning pastu hijau pastu biru pastu kuning.


Kitorang tak shopping pun. Ye lah save duit lah katakan. So just beriadah petang hari je. Seronok tengok lampu. Seronok tengok orang. Haha. Aduhai banyak gila terserempak dengan kanak kanak yang comel. Comel gila sampai rasa nak sepak cubit muka dorang. Pastu ter-nampak banyak sangat brother kacak. Kat cork tak banyak sangat rasanya. Hehs. Sedikit sebanyak, hati berbunga-bunga sepanjang berjalan jalan di tengah kesibukan pekan dublin.


Tambahan pula sekarang dorang dah nak sambut kerismes, makin ramai lah orang beli barang untuk decorate rumah dorang, beli hadiah untuk bagi korang. Kiranya aku nak korang imagine, pekan dublin tu busy macam jalan TAR time puasa yang ramai gila umat manusia membawa beg beg shopping.


Pic 1: Lampu lampu berkelipan di stephen green mall kot namanya.

Pic 2: Macam kat library je. Ni kat pasar seni versi irish punya. Oh btw, gambar ni ada seorang makcik irish yang offer diri untuk ambik. Thank you makcik.

Pic 3: Ada orang buat persembahan. Cool jugak ah. Kalau kat pekan kl, takde maknanya aku tengok orang buat persembahan tengah tengah crowd.

Pic 4: Ini dia pasar seni di ireland. Hehe. St George Arcade. Siapa penggemar barang barang lama, lukisan ke, tudung pashmina ke, baju tidur thai ke, buku buku lama ke, inilah tempatnya.

Pic 5: Aku kembali ke zaman lama menggunakan time machine doraemon.

Pic 6: As usual, aku suka lampu lip lap.

Pic 7: Jalan jalan.

Pic 8: Ok aku tak faham bahasa gaelic.

Pic 9: Ramainya umat manusia.

Pic 10: Siapa entah buat performance.

Pic 11: Macam pasar malam pun ada.

Pic 12: Aku kembali ke tahun 2011.

Pic 13: Yeay lampu lip lap lagi.

Pic 14: Dalam pasar seni.


So, sila sambil tengok gambar, boleh rujuk caption yang aku letak kat atas ni. Sekian, wassalam.

No comments: