Monday, December 26, 2011

Catatan Dari Buku Nota Semasa Madrasah Al Fatih

Assalamualaikum.


Pssst : Entry panjang gila, agak agak ambik masa dalam masa 20 minit jugak ah. Tak rugi baca lama lama, mana tahu ada benda yang bermanfaat. Hehe. So, tak digalakkan baca entry ni masa mata mengantuk. Selamat membaca.


Alhamdulillah, sampai juga ke bumi Belfast. Destinasi kedua dalam UK yang aku jejak selepas London. Eceh kat London Heathrow yang airport tu je pun. Ahah. So, rasa rugi lah hati ini kalau tak berkongsi sedikit informasi yang aku catat masa PUISI. Harap sangat bermanfaat.


Hati sangat teruja lah bila Ustaz Syaari yakni penulis buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh mula berbicara. Mula mula beliau berkata kata, dah tahu dah, ohhh ustaz ni mesti best penyampaian dia. So, apa yang aku akan tulis actually datang dari ustaz tersebut and jugak dicopy from slides ustaz.



Pertamanya, kitorang pelajar Akademi Al Fateh disedarkan bahawa segala galanya bukan bermula dari sini, tapi dari sini bermula segala galanya. Yang aku faham, harapnya dengan menghadiri program ilmiah sebegini, dapat menjadi pembakar semangat untuk kitorang membawa impak positif yang besar di masa hadapan.


Kitorang jugak diingatkan kembali dengan peratus kejayaan. About 20% datang dari skills dan knowledge dan selebihnya datang dari attitude. Attitude ni adalah perkara yang kita tak boleh belajar dalam kelas. Macam contoh yang ustaz bagi, "okey hari ini kita akan belajar sabar,". Perkara perkara sebegini kita tak diajar, melainkan kita perolehinya melalui pengalaman.


So, dengan attending program sebegini, insyaAllah kita akan lebih mengenali diri sendiri and berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Dengan itu, dengan gabungan skills, knowledge and attitude, insyaAllah kejayaan itu milik kita. :)


Sejarah itu bukan sahaja untuk diketahui, tetapi untuk dirasai. Contohnya, bila belajar sejarah tentang Al Fateh, kita bukan just baca tapi mengkaji sejarah itu jugak. Yang aku faham, kita bukan semata tahu ianya berlaku tahun bila, di mana, siapa, tapi mengapa sesuatu itu berlaku.


Who you are determine how you see. And what you see is what you get. Aku rasa ayat ni agak clear lah. So, kita sendiri tahu kita ni jenis macamana and itu yang akan influence pandangan kita terhadap sesuatu. Okeylah aku buat contoh sendiri.


Seorang pemain game tegar melihat iPad sebagai satu gadget yabg dapat memuaskan nafsu dia yang suka main game. So apa yang dia dapat, ialah main games. Tapi sebagai seorang blogger tegar, dia melihat iPad sebagai gadget yang memudahkan dia mengupdate blog empat lima kali sehari. So, apa yang dia dapat, blog dia sangatlah banyak entry.


Jadi amat pentinglah untuk kenal diri sendiri and tahu apa yang kita sebenarnya yang kita mahu.


Lepas tu ustaz ada share tujuh ciri apa entah. Ciri kepimpinan Al Fateh kot, tak sure.

1. Positive
2. Proactive
3. Clear vision
4. Synergy
5. Out of the box
6. Integrity
7. Tawakal


Lepas tu kitorang ada main satu game. Faci letak sepit beraneka warna dekat tudung kitorang and then kitorang kena sepantas mungkin untuk groupkan diri kitorang base on colour of the sepit. Untuk percubaan pertama, tak diberi peluang untuk bincang, but for the second time, kitorang boleh bincang. Motif second time boleh bincang, so that kita ni menghargai idea dan kepentingan membuat strategi.


Akhir sekali, be part of the solution. and not part of the problems. Erm so fikir fikir kan lah apakah fungsi kita, pembawa masalah, menyusahkan orang atau memudahkan orang lain.


Hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal Al Musnad berbunyi,

"Konstantinopel akan dimiliki tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja. Tenteranya adalah sebaik-baik tentera."


Masa hari kedua ni, kitorang dicetuskan dengan persoalan, mengapa Sultan Muhammad dipanggil Al Fateh. Al Fateh ni maksudnya pembuka. So, pembuka? Kenapa pembuka? Kenapa bukan penakluk ke apa ke?


Pertamanya, perkataan 'pembuka' ini lebih lunak. Macam 'penakluk' mungkin bunyinya macam kasar sikit kot. Dua puluh lapan tahun selepas PEMBUKAAN Konstantinopel, Al Fateh memBUKA dua buah empayar besar, memBUKA dua ratus buah bandar besar, memBUKA sempadan kerajaan Uthmaniyaah sehingga 231400 kilometer persegi which tiga kali ganda saiz Turki sekarang.


So, rasanya korang boleh nampak kot ke-relevan-an penggunaan gekaran Sultan Muhammad Al Fateh itu.


Strategi utama Al Fateh ini untuk menawan Konstantinopel adalah untuk mencipta gelombang ketakutan yang bertali arus supaya penyerahan kota dapat dibuat secara aman. So dapat kurangkan pertumpahan darah yang lebih ramai dan tempoh peperangan dapat dipendekkan. Macam dalam hal ini, Al Fateh menawan dalam tempoh 53 hari je, tapi persediaan untuk menakutkan Maharaja Konstantinopel mesti lah lagi lama.


Pastu tentera Janissari Al Fateh ni terdiri daripada seorang anak dari each family dah mereka ni dilatih jadi macam komander, jadi macam berani mati lah kiranya. So, kat sini, aku macam terfikir jugaklah macamana perasaan si emak or si ibu, sanggup izinkan anak diorang untuk dilatih jadi tentera and then mesti tak jarang jumpa. Betapa tabahnya hati seorang ibu merelakan anak dia berjuang di medan jihad. Dan pastinya berkat doa ibu ibu kepada anak anak mereka ini jugalah yang menyebabkan anak anak mereka yang jadi tentera yang hebat.


Oh next pasal gelombang batalion tentera Al Fateh. Ada empat batalion. So macam ombak jugak ah kot. First batalion involved rakyat biasa. Perh bayangkan korang rakyat biasa, yang cuma ada asas peperangan yang sangat asas kena berperang, mesti cuak gila kot. Tapi disebabkan motivasi yang diberikan Al Fateh, mereka tetap pergi berjuang untuk merebut mati syahid.


Second batalion pun involve rakyat biasa. Third batalion aku kurang pasti, mungkin yang terror sikit tapi this time lebih ramai. The forth batalion, yang ni memang tentera Janissari yang terbaik gila lah untuk serangan terakhir. Lupa nak inform, tentera Al Fateh semuanya 150000 and tentera Byzantine di Konstantinopel ada 30000.


So kan Al Fateh hantar empat batalion, which means orang yang berbeza beza dihantar dalam setiap batalion, and of course tenaga mereka lebih kuat compare dengan tentera Byzantine yang sama yang kena berlawan dengan empat batalion berturut turut. Of course lah tentera Byzantine ni penat gila. So, ini adalah strategi terbaik jugaklah maksudnya Al Fateh make sure every serangan, adalah serangan berkualiti.


Kesannya bila tentera Byzantine ni dah penat, mereka memberontak dengan Maharaja Konstantinopel untuk menyerahkan Konstantinopel dengan aman kepada Al Fateh.


Okey, aku nak membawa kembali soal memBUKA. Tiga puluh tahun pemerintahan, Al Fateh memBUKA era baru sistem pentadbiran dan pengurusan negara paling sistematik. PemBUKAan Konstantinopel juga telah membuatkan orang Eropah memBUKA mata mereka sendiri di mana sebelum ini mereka dikongkong oleh paderi ortodoks yang menolak teknologi. So since that orang Eropah mula menguasai teknologi dimana tak silap aku bermula lah zaman Renaissance.


And then kitorang juga diingatkan untuk menggunakan senjata Yahudi yang bertujuan untuk melalaikan kita dari suruhan Allah kepada senjata yang mampu mengalahkan mereka. Contohnya macam facebook. Share lah benda yang bermanfaat. Update lah status yang bermanfaat. Err maaf lah kalau ada terupdate status yang kurang bermanfaat ya. Hee. Macam tv, serius lah tv sekarang banyak cerita yang tak bermanfaat. So tolonglah cari rancangan yang mampu membina bina, mencelikkan minda dan jiwa bak kata Prof Muhaya. (dah lama tak dengar ceramah ikon feveret aku ni)


Oh lupa pulak nak tekankan pasal SQ yakni spiritual quotient and IQ yakni intelligent quotient. Dalam proses nak menakluk Konstantinopel, sudah tentunya Al Fateh perlukan IQ. Antara ilmu yang dipelajari beliau, ilmu sains ketenteraan. Jadi pentinglah IQ ni, kalau tak macamana nak plan strategi untuk menang kan? Dan IQ sahaja tak mencukupi. Pada 20 April tahun 1453 kalau tak silap, tentera armada Al Fateh pimpinan Baltaouglu Pasha diarahkan oleh Al Fateh menenggelamkan kapal kapal tentera Byzantine tapi mereka tak berjaya sebab kapal Byzantine besar gila.


So, at this time memang tentera dan Al Fateh sendiri memang down gila. Kalau aku pun down, masa tu mungkin pikior ohh takde harapan dah ni. Tapi, guru spiritual Al Fateh yakni Syekh Aq Syamsudin ni dia bagi kata kata semangat semula dekat Al Fateh. Beliau berpesan lebih kurang macam ni lah kot bunyinya, di sebalik kekalahan ini, Allah akan memberikan kemenangan besar. Jadi mendengarkan kata guru spiritual beliau, Al Fateh pun bersemangat semula nak tawan Konstantinopel.


Aku tertarik dengan sepotong ayat yang diungkapkan ustaz, "jangan bicara soal kemenangan, kalau tak mengkaji musuh,". So dari kaca mata seorang pelajar, jangan berangan nak dapat first class honours, kalau belajar pun liat, sebab dengan belajar and ulangkaji pelajaran barulah dapat membantu seseorang pelajar itu di medan peperiksaan.


(masa googling, jumpa link ni pasal kronologi penawanan konstantinopel http://catalogturkey.com/1453-conquest-of-constantinople.html)


Next, kitorang belajar pasal err kenapa susah benor nak tawan Konstantinopel. Ada tiga sebab utama. Pertama, kekebalan tembok darat Konstantinopel. Kat situ ada dua tembok, tembok dekat dengan laut and tembok dekat darat. Yang mudah kat tembok kat laut lah, tapi kat darat ni agak payah sebab sistem tembok dia ni adalah triple wakk system. Pastu dengan ada menara kawalan setinggi 60meter pastu tembok ni memang sentiasa ada jaga dua puluh empat jam, kalau tak salah, ada empat ratus batalion kot jaga.


Kedua, sistem pertahanan laut yang kebal. Sebab dekat jalan masuk ke Golden Horn ( err sila lah google pleasee ) ada rantai besi yang sebesar pemeluk. Maharaja Konstantinopel ni yang suruh engineer Byzantine untuk buat rantai. So what pasal rantai ni? Rantai ni sangat sangat lah besar, and kalau kapal langgar rantai ni, memang rosaklah kapal tersebut. So, susah ah tentera Al Fateh nak masuk and menawan Konstantinopel.


Ketiga, Konstantinopel ni dia dapat bantuan dari sekutu kristian yang lain. Yang ni err aku takde elaboration sangat. Paham kan? Hee.


Oh lagi satu cerita menarik, ayah Al Fateh ni yakni Sultan Murad dia tampal peta Konstantinopel so that Al Fateh boleh nampak hari hari and memang sejak kecik lagi ayah dia pesan bahawa Al Fateh, kau lah yang akan menawan Konstantinopel. Kat sini kita boleh kaitkan betapa pentingnya elemen vision. Al Fateh nampak vision dia hari hari. So, kita pun sama lah kena jelas and visualise visi and misi kita. Ohh balik cork nanti, kena lukis lukis visi and tampal kat katil so that everytime before tidur, kita akan tahu keesokkannya kita kena buat sesuatu untuk capai misi and visi kita itu.


Okey nak selitkan juga cerita pasal angsa. Sedikit fakta pasal angsa. Angsa ni boeh terbang selaju 80 hingga 100 kilometer sejam and boleh terbang 70jam tanpa henti dan boleh terbang ketinggian sepuluh kilometer and boleh buat formasi yang SISTEMATIK bila terbang berkumpulan. Bayangkan, angsa yang tak dikurniakan akal itu, boleh buat formasi yang sistematik, kita ni manusia yang Allah kurniakan akal ni, patutnya bila buat sesuatu pekerjaan kena lah lagi sistematik.


Sistematik ni sangat penting lah aku rasa especially kalau dilihat dari segi aspek pengurusan masa. Kena spend masa untuk ke kelas, untuk ulangkaji pelajaran, untuk memasak, untuk kerja kerja mengemas dan tak dilupakan masa untuk membina diri menjadi pejuang agama Allah.


Okeyh tadi dah sebut pasal IQ, pasal SQ, sekarang pasal EQ yakni emotional quotient. EQ ni boleh direlatekan lah dengan semangat. Al Fateh ni, salah satu cara beliau nak naikkan semangat tentera dia, Al Fateh buat satu kumpulan gendang yang memang khas untuk naikkan semangat tentera Al Fateh and takutkan tentera Byzantine. Kalau korang pernah bukak trailer Al Fateh kat youtube, haha, memang lagu dia memang bila dengar tu, meremang ah bulu and dalam hati ni, Memang dapat rasa lah semangat juang tu. Tapi tak tahu lah pulak muzik gendang masa tu macamana irama dia.


Berbalik soal EQ, kalau kita pandai guna emosi dengan cara yang betul, maka ianya akan menjadi pendorong untuk kita achieve something. Jadi, kita ni as a student, tak kisah lah course apa apa pun, memang kena sentiasa terapkan semangat membara untuk berjaya dalam pelajaran dan sebagai daie kena ada jugaklah semangat membara untuk contribute sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Semangat yang membara inilah yang akan menjauhkan kita dari jadi lembik, malas dan tak bermaya. Jadi haruslah ada kecerdasan emosi yang positif.


And then ustaz ada tunjuk satu video yang actually nak mengketengahkan isu "it is easy to miss something you are not looking for and you only get things that you are focus to,". Err aku rasa ayat tu clear kot cuma nak cakap, kalau nak achieve something kena fokus. Macamana nak kekal fokus, kenalah gabungkan kecerdasan spiritual, intelligence dan juga emosi. Gabungan mantop ini bersama kecerdasan fizikal, insyaAllah akan membawa kejayaan.


Next pasal back up plan Al Fateh. Al Fateh dan tenteranya membina Rumeli Hissari, untuk menghalang kemaraan tentera and kapal kapal dari negara lain yang cuba membantu Maharaja Konstantinopel. Actually before tu, Al Fateh dah buat perjanjian persahabatan la dengan negara berhampiran supaya tidak membantu Konstantinopel. So, itu back up plan kalau kalau negara negara berdekatan mungkir janji. Bijak tak bijak si Al Fateh ini.


Pembinaan Rumeli Hissari ni, tujuan lainnya untuk provoke Konstantinopel. So, Maharaja pun kecut perut melihatkan semangat Al Fateh yang berkobar kobar nak tawan Konstantinopel. Pastu dengan tentera Byzantine pun barangkali stress. Penduduk Konstantinopel pulak tak puas hati dengan maharaja mereka sebab isytiharkan katholik sebagai agama rasmi Konstantinopel padahal sebelumnya agama Kristian jadi agama rasmi. Macamana boleh jadi camtu? Sebab Maharaja Konstantinopel mintak tolong dari Maharaja Pope apabenda entah tak ingat, untuk bagi bantuan kat tentera dia untuk menentang tentera Al Fateh. Tapi tu lah, Maharaja Pope bagi syarat katholik kena jadi agama rasmi di konstantinopel.


So, boleh kata provokasi Al Fateh sangat menjadi dan menghuru-harakan emosi penduduk, tentera dan mahajara Konstantinopel itu sendiri. Bila jiwa tak kuat, mudah lah untuk lemah. Bila rakyat memberontak, and then tentera penat pastu merungut pulak, Maharaja Konstantinopel pun jiwa kacau, indirectly mendorong Maharaja untuk menyerahkan Konstantinopel dengan aman kepada Al Fateh.


Selain tu, Al Fateh turut masukkan nilai nilai kejutan seperti unexepected technology seperti meriam yang dibina Urban, seorang engineer Hungary yang terpenjara dalam Byzantine. Kenapa dia dipenjara tu aku tak tahu, tapi apa yang menariknya, tentera Al Fateh ni menggali jalan bawah tanah and direct ke penjara Urban dan ambik dia dan mengupah dia untuk bina meriam yang sangat lah besar. Perh mantap gila pasukan risikan Al Fateh sampai boleh tahu lokasi penjara Urban.


So, what is the big deal about meriam Urban ni? Untuk pecahkan kubu or tembok tebal Konstantinopel tu lah. Ada satu dokumentari pasal meriam Urban ni, meriam ni tembakannya tak tepat tapi impaknya kepada psikologi sangat sangat besar. Bayangkan lah korang sedang mendengar bunyi tembakan meriam, apa yang akan korang rasa kalau korang menjadi tentera Byzantine or penduduk Byzantine itu sendiri? Mesti cuak, mesti rasa ahh cam nak kalah je ni.


Jadinya, menimbulkan ketakutan kepada musuh itu lebih penting dari kecanggihan teknologi. Dan sebenarnya Al Fateh bukan semata buat persiapan nak berperang, tapi persiapan menakutkan Maharaja Konstantinopel. Kenapa menakutkan? Sebab nak maharaja serah Konstantinopel tanpa perlu melibatkan pertumpahan darah yang banyak.


And then untuk dapatkan Konstantinopel ni, kena serang dari semua sudut. Tadi dah mention pasal peristiwa 20 April di mana, tentera Al Fateh kalah dengan tentera Byzantine sebab masa tu Maharaja Pope bagi bantuan kepada tentera Byzantine. Pastu Al Fateh down but semangatnya naik semula oleh guru spiritualnya. And what happen next menunjukkan nilai thinking out of the box, mempelbagaikan peluang meskipun kadang kita rasa ianya mustahil.


Kan kapal tak boleh masuk ke Golden Horn sebab yang ada rantai besar gila tu, so apa Al Fateh buat, beliau and tenteranya mengalihkan dan menarik kapal menerusi jalan daratan untuk sampai ke Golden Horn dalam tempoh satu malam. Tujuh puluh bijik kapal kot. Power gila lah tentera Al Fateh. Masa tengok video yang menggambarkan tentera Al Fateh potong kayu balak untuk buat landasan, letak minyak haiwan kat atas trek itu and the sama sama tarik kapal, ya Allah hebat gila diorang. Sangat awesome semangat mereka. Kagum habisss!


Kagum tu memang kagum, tapi kalau kita lihat dari aspek lain, pemindahan kapal menerusi jalan darat ini bukan sekadar melibatkan tenaga fizikal, tapi turut membabitkan ilmu geografi, ilmu sains, ilmu hisab dari segi timing. Jadi, penting lah ada ilmu sebelum kita nak buat sesuatu.


Lagi satu benda yang best adalah pasal kepercayaan karut penduduk Konstantinopel. Mereka percaya selagi ada bulan, selagi tu mereka tak akan kalah. So, Al Fateh gunakan kepercayaan ortodoks mereka ini dengan menyerang Konstantinopel semasa gerhana bulan separa ke tak separa tak ingat, tapi masa tersebut, memang bulan tak kelihatan and hence penduduk konstantinopel ni pun memang semakin lemah lah semangat mereka sebab mereka percaya yang mereka takkan menang.


And then pada 28 Mei 1453 kalau tak silap, adalah hari gerhana bulan tu. Tentera Al Fateh diingatkan bahwa diorang takkan tidur dah kat khemah tempat diorang tidur before tu. Kali ini mereka sama ada akan tinggal di Konstantinopel maknanya menang ataupun mati syahid.


And then serang serang serang, Maharaja Konstantinopel give up and berjayalah Al Fateh menawan kota Konstantinopel. So, dengan excitednya, Al Fateh berjumpa dengan gurunya Syekh Aq Syamsudin bagutahu dia berjaya dapatkan Konstantinopel. Apa reaksi gurunya? Syekh Aq Syamsudin tak bangun pun dari duduknya masa Al Fateh datang bawa berita gembira. Al Fateh agak berkecil hati jugak lah, aku pun walaupun tak terlibat, kecik hati jugak orang tak bagi respon yang kita expect bila bawak great news.


Tapi apa yang Syekh Al Fateh cakap, “Walaupun pada hari ini engkau telah mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah, engkau akan dipuji sepanjang sejarah, namun biarlah aku satu-satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau bahawa engkau hanyalah hamba Allah S.W.T.”.


Fuhhhh. Apakah perasaan anda? Sangat bermakna kata kata guru spiritual Al Fateh ini. Sebab kadang bila Allah bagi apa yang kita mahu, kita terleka dengan kejayaan itu and then semakin jauh dari landasan agama. Jadi, Syekh Aq Syamsudin ni sudah pasti lah dia taknak Al Fateh terleka and even Al Fateh dah berjaya menawak Konstantinopel, beliau tetap mahu sentiasa memberi peringatan kepada Al Fateh.


Lastly, ustaz Syaari pesan agar kita hafal sepuluh ayat pertama surah Kahfi and faham maksud agar kita terpelihara dari fitnah dajjal.


Refleksi : Overall PUISI sangat mantap dari segi pengisiannya. Segmen LDK terutamanya LDK Dakwah seharusnya membuka mata bahawa dakwah itu adalah satu keperluan and untuk menyampaikan dakwah dengan berkesan bukan juga kerja mudah. Terasa banyak perkara yang harus dipelajari dan moga moga Allah mempermudahkan jalan untuk menjadi doktor muslim yang mukmin yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam suatu hari nanti, insyaAllah. :) moga semangat Al Fateh sebaik baik raja dan tenteranya sebaik baik tentera terus tersemat di dada.


Sekian, andai ada fakta or elaborasi yang tersalah, maafkan, dan bagitahu part part yang kurang tepat agar dapat ditepatkan. Moga bermanfaat. Sekian, wassalam.

1 comment:

Rijal82 said...

Terima kasih Norain, sungguh menyeluruh laporan yang diberikan, sungguh saya hargai feedback yang telah diberikan. Semoga Allah merahmati kehidupan kita dan menjadikannya lebih baik selepas program.