Thursday, November 17, 2011

Tak Perlu Lah Bercakap Dengan Bulan

Assalamualaikum.


Aku taknak study malam ni. Aku nak blogging. Hari ni aku rasa macam tak best. Sebab masa kelas clinical practise, aku macam blur most of the time. Orang lain lagi banyak cakap, and aku rasa inferior. Inferior gila. So, terbawak-bawak laa mood yang tak best tu sampai ke petang. Pastu mood nervous pulak, sebab hari ni turn aku pulak nak bercerita pasal salah seorang sahabat Rasullullah s.a.w yakni Anas bin Malik. Aku refer kat internet je. Itupun last minute gila. And of course itu affect emosi aku jugak.


Hormonal imbalance mungkin.


Brookfield Health And Sciences Complex


And elok pulak petang tadi ada quranic circle. So, ermmm cerita je lah pasal apa yang aku tahu pasal Anas bin Malik. Korang boleh google sendiri lah. Sebab aku pun search info about Anas bin Malik guna google. Cuma aku nak quote satu ayat sweet dari Anas. Anas ni dia tinggal dengan Rasulullah sejak umur dia 10 tahun sampai lah umur dia 20 something, Rasulullah wafat. So, roughly about 10 years lah jugak dia tinggal dengan Nabi and jadi pembantu Nabi.

Kata Anas bin Malik,
 Aku berharap dapat berjumpa dengan Rasulullah pada hari kiamat sehingga aku dapat berkata kepada baginda, "Ya Rasullulah, inilah pembantu kecilmu, Unais(nama panggilan yang diberikan oleh Rasullullah kepada Anas yang bererti anas yang kecil)".


Aku rasa ayat tu sangat sweet sebab Anas bin Malik ni sangatlah cinta and sayang and kasih dekat Rasulullah. Adakah kita ni macam Anas bin Malik? Adakah kita ni cinta dekat Rasulullah macamana Rasullullah sayang pada umat dia?


Down. Tetiba aku teringat cerita Law Kana Bainana yang maksud dia kalau aku tak silap ialah sekiranya Rasullullah masih bersama kita sekarang. Apa agaknya Rasullullah rasa kalau tengok umat dia sekarang ni? Kalau tengok remaja Malaysia  dengan hiburan melampau lampau.


Sometimes aku rasa sedih dengan muslim kat malaysia sendiri. And kadang aku rasa sedih dengan diri sendiri. 20 tahun jadi muslim, tapi kalau orang tanya pasal islam kat aku, mesti gagap. And yeah, aku teringin nak jadi macam akak usrah aku, yang tahu banyak pasal ilmu agama, ada basic arab sikit-sikit and boleh share the knowledge dekat orang. Akak usrah aku dalam final year med. And aku imagine could i do the same as she did now bila aku dah masuk final year?





Amal sangat tak banyak. Ibadah pun, yang wajib je buat. Aku ada tengok ceramah, ustaz azhar idrus kot, aku lupa and tak sure, ibadah kita mungkin sah, tapi pahala. Sama ada Allah nak bagi ke tak, itu hak Allah. Ermm kadang terfikir jugak, berapa banyak je la pahala aku kat dunia ni? Cukup ke bekalan aku ni? Tapi takyah putus harap lah, ikhlaskan diri buat semua benda kerana Allah, moga Allah memberkati kita. Itulah sebaiknya.


And ada lagi satu ayat yang dipendapatkan sebagai ayat Quran terakhir diturunkan, yakni surah al-Maidah ayat 3. Okey kalau ini salah, sila ambil point dari ayat surah ni.


"Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meridhai Islam menjadi agama bagi kalian (QS al-Maidah [5]: 3)."


Aku letak sekali lah engish version,


"This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion."


Masa tu, ada sahabat yang gembira sebab Islam macam dah complete, buat ada jugak sahabat Rasulullah yang macam sedih yang macam dapat rasa macam bila Quran dah lengkap, Rasulullah lepas tu takde apa nak disampaikan. And tak lama dari peristiwa itu, Rasulullah wafat. Sedihnyaaa.


And overall, QC hari ni macam ada soothing effect lah. Sebab emosi aku memang kurang stabil. So, rasa happy sikit.


Cerita sampingan.





Kawan Aku : Cuba lah kau jadi single and not available.
Aku : Eh memang la aku single. dan aku memang tak available pun sampai aku grad. seminggu after aku grad, kan aku kawen. sekian.
Kawan Aku : Maksud aku, singlekan fikiran kau tu. Kalau betul2 single, kau takkan stalk profile dia. Fikiran kau tak single.
Aku : Susah sebenarnya nak singlekan pemikiran aku sebab bla bla bla. But, im trying hard to not think about bp.




Untuk melupakan orang yang pada pendapat emosi kau signifikan pada kau, sangat payah. Tambah pulak ada orang sekitar kau yang cara cakap macam dia. Everytime kau dengar dia cakap, kau akan ter-ingat orang yang kau rasa signifikan itu.


Belajar melupakan orang lagi payah dari belajar anatomy. Tapi aku akan cuba. Sebab like what ma fren said, takkan nak fikir 365x5 kot. Crazy gila. Usaha and doa. Usaha untuk tak fikir sangat. Usaha untuk ignore. Dan doa je lah Allah give me strength untuk tak ambil kisah sangat benda benda melibatkan emosi ni. Duhhh.


Life's get harder and i hope i get tougher. That's all.


"Talking to the moon, tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon"


Ya, sometime aku rasa macam foolish gila pun ada. Dah la pergi belajar mencintai Allah and Rasulullah. Itu yang lagi utama. Sekian, wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

sabar eh toya.. btw, belajar anatomy lg senang dr nk melupakan org ;p ganbatte kudasai~!

Ateey said...

hhahahha..awww bangga nyee kau letak dalam blog bende tuu..

HAHAHA.

anyway ain...erm..yup bende tu mmg susah nak buat...tapi kalau kau tak cube..sampai bile2 pon kau akan still berada kat tahap tu...

tapi kalau kau wat something...at least ade improvement..and u getting better.

hihi..take it slowly..jangan laa pakse sgt2.lame2 blaja anat and physiology sume tu lpe laa ko nnt..

its not really that hard..=p=p

Amierah Nabillah said...

hi ain :)

kalau kita baca blog awak kan, mesti kita baca sampai habis postnya.

dalam banyak2 post, kita paling tertarik dengan yang ni.

ain mesti tahu, kita memang nampak gila2 semua, tapi jauh dalam sudut hati kita, kita sangat sayang pada Islam. kita pernah couple & break up and it was hard to be single. kadang2 sekarang pun, hati ada teringin nak ada someone, but then, kita nak jugak pelihara diri kita daripada fitnah couple ni (kita pun harap sangat kita boleh kuatkan diri). whatever feelings that you have in there for someone, i believe it's best if you preserve it. ikut pandangan kita sendiri, kita sangat respect orang yang pelihara diri mereka dengan baik. ada perasaan terhadap someone tu tak berdosa, sebab itu fitrah manusia, cuma kita kena pandai kawal sebab belum sampai masanya lagi kan :)

seriously, kita realise, tak sama kalau kita cinta manusia biasa dengan kita mencintai Allah & Rasul kita. Cinta terhadap manusia biasa ni, anytime it can fade (tak menyentuh family). Tapi kalau kita cinta pada agama kita (even Rasulullah s.a.w. dah wafat), it will last forever. And by loving our religion, someday, insyaAllah, we'll have a great possibility to meet a nice decent manusia for us :)

kita harap kita semua akan kuat iman untuk tempuh semua ni :)

Norain Ishak said...

toya, apahal?haha.

atiqah, thanks to the millionn.

bella, thanks for ur sharing too. harapnya la kita semua kuat.