Tuesday, November 22, 2011

Seperti Selepas Malam Datangnya Siang

Assalamualaikum.


Hari ni before aku nak pergi study autonomous nervous system, nak menulis kat blog kejap lah. Err hari ni aku nak tulis banyak cerita flashback lah. Kat facebook, aku tengok lah status senior final med aku kata pasal goodluck long case examination.


LONG CASE EXAMINATION?


Baca status tu pun dah macam scary. Buat exam tu lagi scary lah kot. Sebab ianya bukan exam yang bukan test knowledge semata, tapi uji daya diagnostik. Memang genius habis lah senior yang dah grad! Kalau nak compare dengan MCQ budak first year buat masa exam, apalah sangat kot.


Tapi tu lah, baru nak masuk tiga bulan jadik student medik, aku rasa macam, banyaknya benda nak kena tahu, banyaknya skill yang nak kena develop. Boleh bawak ke ni? Senang fikir, kalau seniors boleh, insyaAllah, aku pun boleh.


Standard lah kot kalau rasa susah, kan?


Zaman upsr, okey lagi kot. Takde lah rasa wawawawa susahnya upsr!


Dah masuk sekolah menengah, baru lah rasa macam cabaran sikit. Sebab masa sekolah rendah belajar sains and math dalam bahasa melayu. Bila masuk form 1, ambik jadi budak tabung uji, kena belajar sains and math in english. Maths okey lagi kot. Tapi sains aku memang tak boleh blah. Aku ingat lagi kot markah aku waktu the very first ujian sains, 65%. Bapak inferior duh aku tengok budak cina keliling dapat markah 80 lebih!





And aku rasa sangat stupid. Camna nak dapat A for science ni entah dengan aku tak faham apa yang cikgu bebel kat depan. Tapi sebab berada dalam kelompok melayu yang minoriti kat sekolah aku tu, semacam ada semangat untuk tunjuk, hoi melayu pun pandai sains lah. And dapat jugakla A itu.


Fasa paling mencabar, zaman form 4 kat mrsm taiping. Time ni konflik homesick dengan aku yang lembab gak dalam add maths. Tension gila tak dapat jawab soalan addmaths. Macam loser gila. Form 4 add maths aku memang horrooorrrrrr! Masuk form 5, baru score sebab cikgu best. Lalalalala. Tak boleh blah lagi, subject chemistry, biology and physics. Memang kadang tu terfikir, ya Allah macam mana lah nak score A semua subject ni?


Tapi boleh je, dengan izin Allah jugak.


Masuk ky, semua benda rasa susah, tapi lepas jugak, dengan izin Allah.


And sekarang ni dalam lagi satu fasa sebagai pelajar perubatan, and aku sedang fikir, boleh ke nak grad dengan jayanya ni? Ini adalah fasa paling susah yang pernah aku rasa. But, aku tahu, fasa alam pekerjaan lagi lah susah tambah lagi fasa nak bagi komitmen untuk keluarga and kerja.


Jadi?


Anggap je lah, yang sebenarnya sesusah mana pun fasa kehidupan kita ni, sebenarnya kita boleh je lalui dengan aman damai. Anggap je lah fasa ini mudah.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)


To my very sengal friend, Yasmin Yahaya :

Jangan stress sangat dengan life sebagai seorang pelajar kimia di ukm sana. Just bear in mind, di sebalik kesusahan, ada kesenangan yang mendatang. Kalau kau sabar banyak-banyak, insyaAllah dapat pahala di sebalik kesabaran kau tu. Kalau kau ikhlaskan hati buat ko-q supaya dapat benefits orang sekeliling, dapat pahala jugak tu. So, takyah stress sangat lah sis! Bosan-bosan, skype la dengan aku.


Lagu untuk Yasmin Yahaya dan pembaca yang randomly terbaca entry tak seberapa aku ni.



"Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan"


Kesimpulan, enjoy. Enjoy kan hidupmu dengan aktiviti tambah ilmu and tambah amal. Bukannya enjoy online lama-lama lagha. (sedang terasa)


Alright, harap ada lah yang bermanfaat. Sekian, wassalam.

4 comments:

K-RuN said...

Salam..
all the best..
insyaallah, dah masuk medical line ni dah satu anugerah Allah bagi kat kita..
usaha kena lagi gigih daripada biasa..
byk2kan doa.
Selebihnya serah pada Allah.

minye said...

ho yeah! thanks ain.. haha.. aku pon x taw la kenapa aku stress giler. aku x bole nak cope dgn semua mende skrg. menanggung ke'stress'an mmg menyeksakan. tapi itula hidup. mane ade yg xde masalah.
I know.
and i always do. be ur sengal friend.. =D

Norain Ishak said...

min, yeah.forever sengal.

Norain Ishak said...

k-run, komen masuk spam.so lambat reply.insyaAllah, akan digunakan peluang ini sebaiknya.