Saturday, November 19, 2011

Sebuah Lagi Entry Homesick

Assalamualaikum.


[Tak semua yang kau rancang akan berlaku]




Sabtu yang cool. Study pun takde lah tergesa-gesa tengok masa masa minggu exam two weeks ago. Results insyaAllah keluar minggu ni sebelum Jumaat. Sebab Jumaat tu adalah hari feedback session. Tawakal sudah. Percaya je lah mesti ada hikmah results. Kalau fikir macam tu, kita tak perlu lah nak rasa cuak baba ke apa.


[Mungkin nasib tak menyebelahi aku]





Hari ni aku homesick. Aku call mak aku and mak aku cerita lah ada match bola hari ni Malaysia lawan Mnyammar. And aku terus bayangkan suasana rumah. Kalau kat rumah, mesti aku dah join sekali dengan ayah aku tengok bola sambil dengar ayah aku kritik pemain ni tak cekap laa, pemain tu leka lah apa benda lah. Tak kisahlah, aku cuma nak cakap aku rindu nak tengok tv dengan mak ayah aku.


[Entah mengapa engkau yang aku cinta]






Ayah aku mesti duduk betul betul kat kerusi depan tv dengan t-shirt and kain pelekat. Hehe. Kalau masa masa lain, aku yang conquer tempat tu tengok drama lagha. Mak aku just duduk jauh sambil baca paper or takpun dah terlelap dah. Aku pulak landing kat atas karpet. Bila tengok scene scene nak goal, kaki kaki aku sekali menyepak nyepak macam aku pulak yang nak gi attack gawang gol. Rindu habis. Kat sini memang laa boleh tengok bola live streaming kat internet. Tapi tak sama macam tengok bola dengan family.


[Mungkin lebih baik kau ku lepas saja]









And at the end of conversation dengan mak aku, aku pun nangis. Anak bongsu kot. Standard lah tu nak feeling lebih lebih. Erm hari ni jugak aku rasa fb macam bosan. Bosan sebab aku tak visit dinding yang aku selalu visit. Dah tu sekarang lepak kat twitter dengan youtube. Tak boleh blah lah hari ni revise pasal cardiac cycle guna youtube. Lecturer you tube tu best jugak cara mengajar dia.


[Ini tidak adil tidak adil baginya]


Kat sini, lecturer datang, diri dekat the same spot, pastu mengajar statik je kat tempat dia macam bagi ceramah politik. Semangat mengajar tu memang aku puji lah, tapi rasa macam tak best lah. Kadang datang lecture sekadar datang je. Balik baca sendiri baru faham apalah motif yang cuba disampaikan lecturer. Tapi kalau tak paham pun apa lecturer cakap, jangan ponteng kelas okey. Budak dabelin, dengar tu!


[Ini tidak adil tidak adil bagiku]


Poster tampal kat bilik masa kat ky. Nak sangat pergi ireland kan? Dah sampai dah pun, hargailah setiap detik Allah bagi nikmat rasa duduk kat tempat orang.



Okeylah, terima kasih membaca entry homesick hari ni. Sekian, wassalam.


ps:[liriklaguyunapenakut]

3 comments:

Norain Ishak said...

ummu, itu lirik lagu la.aku malasnak letak playlist.

AreHadi82 said...

ko ni suka kan nak nangis2...wehehhe..mak mai umah aku ari rabu ni..sila freekan diri anda..

Norain Ishak said...

angah, ok.