Thursday, November 24, 2011

Mak Salleh & Setahun Kekaguman


Assalamualaikum.


Another entry not-so-berpekdah.


Itu lah dia pokok pokok yang semakin galak membotak.


Aku mengantuk tapi aku nak update jugak. Erm sekarang cuaca makin sejuk. Dulu nak sangat sejuk, dah sejuk, taknak sejuk pulak. Rindu weather malaysia oh. Lebih lebih weather panas jelebu. Kalau korang dapat A dalam geografi masa pmr, mesti ingat jelebu adalah kawasan paling kurang menerima hujan. And sebab itu jelebu panas and hot.


Dalam sejuk sejuk ni, aku tak paham kenapa ada sesetengah mak salleh, yang baju atas dah pakai baju sejuk, tapi kaki pakai legging nipis gila jarang tu. Motif? Tak sejuk ke kaki.  Aku pakai jeans ni pun haaa haiii sejuk gila. Ni yang tak pakai seluar betul betul ni, tak sejuk ke? Tebal benor lemak kakinya?


Kerja basuh membasuh baju by mesin basuh.



Dalam hujan hujan pulak, ada sesetengah mak salleh tutup kepala dengan selendang ke apa entah nama benda alah itu. Elok je cara penutupan rambut dia, tutup leher tutup dada. Cun gila! Dia pun pandai pakai penutup kepala elok elok, kita? Ayuhlah review balik cara kita menutup aurat itu.


Lagi, ermm. Hari ni aku suka ayat relationship status shikin, which is single but heart taken, tapi aku nak sambung la, single but heart taken by somebody i don't own. Eh cup betul ke ayat english aku ni, maklumlah ielts band 7 je.


Jambatan yang aku gayat nak bergambar zaman mula mula sampai cork. Sekarang tak heran pun.


Okey lah. Hari ni masuk setahun sudah kekaguman aku. Tak sangka lama jugak aku berasa kagum, sebab zaman zaman tak mature dulu, kekaguman aku silih berganti. Harap kekaguman ini lama. Haraplah. Allah je yang tentukan. Sekian, wassalam.

2 comments:

Amie. said...

single but heart taken by somebody i don't own.

haha, suka !

Norain Ishak said...

amie, =D