Thursday, November 3, 2011

Kabus Tak Berpanjangan

Assalamualaikum.


Kesenangan yang datang tak akan selamanya. Begitulah selepas susah ada kesenangan seperti selepas malam datangnya siang. Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.


Gunakan kesempatan untuk kebaikan sebelum segalanya terlepas dari genggaman. Kelak menyesal nanti tak berkesudahan. Apa guna sesalan hanya menekan jiwa.


Jangan difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan. Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.


Ujian adalah tarbiyah dari Allah. Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya? Kesenangan yang datang selepas kesusahan, semuanya adalah nikmat dari tuhan.








Senilagu : Nazrey Johani Senikata : Nazrey Johani Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.


Oh aku fall in love dengan lagu ni. Macam pengubat jiwa pulak rasanya. Sebab hari kelmarin aku bising bising kat blog ni macam orang insane, or macam orang stress gila. But sekarang sudah okey.


Walaupun macam banyak lagi je nak kena hafal, tapi rasa macam Allah give me something iaitu ke-cool-an jiwa. Ala macam lapang dada lah rasanya. Hopefully nikmat itu sentiasa ada sementara aku dalam proses mengkhatamkan notes notes yang perlu dikhatamkan.


Jadddiiii, don't worry and be happy. =))


Okey lah bro and sisters. Nak prepare untuk berbuka puasa ganti. Haha. Kantoi sangat lah tak buat puasa enam kann. Sekian, jaga lah diri itu dan wassalam.

No comments: