Thursday, November 10, 2011

Dari CP Tutorial Ke Lab Anatomi Hari Ini

Assalamualaikum.


Ohhh macam-macam benda lah nak cerita hari ni. So, baca je lah kalau korang tengah take five dari menghadap buku tu okey.


Clinical Practise Tutorial Class


Dalam satu kelas tutorial, ada lebih kurang 10 orang per group. Group aku ada lebih kurang 5 malaysians kot. Aku sorang je budak full course, lagi empat orang budak twinning aucms. And hari ni pulak, budak aucms ada perjumpaan dengan datuk malaysia mana entah, aku pun tak ambik tahu.


So tadi masa kelas tutorial CP, aku sorang je lah malaysian. Hahaha. Perasaan? Honestly rasa seronok. Bukan seronok sebab takde budak twinning, tapi sebab aku berada di luar zon selesa. So, untuk menyelesakan diri, aku banyak cakap sikit lah sebab taknak lah tutor tu fikir malaysian student ni bodoh lembab bisu semata je kan.


Haruslah membawa nama malaysia itu! Paling penting, membawa imej bahawa pelajar islam tu ada knowledge, can give opinion, can think out of the box jugak. So, kiranya hari ni rasa lebih international lah sebab aku sorang je malaysian. And rasa lebih outspoken mungkin and lebih berkeyakinan dek kerana semangat islam itu sendiri.


And then petang tadi lecture, bayangkan dari 70malaysians, dah tinggal 18orang je malaysians. Kelas pun jadi sikit balik. And tetiba terasa ke-iumc-an di situ. Time tu budak aucms takde dalam lecture lah. And then kawan aku cakap, agaknya macam ni lah rasanya bila dah masuk third year bila lecture. Malaysians dah berkurangnya sebab budak twinning aucms dah pulang ke malaysia.


Anatomy Lab Practical


Ahhhh yang ni pun superbbb. First time pegang jantunggg. First time pegang lungs. Before ni just tengok dari buku je, but tadi dapat pegangggg!! Superbbb cool!! And yeahh, haruslah rasa thankful sebab Allah sampai sekarang masih bagi jantung kita berdenyut agar kita ini mengabdikan diri untuk Dia.


Naik Bas From Wilton Ke Apartment


Ohh man tonight is friday nightt!! Lets partaayyy! Duhh. Tadi pergi tesco, pastu balik naik bas, bas banyak kali lah stop. Angkut remaja cork. Gegirls dengan mini skirtnya. Pening lah aku. Aku yang perempuan ni pun pening ohh tengok. Kalau budak laki, lagi pening laa kot aku assume.


Aku just tak paham kenapa gegirls itu nak show off their thighs and legs. Motif? Aku just tak paham why that gegirls wear heels. Motif? Aku bukan just ni, memang banyak benda tak faham laa dengan sesetengah remaja hari ni. Party party. Apa yang best entah party itu.


Kek Batik


Hahaha. Aku plan malam ni nak buat first masterpiece aku, yakni kek batik. Tak tahu laa apakah rasanya. Nak bawak pergi dublin. Habislah, orang dublin lah jadi mangsa makan kek batik itu.


So, itu je lah ceritanyaaa. Nak pergi buat nasi goreng ala cincai dengan telur yang discramble kan. Sekian, wassalam.


Pic1:Borong foods kat tesco
Pic2:borong buku,murahh gila dowh

1 comment:

AreHadi82 said...

Take care doe... Byknye makanan ko... ko ni kuat makan betui.... :-)